Liputan Khas WWW Paintball :Kisah Kamikaze
Kisah bermula pada pukul 7.30 pagi hari Sabtu, 10 April 2010 apabila seramai 51 orang ’pemilik Pingat Gagah Berani (PGB) ’ Dublin berkumpul di St. Stephen Green Park dan UCD untuk ke medan tempur di Bray dengan menaiki bas. Kegelisahan menunggu bas di St. Stephen Green Park yang tak kunjung tiba walaupun sudah pukul 8 pagi terubat apabila bas daripada UCD tiba untuk membawa kami ke destinasi. Ada masalah teknikal pada bas tersebut, tetapi Alhamdulillah ianya tidak menjejaskan semangat kami untuk bertempur.
Kami tiba di sana pada pukul 9.15 pagi dan urusan pendaftaran serta pembahagian kumpulan dijalankan. Kata sepakat telah diputuskan untuk membahagikan kumpulan (PUTIH & KUNING) yang terdiri daripada 10 perempuan dan 15 atau 16 lelaki dalam satu kumpulan. Tak sabar-sabar kami dan pada masa yang sama, gelabah jugak la, untuk berperang apabila telah bersiap sedia dengan ‘suit’ khas, mask & armor serta bullet. Fuuhhh…memang segak bergaya!
Game yang pertama di atas kawasan yang bertanah landai, dan tong-tong besi sebagai ’bunker’. Gema laungan takbir ’Allahuakbar’ sebelum perang bermula telah menggegarkan Bray dengan 7.5 skala Ricther. Semangat membara.hehe. Pertempuran berlaku sebanyak 2 pusingan (tukar tempat permulaan) dan kedua-dua pusingan telah dimenangi oleh kumpulan PUTIH.Tahniah!.
Waktu rehat selepas game tersebut ’dimeriahkan’ lagi dengan aktiviti membeli bullet & mengisi bekas simpanan peluru. Bersemangat untuk ke game yang kedua…..
Setelah berehat selama 15 minit, Paintball@Bray diteruskan di venue yang kedua. Lebih mencabar dan menarik. Berkonsepkan ’Viet Cong Village’. Siap ada 4 ’hut’(pondok), berbukit-bukit, sesuai untuk ’ambush’. Tembok batu dan kayu-kayu sebagai ’bunker’ lagi tuh! Belum lagi kira becak (atau lecak, atau lopak-lopak air) yang menukarkan kasut putih kepada warna ’hot chocolate drink’.Fulamak… =P Pada pusingan pertama pasukan PUTIH telah mengalahkan pasukan KUNING setelah berjaya menawan 3 ’hut’. Namun begitu, PUTIH tewas dalam pusingan kedua di tangan KUNING dengan jumlah hut yang ditawan 1-3.
Venue yang ketiga pula di kawasan berpokok-pokok, teduh dan berbukit. Bertemakan ’Afghan Fort’, kami sangat teruja dan bertambah ’nervous’ untuk berperang sebab teringatkan perang betul-betul macam kat Afghanistan tu.. Peraturan permainan kali ini berbeza berbanding game sebelum ini. Pada pusingan pertama, pasukan PUTIH bertindak sebagai defender & perlu menjaga kubu itu daripada dibom oleh pasukan KUNING sebagai attacker. Pelbagai strategi diatur oleh setiap kumpulan, tetapi ternyata pasukan PUTIH gagah mempertahankan kubu dan telah memenangi pusingan pertama. Pusingan kedua juga dimenangi oleh pasukan PUTIH (di mana PUTIH pula yang menjadi attacker) setelah berjaya meletakkan bom di dalam kubu pihak KUNING.
Kami berhenti untuk solat zuhur, makan tengahari (Lajnah Ekonomi & Keusahawanan telah menjual bihun goreng + ayam tandoori pedas kaw-kaw punya. Terima kasih..), rehat dan membeli bullet.
Akhirnya…tibalah kami di venue yang terakhir (yang ke-4). Lebih mencabar kerana kawasan lebih terbuka, ada kubu (iaitu sebuah gereja 1 tingkat) dan helikopter ’US Army’ (di mana bom pasukan attacker diletakkan di sini pada permulaan permainan) beserta ’bunker’. Konsep & peraturan permainan adalah sama seperti di venue yang ketiga, di mana pasukan attacker perlu meletakkan bom di dalam gereja pihak defender. Tatkala ramai di antara kami yang ’kesempitan’ peluru, maka semua bermain dengan begitu berhati-hati. Ada juga yang terpaksa menembak peluru ’angin’ bagi menakutkan pihak musuh & sebagai isyarat tidak mahu mengaku kalah walaupun dah habis peluru!
Kedua-dua pusingan dimenangi oleh pasukan PUTIH yang ternyata mempunyai ketua dan anak buah yang hebat.
Setelah tamat berperang bola cat, Presiden PPIMI, saudara Zafrullah Afham telah memberikan ucapan ringkas sebagai tanda penutupan program Cuti-cuti Musim Bunga (CCMB) 2010. Seterusnya, sesi penyampaian hadiah kepada kedua-dua pasukan dan sesi bergambar telah diadakan. Slot Al-Quran Intellingent (AI) juga turut diselitkan pada sesi tersebut. Saudari Syarafina telah berkongsi sepotong ayat daripada surah an-Nisa’ ayat 104 yang bermaksud,
”Dan janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, ketahuilah mereka pun menderita kesakitan (pula), sebagaimana kamu rasakan, sedang kamu masih dapat mengharapkan dari Allah apa yang tidak dapat mereka harapkan. Allah Maha Mengetahui, Maha bijaksana”.
Teringat saya kepada sirah Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat di medan perang, kisah peperangan & penindasan di Palestin. Lemah dan kerdilnya kita berbanding mereka terutamanya kanak-kanak Palestin yang berani memikul senjata untuk pergi berperang pada usia yang muda & mempunyai semangat jihad yang tinggi.Baru saja kena bullet paintball, lebam & luka sikit, dah lemah semangat tak mahu main dah paintball lepas ni. Jika diambil contoh kisah Khalid bin al-Walid, di mana beliau berasa sedih apabila selamat pulang ke rumah selepas keluar berperang kerana beliau tidak syahid. Sedihnya beliau kerana tidak syahid di jalanNya. Subhanallah…
Begitulah antara rakaman versi tulisan sepanjang berlangsungnya aktiviti paintball di Bray hari ini. Diharapkan para ’pejuang’ yang telah selamat pulang ke rumah selepas pulang ’berjihad’ di Bray, pulang juga dengan membawa semangat baru. Jangan hanya bawa pulang lebam-lebam & parut luka semata-mata.
Saya mewakili pihak Lajnah Belia & Sukan mengucapkan jutaan terima kasih kepada para mujahid & mujahidah sekalian. Terima kasih juga kepada seluruh warga kerja & sesiapa yang telah membantu menjayakan aktivti ’terbabow’ hari ini. Jazakallahu khairan katheera. Mohon maaf atas segala kekurangan & sebarang kesilapan. Wallahu’alam.




waaa…laporan yang best LBS!! gambar ye pon sesuaai dgn kata2.thumbs up!