Thursday, September 9, 2010

Twelve Tips to Help You Through Life

Posted by lai2009 On May - 24 - 2009 ADD COMMENTS

Shine…with your God-given talents

Sparkle…with interest when you listen to others

Twinkle...with a sense of humour, and never take life too seriously

Sing…to keep up your spirit

Unwrap…your dreams and make them happen

Celebrate…your every step to success

Decorate…your own space and make it your peaceful retreat

Play...with passion after you work hard

Exchange…your doubts for hopes, your frown for smiles

Make…cookies,friends, happiness

Believe…in the spirit of life and in your power to make the world a better place

Pray…and you’ll know you’re never alone

-fy-

Deen Intensive Dublin 2009

Posted by ltd2009 On May - 23 - 2009 ADD COMMENTS

Asar belum berakhir…

Posted by lajnah kebajikan On May - 20 - 2009 ADD COMMENTS

Langit di luar sudah semakin cerah. Sebentar lagi, akan masuk waktu Subuh. Entah berapa lama aku duduk menelaah di meja belajarku. Kakiku berasa sungguh kebas. Kujenguk jam di tangan, sudah pukul 4:17 pagi. Kepalaku berasa berat. Ah, lebih baik aku curi sedikit masa untuk tidur selepas Subuh nanti! Takut pula aku terlalu letih untuk menduduki peperiksaan nanti.

Aku buka laman web ICCI, www.islamireland.ire untuk pastikan waktu solat. Waktu Subuh akan masuk pada pukul 3:34 pagi. Eh, waktu Asar pula akan masuk pada pukul 5:36 petang! Peperiksaanku akan bermula pada pukul 6:00 petang! Bagaimanakah ini? Apa yang harus aku lakukan? Tapi, waktu Maghrib akan masuk pada pukul 9:15 malam. Oh, kalau begini, sebaik sahaja tamat peperiksaan, aku bergegas pulang dan tunaikan kewajipanku. Insya Allah sempat.

9:26 am
Segala puji bagi Allah. Aku menggeliat sedikit, meregangkan urat-urat di seluruh badan. Di luar sudah cerah, barangkali sudah pukul 8:00 pagi. Sambil tangan kiriku menggosok-gosok mataku, tangan kananku mencapai jam tanganku. Kukerling pada muka jam itu. 9:29 pagi! Alamak! Aku sudah terlewat! Aku merancang untuk tidur sampai pukul 7:00! Sekarang sudah pukul 9:30! Hanya tinggal 8 jam lagi! Aku masih belum baca anatomi lagi! Aku bergegas mencapai tualaku dan terkocoh-kocoh mandi!

12:52 pm
Kepala sudah berat. Perut sudah berbunyi. Hanya untuk menjawab 3 soalan dalam jangka masa 2 jam, aku terpaksa menghabiskan hampir seminggu menelaah buku. Adeh! Zohor akan masuk tidak lama lagi. Tidak apalah, kita berehat sebentar, makan brunch dan solat Zohor dahulu. Sebentar lagi, kita sambung belajar.

3:05 pm
Senyum sinis. Rancangan Family Guy tidaklah selucu yang aku sangkakan. Di luar, cuaca mendung. Barangkali hujan akan turun sebentar lagi. Terpaksalah aku membatalkan niat berbasikal ke RDS. Sekali-sekala naik bas, apalah salahnya.

4:05 pm
Tiada yang sedang menunggu bas. Barangkali aku sudah terlepas bas. Perutku meminta diisi. Aku pun bergerak ke Centra membeli Muffin dan air sebotol. Sekembalinya aku ke tempat menunggu bas, sudah ramai yang sedang menunggu. Masing-masing sedang khusyuk menelaah.

