Assalamualaikum
Dalam kita bergembira bercuti, atau sibuk bersedia menghadapi musim peperiksaan, ada di antara rakan-rakan kita yang berduka dilanda ujian dari Maha Pencipta.
Terbaru, seorang pelajar UCD tahun pertama baru sahaja kehilangan ibunya. Kami di Lajnah Kebajikan mengucapkan salam takziah kepada beliau, dan mendoakan semoga beliau tabah menghadapi cubaan ini dan mendoakan agar roh ibu beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang solehah. Sama-samalah kita menyedekahkan surah Alfatihah kepada ibu belaiu.
Lajnah Kebajikan juga akan membuka tabung sumbangan untuk beliau dengan harapan tabung ini akan dapat meringankan bebanan beliau. Anda boleh menghubungi mana-mana wakil Lk berdekatan dengan anda atau hubungi fahmi_zulkeflee[at]yahoo.com.my.
Salam takziah, innalillahi wa inna ilaihi rajiuun
Muhammad Fahmi Zulkeflee
Lajnah Kebajikan 2009/10



