Alhamdulillah, tahniah kepada pelajar-pelajar UCD yang baru habis exam. Habis exam menandakan cuti musim sejuk selama sebulan telah bermula.

Selangkah keluar dari dewan peperiksaan, minda mula berputar-putar; ‘apa yang aku nak buat esok atau lusa atau minggu depan?’. Nak lepak ke, nak facebooking ke, nak hafal surah ke, nak travel ke. Ketika inilah nafsu dan iman akan mengambil peranan dalam menentukan aktiviti apa yang kita akan lakukan.

Apabila bermula semester baru, kita mula terfikir ke manakah perginya cuti 1 bulan tersebut. Rasa macam baru cuti 2 minggu. Cara penyelesaian terbaik ialah dengan merancang dan menggunakan masa dengan perkara yang berfaedah(misalnya, menyertai PUISI).

Lagu demi masa yang dipopularkan oleh kumpulan Raihan masih membasahi ingatan kita. Mesej yang disampaikan ialah pergunakan lima perkara sebelum datang lima perkara;

1. masa mudamu sebelum tua

2. masa sihatmu sebelum sakit

3. masa lapangmu sebelum sibuk

4. masa beradamu (kaya) sebelum jatuh miskin

5. masa hidupmu sebelum mati

“Dua nikmat yang kebanyakan manusia terpedaya dengannya ialah waktu sihat dan masa lapang“. (Riwayat Bukhari).

Adakah kita mahu menjadi antara orang- orang yang terpedaya? Mari sama-sama kita renungkan.