5:48 pm
Dengan Nama-Mu Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Kepada-Mulah kami sembah, kepada-Mulah kami memohon pertolongan dan kepada-Mulah kami dikembalikan. Ya Allah, Kaulah yang menyukai Pengampunan, Ampunilah dosa kami! Ya Allah, Kurniakanlah kepada Kami Kefahaman Para Anbia’, Daya hafazan para mursalin, dan ilham para malaikat muqarrabun! Ya Allah Tuhan kepada sekalian Alam, berikanlah kami kejayaan dalam ujian ini, dan ujian-ujian Mu di dunia dan akhirat!

7:42pm
Alhamdulillah, dapatlah aku menjawab dengan baik. Inilah usaha terbaik dari aku dan aku bertawakal pada-Mu, ya Allah! Muka jam sudah hampir 7:45 pm. Aku fikir aku perlu tambah sedikit penerangan lagi, tapi kalau aku tambah, mungkin tak sempat keluar dewan awal. Ah, kacau betul! Tak apalah, tunggu sebentar sahaja, mudah-mudahan dapat keputusan yang baik.

8:15pm
Alhamdulillah, selesai sudah. Berbual-bual sedikit dengan Amir, dan bergegas pulang. Waktu belum habis lagi. Kulihat langit sudah bertambah gelap dan hujan turun renai-renai.

9:03pm
Masih sempat lagi. Ku menyucikan diriku, dan terus mendirikan solat Maghrib. Allahu akbar!

Selesai solat, aku ke meja belajarku. Aku periksa emelku, dan buka Facebook, kemudian kucapai nota-notaku. Orang-orang lain sudah selesai menduduki semua peperiksaan mereka, tetapi aku masih ada subjek elektifku. Aku pun agak sampah dalam subjek ini, kerana aku rajin ponteng kelas.

Sambil-sambil itu, aku berasa sedikit tidak senang, apa yang tidak kena ya? Jam menunjukkan sudah pukul 9:40 malam. Aku berasa bosan. Aku cari episod “House” terbaru dan mula menonton. Kukerling ke jam tanganku, sudah pukul 9:52 malam. Aku berasakan sesuatu tak kena. Nak kata belum solat Maghrib, aku sudah solat Maghrib….

YA ALLAH! AKU TAK SOLAT ASAR!

WOW 2009

Posted by LMT2009 On May - 18 - 2009 ADD COMMENTS

An interesting pre-departure programme

DO NOT MISS!

Selamat Hari Guru

Posted by ltd2009 On May - 16 - 2009 ADD COMMENTS

SELAMAT HARI GURU

(Untuk mereka yang berjiwa guru)

Cikgu. Bukan kerjanya sekadar mengajar. Apa lagi mencari cuti berlebihan. Jauh sekali menunggu bonus setiap bulan.

Berayahkan cikgu, beribukan cikgu. Sudah cukup memahamkan aku apa tugas cikgu. Kadang murid bergaduh, dicari ayah. Kadang tak cukup duit untuk yuran, dicari ibu. Kerana yang seorang Pengetua, yang seorang Penolong Kanan. Seperti di sana ada keluarga kedua, ketiga, keempat dan seterusnya untuk ayah dan ibu jaga. Sampai tak tak terhitung jumlahnya.

Kalau kerja pejabat mulanya jam sembilan, tapi ayah dan ibu selepas subuh sudah bersiap-siap. Kata mereka, cikgu mesti datang awal. Barulah tiada murid yang terlewat. Kalau pun ayah lambat, dia akan cuba mengelak memasuki sekolah melalui pintu utama. Bimbang kalau ada murid yang nampak. Tapi muridnya, berpagi-pagi ke sekolah dengan rokok dan selipar jepun.

Kalau kerja mengajar tamatnya jam dua, cikgu-cikgu lain berlumba mahu pulang awal. Kadang ada yang lebih awal dari murid. Belum dikira yang turut ponteng. Mengalahkan murid. Tapi bila bercakap soal cuti dan gaji, merekalah yang berapi-api. Tapi ayah tak boleh pulang awal. Katanya seorang Pengetua harus selesai tugasnya dahulu, baru boleh menjadi ketua. Waktu itu aku tak faham.

