Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Bagaimana dengan iman kita hari ni? Masihkah kita solat subuh tepat pada waktunya, atau tepat pada waktu zohor? Ingat, solat itu tiang agama.
Sabda rasulullah s.a.w:
“Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya”.
Hadith Riwayat Imam Al-Baihaqi
1. Berbalik kepada isu pokok yang hendak dihuraikan. Pastinya anda tahu apa itu ‘currency exchange’ atau nama melayunya tukaran mata wang asing. Benar, kehidupan hari ini amat menyusahkan dengan wujudnya sistem tukaran mata wang asing ni.
2. Masih ingatkah sahabat-sahabat semua pada awal-awal tiba di sini, semua benda dirasakan sangat mahal apabila di ‘convert’ kan kepada ringgit Malaysia.
3. Apa sebenarnya yang hendak dibincang kan oleh saya adalah berkenaan nilai matawang EURO pada hari ini berbanding Ringgit Malaysia (MYR). Selalu telinga saya terdengar suara kecil mengomel:
“ala, ape ni, euro dah jatuh la. Rugi la kalau bawak balik Malaysia macam ni. Macamana nak berbelanje sakan nih..”
4. Memang tidak dinafikan, perubahan mata wang EURO berbanding MYR amat ketara sejak budak-budak first year memegang not EURO pertama mereka. Pada sekitar September 2009, 1 Euro mampu membeli RM 5, malah ada kedai-kedai currency exchange di sekitar Bukit Bintang mampu membeli 1 Euro dgn RM 5.10! Tetapi, pada ketika ini, difahamkan € 1 hanya mampu membeli tidak lebih dari RM 4.30. Apakah ini bermakna matawang Euro telah menjunam jatuh?
5. Jika kita kaji data di bawah ini
SEPTEMBER 2009
1 EUR = 5.045 MYR
1 EUR = 1.364 USD
1 EUR = 0.869 GBP
JANUARI 2010
1 EUR = 4.634 MYR
1 EUR = 1.359 USD
1 EUR = 0.887 GBP
24 APRIL 2010
1 EUR = 4.268 MYR
1 EUR = 1.338 USD
1 EUR = 0.870 GBP
6. Berdasarkan data di atas, sepanjang 7 bulan lepas, nilai Euro berubah dengan jumlah sangat signifikan berbanding dengan nilai Ringgit. Namun, jika dilihat pada data, nilai Euro bergerak pada kadar yang kurang signifikan berbanding matawang yang jauh lebih kukuh berbanding Ringgit, yakni Dollar Amerika (USD) dan Pound Sterling (GBP).
7. Jika kita perhatikan satu lagi data,
SEPTEMBER 2009
1 EUR = 5.045 MYR
1 USD = 3.567 MYR
1 GBP = 5.789 MYR
JANUARI 2010
1 EUR = 4.634 MYR
1 USD = 3.301 MYR
1 GBP = 5.387 MYR
24 APRIL 2010
1 EUR = 4.268 MYR
1 USD = 3.189 MYR
1 GBP = 4.904 MYR
8. Dari data kedua, kita dapat lihat, semua matawang utama dunia turut berubah dengan mendadak berbanding nilai matawang Ringgit.
9. Maka, kesimpulannya, nilai Ringgit adalah MENAIK/MENJULANG TINGGI (shoot off) berbanding mata wang utama dunia, dan bukannya mata wang Euro, GBP, mahupun USD yang MENJUNAM jatuh.
10. Pada siri yang akan datang, saya akan membawa kepada anda dengan lebih mendalam bagaimana FOREX (foreign exchange market) berfungsi, sejarahnya, kelebihan dan kekurangan memiliki nilai matawang yang tinggi, dan hukum-hakam Islam dalam tukaran mata wang asing.
LAJNAH EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN
PPIMI 2010/2011





Satu kupasan yang amat mantap dan matang.
Semestinya pelajar aliran Ekonomi di IB dahulu.
Syabas kepada LEK.