Alhamdulillah.. Hari HELWA telah dilangsungkan dengan jayanya pada hari Ahad yang lepas (22 Nov 2009). Terima kasih diucapkan kepada:

1. Timbalan Pengarah Hari HELWA (Nabila Jusoh) dan Ketua HELWA 09/10 (Nurhanis Syazni Roslan) di atas semangat dan tenaga yang diberikan tanpa putus dalam mengaturkan program dari awal hingga ke penghujung. Serta idea yang melimpah ruah yang kalian berdua curahkan.

2. Ahli jawatankuasa Hari HELWA yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program kita ini. Terutama sekali bahagian pertandingan (Nadirah & Wani) dan hiasan dewan (Fadhilah & Najihah yang semput meniup belon).

3. Exco2 PPIMI yang tidak jemu membantu dalam memberikan idea dan sokongan yang berterusan

4. Buat Tuan Presiden PPIMI di atas ucapan saudara yang tidak tersangka-sangka buat program kami. Kami terharu apabila golongan muslimah dirasakan sangat dihargai

5. Setiap rumah yang membantu dalam menjayakan sesi ‘potluck’. Alhamdulillah.. makanan yang disediakan sedap-sedap sungguh ^^ Tahniah Kak Shakila (Kak Lala) kerana trifle akak memenangi hadiah khas ‘potluck terbaik’.

6. Adik-adik dari Trinity College, University Dublin dan Royal College of Surgeons Ireland yang telah mengadakan persembahan yang sangat mantap dan menarik (masih terbayang ‘Mario’ yang menari-nari) Kami terharu di atas semangat yang kalian tunjukkan. Mesej-mesej yang cuba dibawa juga insyaAllah telah memberikan kesan kepada majority yang hadir dalam program. Moga-moga membakar semangat kalian untuk terus aktif menyertai aktiviti-aktiviti PPIMI selepas ini.

7. Kak Hidayah dan Kak Ezzah yang menjadi juri professional jemputan tahun ini. Tanpa kesudian anda, pasti pertandingan-pertandingan tidak dapat dilaksanakan dengan lancar.

8. Kepada semua kakak-kakak serta sahabat-sahabat yang sudi menampilkan diri disamping jadual yang sungguh sibuk dan peperiksaan yang bakal dihadapi. Jutaan terima kasih diucapkan kerana kehadiran kalian semua amat memeriahkan Hari HELWA tahun ini

Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada semua dalam usaha setiap individu, yang disebut mahupun tidak tersebut dan yang secara langsung dan secara tidak langsung membantu untuk menjayakan program kali ini. Segala salah silap dan perasaan tidak berpuas hati dengan Hari HELWA harap dimaafkan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu juga daripadaNya tetapi disandarkan di atas kelemahan kami sendiri. Semoga ukhuwwah yang dibina tidak akan luput dek hari-hari yang mendatang. InsyaAllah kite bertemu kembali.. (^,^)

Sekian,

Afiqah Syamimi Masrani

Pengarah

Hari HELWA 2009