Malam-malam, usai solat berjemaah bersama anak-anak. Masih ada ibu ayah murid datang bertandang. Meminta itu, melapor ini. Malam-malam juga, murid lebih liar. Ke sana sini macam binatang, tak tahu batas lelaki perempuan. Dilihat orang-orang masjid, mudah mereka menyalahkan si Pengetua. Padahal anak sendiri pun lebih kurang. Mahu tak mahu, semuanya kena layan. Kalau tidak, mulalah masalah baru.

Kami turut terasa dan berkongsi beban ayah dan ibu. Kerana ada sahaja kerja yang memerlukan kami untuk turut serta. Cikgu bukan robot, ada jua kelemahan mereka. Ibu contohnya, selalu sahaja pulang membawa kerja-kerja yang perlu ditaip dan dicetak. Ibu tak pandai semua itu. Maka anak-anaklah yang perlu menyokong dan membantu. Kalau anak-anak semuanya tiada, aku pun tak mengerti bagaimana ibu berusaha.

Ya. Menjadi cikgu bukan mudah. Bukan tugasnya mula jam tujuh tamat jam dua. Kemudian boleh bersuka ria, terus lupa ia sebenarnya cikgu. Aku kagum dengan cikgu yang layak bergelar cikgu. Bukan cikgu yang menjadi tugu. Menyerahkan bulat-bulat hal murid sendiri kepada ayah dan ibu. Sedang ayah dan ibu pun ada anak yang sembilan. Dan sembilan ini pun murid juga. Macam-macam kerenah mahu disapa.

Terima kasih ayah. Terima kasih ibu. Kerana menjadi cikgu yang pertama dan terutama dalam hidup kami. Mengenalkan kami Quran dan ABC, menjadikan kami seperti sekarang. Jasa dan bakti kalian mudahan diganjari syurga kelak. Juga ingatan kepada kekandaku yang tiga, perjuangan kalian adalah untuk kehidupan orang. Moga kalian boleh menjadi seperti ayah dan ibu, melentur tanah menjadi manusia. Selamat Hari Guru!

16 Mei 2009 (11.00 am)
London.

*Re-posted dari blog Mohd Waqiyuddin

http://mohdwaqiyuddin.blogspot.com/2009/05/selamat-hari-guru.html

MURDER: Annihilate Your Revision!!!

Posted by lai2009 On May - 15 - 2009 ADD COMMENTS

Mood

Set a positive mood for you to study

Select appropriate time, environment and attitude.

Understand

Mark any information you don’t understand

Keep focus on one manageable topic

Recall

Make your own note

Put what you have learned into your own words

Digest

Go back to what you didn’t understand

Ask help from the expert if you need it

Expand

Ask these questions over you studied material

How could I apply this material into what I’m interested in?

How can I make this information understandable to others?

Review

Go over the material you have covered


Kisah Pemuda Bernama ‘Uzair

Posted by LMT2009 On May - 14 - 2009 ADD COMMENTS

civilization-3-nightengalefullmp3

‘Uzair telah dianggap oleh orang yahudi dari dahulu hingga sekarang sebagai anak tuhan. Kisah tentangnya telah dirakamkan di dalam Al-Quran yang bermaksud :

“Atau apakah (kamu tidak memperhatikan) orang yang melalui suatu negeri yang (temboknya) telah roboh menutupi atapnya. Dia berkata: “Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah hancur?” Maka Allah mematikan orang itu seratus tahun, kemudian menghidupkannya kembali. Allah bertanya: “Berapa lama kamu tinggal di sini?” Ia menjawab: “Saya telah tinggal di sini sehari atau setengah hari”. Allah berfirman: “Sebenarnya kamu telah tinggal di sini seratus tahun lamanya; lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum lagi berobah; dan lihatlah kepada keledai kamu (yang telah menjadi tulang belulang); Kami akan menjadikan kamu tanda kekuasaan Kami bagi manusia; dan lihatlah kepada tulang belulang keledai itu, kemudian Kami menyusunnya kembali, kemudian Kami membalutnya dengan daging”. Maka tatkala telah nyata kepadanya (bagaimana Allah menghidupkan yang telah mati) dia pun berkata: “Saya yakin bahwa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu”. (Al-Baqarah ayat 259).

