Thursday, September 9, 2010

Bingkisan Merdeka Anak Muda

Posted by admin On August - 31 - 2009 ADD COMMENTS
Pejabat Presiden
1430-1431H / 2009-2010M
PPIMI Pentas Mahasiswa Ireland
Ahad, 9 Ramadhan 1430H / 30 Ogos 2009 M

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada ilahi yang telah memberi kita peluang menikmati kemerdekaan untuk kali yang ke-52. Hari kebangsaan pada kali ini yang disulami dengan keberkatan Ramadan, wajib menerbitkan keinsafan kepada kita semua tentang erti sebenar sebuah perjuangan. Lebih setengah abad yang lalu, pejuang-pejuang kemerdekaan bermandikan darah dan bergadai nyawa demi erti sebuah kebebasan. Tempoh 52 tahun merdeka seharusnya menghambat kita sebagai mahasiswa untuk berfikir sejenak, apakah kita sebenarnya telah merdeka atau bebas ? Apa yang telah kita isi dalam rongga-rongga kemerdekaan negara sebagai seorang mahasiswa dan yang paling utama sebagai warganegara yang berdaulat ini ?

” Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu ada pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal” [Surah Yusof:111]
“Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir” [Surah al-A'raaf: 176]

Pelbagai kisah perjuangan yang boleh kita teladani. Daripada kisah para anbia’ hinggalah sejarah negara kita sendiri semuannya membawa mesej yang sama menggapai erti kemerdekaan hakiki. Kemerdekaan hakiki merujuk kepada pembebasan secara menyeluruh daripada segala bentuk penjajahan, kurungan, naungan dan lain-lain. Ini bermaksud kita harus memerdekakan diri daripada ancaman globalisasi.  Merdekakan diri daripada serangan pemikiran yang merosakkan akidah kita. Paling penting, merdeka daripada perhambaan dunia dan manusia kepada perhambaan yang Haq. Firman Allah SWT:

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu” [Surah Az-Dzaariyaat: 56]

Namun hakikatnya, kita sebenarnya belum benar-benar merdeka. Bukalah kesemua pancaindera kita melihat keadaan di sekeliling kita :

Anak-anak muda kecelaruan jati diri,
Hukum hakam Islam dipandang sepi,
Adat resam bangsa ditolak tepi,
Masyarakat berkejar mencari duniawi,
Dan kita masih berdiam diri….

Kita sebagai anak muda berperanan penting untuk mengisi kemenangan negara kita yang berusia dua tahun setengah abad ini. Sebatang pokok akan kekal utuh jika akarnya teguh. Itulah perumpamaan kepada kita. Kita adalah nadi masa depan negara. Kemerdekaan hakiki tidak membawa sebarang erti jika kita hanya membatukan diri. Pengertian jiwa merdeka yang hakiki perlu benar-benar meresapi diri kita jika kita ingin mengubah masa depan agama, bangsa dan negara kita ke arah yang lebih baik. Amatlah rugi jika jiwa dan ruh kita telah disaluti dengan daki-daki penjajahan dan perhambaan selain kepada Allah SWT. Namun begitu, masih belum terlambat untuk kita menggeledah jiwa merdeka yang suci.

Formula yang saya rasakan terbaik untuk jiwa merdeka yang hakiki adalah “Begin with the end in mind“. Melalui formula ini, kita akan kenal jati diri kita. Siapa pemilik nyawa ini?  Daripada mana asal kita ? Dan ke mana kita akan pergi ? Imam Al-Ghazali ada menyebut dalam karyanya Kimia Kebahagiaan, seorang yang berjiwa merdeka adalah mereka yang mengetahui dirinya, Tuhannya, dunianya dan tahu tentang hari akhirat. Tambahan lagi, formula ini merencanakan sifat berlumba-lumba ke arah kebaikan dan penambahbaikan kepada diri kita. Kita akan melakukan setiap perkara dengan bersungguh-sungguh ibarat inilah usaha terakhir kita. Rasulullah SAW pernah bersabda :

“Carilah duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan carilah akhiratmu seolah-olah engkau akan mati esok pagi” [Hadis Riwayat Ibnu Asahin]

Konklusinya, kemerdekaan tidak akan diperolehi tanpa pengorbanan, tanpa penat lelah dan tanpa ujian daripada Allah SWT.  Pengorbanan para nabi dan pengikutnya demi menyampaikan risalah agung ilahi kepada umat masing-masing wajar diteladani untuk masa depan kita. Pengorbanan para pejuang kebangsaan demi harga sebuah kemerdekaan yang kita kecapi kini wajar dihormati dan disanjungi terutamanya oleh generasi pasca kemerdekaan. Ayuh kita perkukuhkan jati diri kita, perkasakan amalan kita dan fahami maksud sebenar jiwa merdeka yang hakiki.

