Assalamualaikum wbt..

Setelah 3 minggu PHOTO HUNTING 2 berlangsung, akhirnya pada 18hb april lepas telah selamat melabuhkan tirainya. Alhamdulillah, sambutan yg memuaskn telah kami terima. Kalau ikut hati, nak je semua peserta dinobatkan sebagai pemenang (apekan daya, bajet xcukup…kui3)

Objektif utama program PHOTO HUNTING 2 dijalankan adalah untuk menimbulkan minat warga Dublin khususnya untuk menceburi bidang fotografi berasaskan alam sekitar. Hal ini dirasakan cukup penting kerana sesungguhnya bumi Dublin ini sungguh penuh dengan keindahan alam semulajadi ciptaan Ilahi..hendak2 lagi musim bunga. Secara tak langsung para peserta dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah swt dan mengambil pengajaran darinya sebagaimana yang terdapat dalam Al-Quran Al-Karim:

“Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan? Dan gunung-ganang sebagai pasak”
An-Naba’: 6-7

“Dan Dialah, Allah yang menciptakan lautan (untuk kamu), agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan), dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai, dan kamu melihat kapal belayar padanya, dan supaya kamu mencari keuntungan daripada kurnia-Nya dan supaya kamu bersyukur”
An-Nahl: 14

Inilah pemenang-pemenangnya:

PEMENANG KESELURUHAN:

“its not just about having a good looks and fragrant, but most important is how much you give benefit to others”
Mohd Arman Muhamad Nor
Tahun 2, UCD

KATEGORI DSLR:

“di sini ku berdiri, berpijak di bumi, menjunjung langit yang luas”
Mohd Zulfiqri Mohd Zaroni
Tahun 1, RCSI

KATEGORI COMPACT CAMERA:

“to stand in the eyes of the worl is a long shot but WHY NOT”
Wan Hafizu Nazrin Wan Mohd Lotfi
Tahun 1, UCD

InsyaAllah gambar2 lain akan kami paparkan di dalam akaun Flickr PPIMI. InsyaAllah akan dipamerkan hujung minggu ini. Sengaja kami lewatkan pengeluaran galeri agar para pelawat tidak terganggu study masing2…heheee

Akhir kata, jutaan terima kasih bagi para peserta yang menjayakan PHOTO HUNTING 2. Tahniah kepada para pemenang dan takziah kepada yg tidak berjaya…eh tak, semoga mencuba lagi..heee~

Ilalliqa’
Salam Alaikum
LMT PPIMI 2010/11
“mesra.cepat.halal”