Kisah ‘Uzair adalah seperti berikut :

Pada suatu hari ketika ‘Uzair memasuki kebunnya yang menghijau dengan pokok-pokok tamar dan tiba-tiba hatinya telah terpesona serta tertarik untuk memikirkan rahsia keindahan dan keajaiban alam ini. Sesudah memetik buah-buahan dia pulang dengan keldainya sambil menikmati keindahan-keindahan alam sekitarnya sehingga keldai yang ditungganginya tersesat jalan. Setelah sekian lama barulah dia sedar bahwa dia telah berada di suatu daerah yang tidak dikenali oleh beliau serta sudah jauh dari negerinya sendiri.

Sebaik saja dia sampai ke daerah itu dilihatnya kampung itu baru saja diserbu oleh musuh-musuh sehingga menjadi rosak-binasa sama sekali. Di tapak atau bekas runtuhan terdapat mayat-mayat manusia yang bergelimpangan yang sudah busuk serta hancur. Melihatkan pemandangan yang mengerikan itu, dia pun turun dari keldainya dengan membawa dua keranjang buah-buahan. Manakala keldainya itu ditambat di situ, kemudian dia pun duduk bersandar pada dinding sebuah rumah yang sudah runtuh bagi melepaskan penatnya. Dalam pada itu, fikirannya mula memikirkan mayat manusia yang sudah busuk itu.

“Bagaimana orang-orang yang sudah mati dan hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan kembali di negeri akhirat?” begitulah pertanyaan yang datang bertalu-talu da tidak terjawab olehnya sehingga dia menjadi lemah-longlai dan kemudian terus tertidur. Dalam tidur itu, dia seakan-akan bertemu dengan semua arwah (roh-roh) orang-orang yang sudah meninggal itu. Tidurnya amat luar biasa sekali, bukan hanya sejam atau semalam, tetapi dia telah tidur terus-menerus tanpa bangun-bangun selama seratus tahun lamanya.

Dalam masa dia tertidur itu, keadaan di sekitarnya sudah ramai lapisan baru, rumah serta bangunan-bangunan banyak yang telah didirikan. Dalam masa seratus tahun itu, segala-galanya sudah berubah, manakal ‘Uzair tetap terus tidur tersandar di dinding buruk itu menjadi jasad (tubuh) yang tidak bernyawa lagi. Dagingnya sudah hancur dan tulang belulangnya sudah hancur lebur berderai.Kemudian jasad ‘Uzair yang telah mati, daging dan tulangnya yang sudah hancur itu disusun kembali oleh Allah pada bahagiannya masing-masing lalu ditiupkan ruhnya. Dan ketika itu juga ‘Uzair hidup kembali seperti dahulu. ‘Uzair terus berdiri seperti orang yang bangun dari tidur lantas dia mencari keldai dan buah-buahannya di dalam keranjang dahulu.

Tidak berapa lama kemudian, turunlah beberapa malaikat seraya bertanya, “Tahukah engkau ya ‘Uzair berapa lama engkau tidur?”Tanpa berfikir panjang ‘Uzair menjawab, “Saya tertidur sehari dua ataupun setengah hari.”Lalu malaikat pun berkata kepadanya, “Bahwa engkau terdampar di sini genap seratus tahun lamanya. Disinilah engkau berbaring, berhujan dan berpanas matahari, kadang-kadang ditiup badai dan berhawa sejuk dan juga panas terik. Dalam masa yang begitu panjang, makanan engkau tetap baik keadaannya. Tetapi cuba lihat keadaan keldai itu, dia sendiri pun sudah hancur dan dagingnya sudah busuk.

