MALAYSIA menang emas bola sepak Sukan SEA 2009!!!!

DUA puluh tahun menanti, ianya berakhir dengan nikmat yang sukar digambarkan.

Malaysia kini kembali bermegah selaku juara Sukan Sea apabila menangani dengan bijak segala percaturan dijelmakan Vietnam dalam laluan melakar kemenangan 1-0 pada final, semalam.

Kejayaan itu, hadir selaku pingat emas ke-40 kontinjen Malaysia, adalah kali pertama membawa pulang pengiktirafan daripada gelanggang asing selepas kali terakhir dilakukan generasi pemain dikepalai Mokhtar Dahari di Jakarta pada 1979.

Ia juga mengembalikan gembira bergelar juara yang kali terakhir dirasai di Stadium Merdeka, 20 tahun lalu.

“Perasaan ini sukar digambarkan. Ini untuk bola sepak negara. Untuk rakyat Malaysia. Tetapi sekali lagi saya ingatkan, ini hanya permulaan. Kita perlu bersabar untuk melihat skuad negara yang lebih mantap pada masa depan,” tegas jurulatih, K Rajagobal.

Nak tengok gol Malaysia?

Sumber :

www.bharian.com.my

www.thestar.com.my