“Fikiran yang baik membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian”

Yang Benar,

Afiq Izzudin A. Rahim
Presiden PPIMI 09-10
www.ppimi.org

Ihya’ Ramadhan 1430H / 2009

Posted by ltd2009 On August - 27 - 2009 ADD COMMENTS

Lawatilah ia di sini

“Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu.” – HR Bukhari

PUISI->Register Now

Posted by lku2009 On August - 24 - 2009 ADD COMMENTS

REGISTRATION HAS BEEN OPENED

So grab this golden opportunity to be part of PUISI 2009

Don’t Miss It

Click HERE to register

~While Stock Last~

Because U complete P_ISI

Nail in the Fence

Posted by LMT2009 On August - 17 - 2009 ADD COMMENTS

There once was a little boy who had a bad temper. His Father gave him a bag of nails and told him that every time he lost his temper, he must hammer a nail into the back of the fence.

The first day the boy had driven 37 nails into the fence. Over the next few weeks, as he learned to control his anger, the number of nails hammered daily gradually dwindled down.  He discovered it was easier to hold his temper than to drive those nails into the fence.

Finally! The day came when the boy didn’t lose his temper at all. He told his father about it and the father suggested that the boy now pull out one nail for each day that he was able to hold his temper.

The days passed and the young boy was finally able to tell his father that all the nails
were gone. The father took his son by the hand and led him to the fence He said,

“You have done well, my son, but look at the holes in the fence. The fence will never be the same. When you say things in anger, they leave a scar just like this one.  You can put a knife in a man and draw it out. It won’t matter how many times you say “I’m sorry”, the wound is still there.  A verbal wound is as bad as a physical one. So always think first before you say something to someone out of anger,”

Your family is a valuable gift while the friends around you are very rare jewels, indeed. They make you smile and encourage you to succeed. They lend an ear, they share words of praise and they always want to open their hearts to you. Now, it is up to you to treasure these people and love them the way you want to be loved. And remember… always keep your temper in check (^,^)

Nail in the Fence

Program Khidmat Kasih - Gua Musang-

Posted by admin On August - 5 - 2009 ADD COMMENTS

Program ” Khidmat Kasih” adalah sebuah program khidmat masyarakat yang dianjurkan oleh PPIMI dengan kerjasama Persatuan Agama Islam Kolej Perubatan Pulau Pinang (PMC ISOC). Ini adalah program anak angkat pertama yang dianjurkan oleh PPIMI di Kelantan. Program yang akan diadakan di Kampung Batu Papan, Gua Musang, Kelantan ini akan disertai oleh 30 orang pelajar yang terdiri dari para pelajar dari Kolej Perubatan Pulau Pinang (PMC) dan juga ahli PPIMI di Ireland.

Tarikh: 3-6 Julai 2009

Tempat: Kampung Batu Papan dan Taman Wangi, Gua Musang, Kelantan.

Kelolaan: PMC ISOC, PPIMI

Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar dan berkat usaha dan kerjasama peserta, objektif yang ditetapkan penganjur dapat dicapai. Tahniah dan syabas kepada pengarah projek berserta AJKnya, dan juga para peserta program yang bertungkus lumus menjayakan setiap aktiviti yang dijalankan. Pengurusan homestay, khidmat kesihatan, program motivasi di SMK TIP2, gotong-royong, sukaneka, malam kebudayaan dan lain-lain program berjaya berlangsung dengan cemerlang. Semoga setiap usaha anda diberkati.

Apabila kamu rasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal..       - Saidina Ali ra -

Tidak lupa jutaan terima kasih kepada pengurusan Homestay Kg batu Papan, setiap keluarga angkat, penduduk Kg Batu Papan dan Taman Wangi atas kerjasama dan kasih sayang yang dicurahkan. Kami, peserta-peserta program amat tersentuh hati dengan keterbukaan kalian menerima kehadiran kami. Diharap ikatan yang terjalin tidak terhenti di sini sahaja. Banyak pengalaman yang ditimba dan semoga ianya mengubah diri menjadi individu yang lebih baik..

Jazakumullahukhayran kathira kepada semua!!