“Berkata malaikat lagi, “Lihatlah dan perhatikanlah sungguh-sungguh. Demikianlah kekuasaan Allah. Allah dapat menghidupkan kembali orang yang sudah mati dan mengembalikan jasad-jasad yang sudah hancur lebur dan dengan semudah itu pulalah Tuhan akan membangkitkan semua manusia yang sudah mati itu nanti di akhirat untuk diperiksa dan diadili segala perbuatannya. Hal ini diperlihatkan oleh Tuhan kepada engkau supaya iman engkau tetap dan engkau sendiri dapat menjadi bukti kepada manusia-manusia lain supaya engkau dan manusia-manusia lain tiada syak dan ragu-ragu lagi tentang apa yang diterangkan Tuhan tentang akhirat itu.”

Setelah ‘Uzair melihat makanan dan keldainya yang sudah hancur itu, maka ‘Uzair pun berkata, “Sekarang tahulah saya bahwa Allah itu adalah berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu.” Tiba-tiba keldai yang sudah hancur berderai itu dilihatnya mulai dikumpulkan daging dan tulangnya. Dan akhirnya menjadi seperti sediakala iaitu hidup kembali bergerak-gerak dan berdiri sebagaimana sebelum mati. Maka ‘Uzair pun berkata, “Sekarang tahulah saya bahwa Allah berkuasa di atas segala-galanya.”

Lalu dia pun terus mengambil keldainya dahulu dan terus menunggangnya pulang ke rumahnya dahulu dengan mencari-cari jalan yang sukar untuk dikenali. Dilihatnya segala-gala telah berubah. Dia cuba mengingati apa yang pernah dilihatnya seratus tahun dahulu. Setelah menempuhi berbagai kesukaran, akhirnya dia pun sampai ke rumahnya. Sebaik saja dia sampai di situ, dia mendapati rumahnya sudah pun buruk di mana segala dinding rumahnya telah habis runtuh.

Semasa dia memandang keadaan sekeliling rumahnya, dia ternampak seorang perempuan tua, lantas dia pun bertanya, “Inikah rumah tuan ‘Uzair?”"Ya,” jawab perempuan itu. “Inilah rumah ‘Uzair dahulu, tetapi ‘Uzair telah lama pergi dan tiada didengar berita tentangnya lagi sehingga semua orang pun lupa padanya dan saya sendiri tidak pernah menyebut namanya selain kali ini saja.” Kata perempuan itu sambil menitiskan airmata.

‘Sayalah ‘Uzair,” jawab ‘Uzair dengan pantas. “Saya telah dimatikan oleh Tuhan seratus tahun dahulu dan sekrang saya sudah dihidupkan oleh Allah kembali.”Perempuan tua itu terkejut seakan-akan tidak percaya, lalu dia pun berkata, “‘Uzair itu adalah seorang yang paling soleh, doanya selalu dimakbulkan oleh Tuhan dan telah banyak jasanya di dalam menyembuhkan orang yang sakit tenat.” Sambungnya lagi, “Saya ini adalah hambanya sendiri, badan saya telah tua dan lemah, mata saya telah pun buta kerana selalu menangis terkenangkan ‘Uzair. Kalaulah tuan ini ‘Uzair maka cubalah tuan doakan kepada Tuhan suaya mata saya terang kembali dan dapat melihat tuan.”

“Uzair pun menadah kedua belah tangannya ke langit lalu berdoa ke hadrat Tuhan. Tiba-tiba mata orang rua itupun terbuka dan dapat melihat dengan lebih terang lagi. Tubuhnya yang tua dan lemah itu kembali kuat seakan-akan kembali muda. Setelah merenung wajah ‘Uzair dia pun berkata, “Benar, tuanlah ‘Uzair. Saya masih ingat.” Hambanya itu terus mencium tangan ‘Uzair lalu keduanya pergi mendapatkan orang ramai, bangsa Israil.

