Program ” Khidmat Kasih” adalah sebuah program khidmat masyarakat yang dianjurkan oleh PPIMI dengan kerjasama Persatuan Agama Islam Kolej Perubatan Pulau Pinang (PMC ISOC). Ini adalah program anak angkat pertama yang dianjurkan oleh PPIMI di Kelantan. Program yang akan diadakan di Kampung Batu Papan, Gua Musang, Kelantan ini akan disertai oleh 30 orang pelajar yang terdiri dari para pelajar dari Kolej Perubatan Pulau Pinang (PMC) dan juga ahli PPIMI di Ireland.
Tarikh: 3-6 Julai 2009
Tempat: Kampung Batu Papan dan Taman Wangi, Gua Musang, Kelantan.
Kelolaan: PMC ISOC, PPIMI
Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar dan berkat usaha dan kerjasama peserta, objektif yang ditetapkan penganjur dapat dicapai. Tahniah dan syabas kepada pengarah projek berserta AJKnya, dan juga para peserta program yang bertungkus lumus menjayakan setiap aktiviti yang dijalankan. Pengurusan homestay, khidmat kesihatan, program motivasi di SMK TIP2, gotong-royong, sukaneka, malam kebudayaan dan lain-lain program berjaya berlangsung dengan cemerlang. Semoga setiap usaha anda diberkati.
Apabila kamu rasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.. - Saidina Ali ra -
Tidak lupa jutaan terima kasih kepada pengurusan Homestay Kg batu Papan, setiap keluarga angkat, penduduk Kg Batu Papan dan Taman Wangi atas kerjasama dan kasih sayang yang dicurahkan. Kami, peserta-peserta program amat tersentuh hati dengan keterbukaan kalian menerima kehadiran kami. Diharap ikatan yang terjalin tidak terhenti di sini sahaja. Banyak pengalaman yang ditimba dan semoga ianya mengubah diri menjadi individu yang lebih baik..
Jazakumullahukhayran kathira kepada semua!!




