Assalamualaikum w. b. t,
LAJNAH KEBAJIKAN PPIMI, dengan rendah diri, membawa anda ke fenomena PQRS yang seterusnya….
Objektif:
1. Mengumpul dana LK untuk disumbangkan 100% kepada ahli PPIMI yang mengalami musibah sama ada kematian keluarga atau menghadapi kemalangan.
2. Menggalakakan mahasiswa Dublin untuk membina peribadi Muslim yang dermawan, malah, istiqamah terhadap amalan tersebut.
1, 2 dan 5 cent… yang kadangkala anda fikir hanya akan memberatkan dompet anda. Namun, kami sudi menerimanya untuk dimanfaatkan.
Kenapa 1, 2, dan 5 cent sahaja?
Projek 125 adalah untuk memupuk istiqamah dalam bersedekah!!! Sedekah yang bukan hanya untuk nazar, dan bukan hanya ketika duit tajaan masuk ke dalam akaun AIB/BOI anda!!
Bagaimana untuk sertai projek ini??
Tiada pendaftaran! Tapi insyaallah akan ada akaun anda akan dibuka untuk ‘Debit Card Jannah’ anda… INSYAALLAH!!!
Kami hanya memerlukan anda untuk memasukkan syiling-syiling ini setiap minggu sebagai satu amalan yang istiqamah…
Bukan menggalakan anda untuk berbelanja, tetapi untuk memanfaatkan wang anda walau 1, 2, atau 5 cent!!
Berikan sokongan kepada Projek 125…. Doa kami untuk penyokong projek 125 agar Allah permudahkan segala urusan anda dan sentiasa dimurahkan rezeki, insyaallah.
Dari kami, dengan senyuman, ^_________^
Lajnah Kebajikan PPIMI 10/11