‘Uzair memperkenalkan dirinya bahwa dialah ‘Uzair yang pernah hidup di kampung itu lebih seratus tahun yang lalu.Berita itu bukan saja mengejutkan bangsa Israil, tetapi ada juga meragukan dan ada yang tidak percaya kepadanya. Walau bagaimanapun berita itu menarik perhatian semua orang yang hidup ketika itu. Kerana itu mereka ingin menguji kebenaran ‘Uzair.

Kemudian datanglah anak kandungnya sendiri seraya bertanya, “Saya masih ingat bahwa bapa saya mempunyai tanda di punggungnya. Cubalah periksa tanda itu. Kalau ada benarlah dia ‘Uzair.”Tanda itu memang ada pada ‘Uzair, lalu percayalah sebahagian daripada mereka. Akan tetapi sebahagian lagi mahukan bukti yang lebih nyata, maka mereka berkata kepada ‘Uzair, “Bahwa sejak penyerbuan Nebukadnezar ke atas bangsa dan negara Israil dan setelah tentera tersebut membakar kitab suci Taurat, maka tiadalah seorang pun bani Israil yang hafal isi Taurat kecuali ‘Uzair saja.

Kalau benarlah tuan Uzair, cubalah tuan sebutkan isi Taurat yang betul.”‘Uzair pun membaca isi Taurat itu satu persatu dengan fasih dan lancar serta tidak salah walaupun sedikit. Mendengarkan itu barulah mereka percaya bahwa sungguh benar itulah ‘Uzair. Ketika itu, semua bangsa Israil punpercaya bahwa dialah ‘Uzair yang telah mati dan dihidupkan semula oleh Tuhan. Banyak di antara mereka yang bersalam dan mencium tangan ‘Uzair serta meminta nasihat dan panduan daripadanya.


Oleh sebab itulah orang Yahudi telah menganggap ‘Uzair sebagai anak Tuhan. Begitu juga dengan orang kristian yang mana telah menganggap Isa itu sebagai anak tuhan, yang mana kelahiran Isa yang tidak berbapa itu telah dianggap satu perkara yang luar biasa dan tidak mungkin boleh berlaku.

Mereka lupa bahawa kejadian Adam yang tidak beribu dan berbapa, mereka juga lupa bahawa kejadian Hawa yang tidak berbapa. Mereka lupa bahawa segala kejadian yang berlaku keatas semua makhluk diatas muka bumi ini adalah dengan kekuasaan Allah swt.

Janganlah kita was-was tentang kekuasaan Allah, maka hendaklah dia fikir siapakah yang menciptakan dirinya itu. Adalah mustahil sesuatu benda itu terjadi dengan sendirinya tanpa ada yang menciptakan. Kalau masih ada orang yang ragu-ragu tentang kekuasaan Allah, ubatnya hanya satu saja, hendaklah dia membaca dan memahami al-Qur’an, was-was terhadap kekuasaan Allah itu hanya datangnya dari syaitan.

Allah S.W.T telah meletakkan akal dalam kepala kita untuk berfikir, oleh itu gunakanlah ia untuk berfikir.

Wallahu a’lam…

Satanic Tactics Beware!!!

Posted by LMT2009 On May - 13 - 2009 ADD COMMENTS

By Imaam Ibn al-Qayyim (rahimahullaah)

Satanic Tactics Beware!!! Imam Ibn al-Qayyim, may Allah have mercy on him, said: ‘Shaitan tries to destroy the son of Adam in one of seven phases. Some of them are more intense than others. Shaitan would not try to destroy him in the next phase until he fails to destroy him in a previous one. These phases are:

1st Phase: The phase of disbelief in Allah, His Deen, His perfect attributes, and in what the Prophet, may Allah praise him, informed us about, and the fact that we will be resurrected. If Shaitan is successful in misleading the slave in this phase, his enmity towards him would diminish and he would take rest. If the slave succeeds, and survives in this phase, Shaitan would try to destroy him in the next phase.

