Thursday, September 9, 2010

Malaysian Eid Celebration 2009 at Kg. Lucan

Posted by ltd2009 On September - 30 - 2009 1 COMMENT

• For Direction please call me – Kamar at 0851549748 or Dr.Norma 0857154152
• By Bus-Take Bus No 151 only from Burgh Quay ( Near GBNI Office) or Dame St at Dublin City Centre.Stop when reach Adamstown – Please ask driver about the school.
• By Car - Coming from City Centre – Pamerstown – Pass M50 Motorway toward Lucan – Pass Livey Valley – Take Exit to Lucan after Texaco Petrol Pump- Slip Road – Traffic Light take left – Pass Padestrian Light – T.Junction go straight - after 800m Lydl & Penny Hill Bar at your left – T.Junction go straight – 500m T. Junction go straight – 200m Roundabout take 3 o’clock – about 2 km T.Junction Turn Left – After 150m School on your right.

Sambutan Pelajar Baru 2009

Posted by admin On September - 25 - 2009 ADD COMMENTS

SPB (Sambutan Pelajar Baru) kembali lagi untuk tahun 2009.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Posted by admin On September - 19 - 2009 ADD COMMENTS

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Bersyukur kita ke pada ALLAH swt di atas rahmat yang diberikan kepada kita sehingga kini masih lagi mampu untuk menjalani kehidupan seperti biasa.

Rassanya masih belum terlambat untuk saya merakamkan ucapan selamat dating kepada warga baru University College Dublin dan juga pelajar Trinity College Dublin, C’ead Mile Failte!(berbunyi – kaed mila folta-)
Kami di PPIMI berharap agar anda semua berjaya dengan cemerlangnya dalam kehidupan anda di bumi Dublin ini.

Sesudah sebulan kita berpuasa akhirnya hari kemenangan kita iaitu Hari Raya Edulfitri. InsyaALLAh segala amalan dan ibadah yang kita telah lakukan di bulan ramadhan ini dapat menjadi bekalan buat kita di hari kemudian.

Sekadar satu peringatan kepada anda yang masih belum membayar zakat fitrah tahun ini, jangan lepaskan peluang keemasan anda untuk berbuat demikian kerana zakat fitrah hanya dapat dibayar ketika bulan puasa dan sebelum solat sunat edulfitri. Janganlah kerana terlalu sibuk memikirkan persiapan untuk raya kita meninggalkan perkara yang wajib.

Di kesempatan ini saya selaku setiausaha PPIMI bersama – sama warga PPIMI yang lain ingin mengucapkan selamat hari raya edulfitri kepada seluruh warga Dublin dan tidak lupa juga kepada meraka yang membaca artikel ini di mana sahaja anda berada. Ampun dan maaf kami pohon jika sebarang salah dan silap yang telah kami lakukan sepanjang kami memegang tampuk PPIMI.

Semoga Hari Raya ini mampu menjadi satu titik penghijrahan kepada kita semua bagi menghadapi masa hadapan yang sedia menanti.

Segala yang baik dan buruk adalah dari ALLAH dan disandarkan kepada diri saya.
Sekian.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EDULFITRI,

MAAF ZAHIR & BATIN

Warga Dublin mula bercuti,
Menyambut raya di rumah terbuka
Dengan ingatan tulus dari hati
PPIMI mengucapkan SELAMAT HARI RAYA,

*SETIAUSAHA PPIMI 09/10*
PPIMI PENTAS MAHASISWA IRELAND