2nd Phase: The phase of Bid’ah (religious innovation); whether it pertains to believing in other than the truth which the Messenger, may Allah praise him, was sent with or by worshipping other than Allah; such as worshipping idols, and the like. Shaitan enjoys that one succumbs in this phase, for Bid’ah conflicts with the nature of the Deen and compels one to reject it. Furthermore, the one who observes innovated religious practices would not repent from his actions; rather, he would invite people to his Bid’ah! Observing innovated religious practices would compel one to forge lies against Allah and speak without knowledge; thus it openly clashes with the Sunnah. Observing minor Bid’ah practices would lead one to observing major Bid’ah practices. In this manner, a person would eventually exit the folds of Islam. Scholars and people of knowledge alone know the real dangers of Bid’ah practices. If a person succeeds and survives in this phase by adhering to the Sunnah, and understanding its texts as the Pious Predecessors understood them, Shaitan would seek to destroy him in the next phase.

3rd Phase: The phase of major sins. If he is able to destroy the slave in this phase, he would beautify the deed that he is doing and probably compel him to say the following: ‘No sin would harm the Tawheed (creedal belief) as no good deed would benefit a man who has committed Shirk (i.e. to associate partners with Allah).’ If the person is successful and survives this phase, Shaitan would seek to destroy him in the next phase.

4th Phase: The phase of minor sins. Shaitan would compel a person to belittle these sins, by whispering to him: ‘There is no fear upon you as long as you keep away from major sins “do you not know that the minor sins are expiated by abstaining from major sins?’ In this manner, Shaitan would convince the individual that there is no harm in doing minor sins, until he regularly practices it. The person who has done a major sin, and has repented and is fearful of what he has done, would be better off than him; for regularly doing a minor sin would change it to a major sin! Constant repentance eliminates major sins; and on the same token, no minor sin remains a minor sin if one does it constantly.The Prophet, may Allah praise him, said: ‘Beware of minor sins; its likeness is like a people who stopped over in a valley, they spread out in search of fire wood, and each brought a stick; they were able to make a fire and cooked their bread. Whenever a person practices a minor sin regularly it would destruct him.’(Ahmed #22860) If the slave succeeds and survives in this phase, by being careful and repenting continuously to Allah, and observing righteous deeds, Shaitan seeks to destroy him in the next phase.

5th Phase: Satan entices the individual to excessively indulge in lawful things in order to keep him away from worshipping Allah. In this manner, Satan aims to make one abandon Sunnah practices, and later lead him to abandoning the obligatory practices. If the slave succeeds and survives in this phase by understanding the greatness of the acts of worship, he would seek to destroy him in the next phase.

6th Phase: The phase of busying the slave with deeds which are less rewarding. Shaitan encourages the slave to observe certain acts of worship and beautifies them to him, and shows him the great reward of doing those acts of worship in order to keep him away from deeds which are more beneficial and rewarding. When Shaitan fails to mislead the slave, he tries to deprive him from receiving the full reward; therefore, he busies him with lesser rewarding deeds.

7th Phase: If Shaitan fails in the above six phases, he would resort to harming the person in any way possible; by summoning his men and followers and riling them against this individual. The Prophets and Messengers were not left unharmed by this. One should bear patiently, for victory and success are tied with patience.”

Credits to: www.minhaj-us-sunnah.com

Hatimu Pulang ke Tanah Air…

Posted by LMT2009 On May - 10 - 2009 ADD COMMENTS

“ Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan, walau sebesar zarah, maka akan dikira” Surah Az-Zalzalah, ayat 7.

Kadangkala kita mungkin tidak sedar jiran kita mempunyai masalah. Kadangkala kita terlepas pandang anak-anak kecil memandang kita dengan penuh harapan.

Bantulah misi kami sekadar yang termampu. Setiap sen yang anda sumbangkan, insyaAllah akan menyebabkan seorang saudara kita di Malaysia tersenyum.

Jadilah sebahagian dari misi ini.

Akaun di Ireland:                                       Akaun di UK:

Nama          : Nor Fadzlina                         Nama              : Mayura Hanis
No Acc        : 19610189                             No Acc           : 23735168
Sort code    : 93-10-12                             Sort Code       : 30-95-42
Description : Baling09                               Description    : Baling09

Bi Taufiq wan Najah fil Imtihan

Posted by LMT2009 On May - 5 - 2009 ADD COMMENTS

Doa sebelum masuk dewan peperiksaan

(Wa hai yi’ lanaa min amrinaa rashadaa)

Maksudnya: “Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu”

Doa jika terlupa ketika menjawab soalan

(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu Allahumma zakkirnii maa nasiit)

Maksudnya: “Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa”

STUDY SKILL SEMINAR II

Posted by lai2009 On May - 4 - 2009 ADD COMMENTS

The Course will cover :

1. Tips on answering MCQ question
2. How to approach shornotes question and structure them according to the format desired by the examiner
3. Give criteria for a 1st class honour answer
4. Give some examples of a 1st class honours, 2nd class answer, pass answer.
5. Q and A

Light refreshments will be provided.

Usah Risau Jika Belum Berpunya…

Posted by admin On May - 4 - 2009 ADD COMMENTS

Sekadar ingatan kita bersama. Ikhwah dan akhawatku…

Akhawatku,
Dewasa ini ramai muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stres dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dalam memiliki seseorang tanpa mengenal halal dan haram. Yang penting dapat. Apa yang dapat? KAHWIN? Atau mengikut nafsu semata. Akhawat, maruah ialah kesanggupan untuk menjauhi yang haram dan dosa.

Akhawatku,
Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu walaupun mereka yang merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lagi diri diperhambakan untuk menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan PENCIPTA CINTA. Semua batas-Nya diredah segala, tak kenal dosa dan pahala.

Akhawatku,
‘’Benar bahawa lelakilah yang memulakan langkah pertama dalam lorong dosa, tetapi bila engkau tidak setuju, lelaki itu tidak akan berani. Dan andai bukan lantaran lemah gemalaimu, lelaki tidak akan bertambah parah.”

Cinta sebelum berkahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina. Jika mampu bertahan kejinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yang utuh kecuali dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi?? Anak-anaklah yang akan menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman di dunia. Amat pedih. Namum, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.

Akhawatku,
Kuhembus nasihat ini kepadamu tanda kasih dan sayangku kerana Allah. Bagi yang belum berpunya, andalah pilihan Allah untuk mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan. Yakinlah! Jangan risau jika masih belum berpunya kerena mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda, untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi

Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, “first thing first” Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting. Kenali priority anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan teruskan berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.

Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulia dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah di tolak, usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan usaha. Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana dengan sms siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?…

Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu. Itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.

Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar dirempuh. Namun apabila dia memilikinya, didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan sunnah. Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Waallahu’alam…

“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, kerana kecantikannya, kekayaannya, keturunannya dan agamanya, pilihlah yang beragama nescaya kamu akan bahagia.”

*artikel di atas terpakai juga ka atas ikhwah :)
**Sama-sama renungi, satu perkara yang mungkin mustahil, tapi ianya benar-benar berlaku.
***Artikel tiada kaitan dengan tukang ‘forward’. 

Sumber: Blog ISMA Kedah

Support Us!

Posted by ltd2009 On May - 2 - 2009 ADD COMMENTS

for more informations, please visit

http://crm09.blogspot.com

Doa dikurniakan kefahaman yang baik

Posted by ltd2009 On May - 2 - 2009 ADD COMMENTS

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMADA DARI BUKU ATAU NOTA)


(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa ‘ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii ‘aafiyaati, ya Arhamar raahimiin
)

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih”