Assalamualaikum wbt,
Insyallah kali ini eden ingin berkongsi pengalaman makan-makan eden di bumi Dublin ini. Buat perantau-perantau baru, ekau jangan rasa takut mati kelaparan sebab kat DUblin ni semua pun ada. Asian market, Hibiscus ltd dan macam-macam lagi. Ok berbalik kepada tajuk asal, eden nak bawa ekau ke destinasi makan pertama kita iaitu jeng3…..
Ini bukan kedai yusof tayob yang jual kurma. Ini uncle yusof yang specialitynya memasak nasi beriyani. Restaurantnya berada di South Circular Road. Mengikut hikayat penglipur lara, keenakan nasi beriyani uncle yusof mampu membuat anda tidak keruan sehingga orang kata ambil bau pon udah cukup untuk mengenyangkan nafsu makan yang sedang bergelora. Perghhh………hebat sungguh penangannya. Namun begitu, kerinduan kepada nasi beriyani ini pasti terubat di bulan Ramadhan al-mubarak. Ini kerana, uncle yusof akan menyediakan juadah berbuka puasa kepada mereka yang ingin berbuka di Dublin Mosque. Waktu berbuka ini dianggarkan 100 ribu umat islam berbuka puasa di masjid termasuk yang tidak hadir dan tidak tergambar berapa buah periuk nasi telah digunakan untuk mengenyangkan perut-perut mereka yang berbuka puasa. Ke’famous’an kedai makan ini hingga disebut beberapa kali di dalam saifulislam.com dan menjadi bualan mulut daripada satu generasi ke generasi yang baru.
Buat ahli rumah 218, ekau patut berbangga kerana bau semerbak nasi beriyani ini mampu menerjah ke rumah ekau dan membuatkan ekau tidak senang duduk ibarat lipan kepanasan. Jadi buat warga perantau, jangan lupa singgah dan selamat mencuba. Apa-apa pun eden sebagai iron chef mesti beri rating dengan adil dan saksama.
Rating:
Keenakan masakan – 10/10
Dekorasi – 7/10
Kebersihan – 8 /10
Overall – 8
KEBABISH TANDOORI DUBLIN
Kebab-ish……restaurant ni sememangnya terkenal dengan kelembutan roti NANnya dan juga kemurahan rezekinya. Percayalah, ekau pasti tidak mampu menghabiskan sepinggan kebab kerana rezeki yang diberikan bukan setakat melimpah ruah malahan melimpah keluar dari pinggan. Kedai ini terletak di 39 Lower Clanbrassil Stree, Dublin. Selain kebab dan masakan-masakan dari negara arab dan pakistan, kedai makan ini turut menyediakan manisan-manisan terkenal dari negara Pakistan. Semuanya manis-manis belaka. Pasti menjadi kegilaan warga Kelantan nanti. Namun bukan semua mengikut citarasa Malaysia ye. Restaurant ini juga merupakan tempat pelajar-pelajar ‘hang out’ tanpa mengira hari samada siang atau malam. Kedai ini beroperasi dari jam 11 pagi hingga jam 2 pagi. Ramai yang telah memberi komen dan ramai yang menyukainya. Eden yakin ekau pasti merindui kelazatan kebabnya yang tiada tandingan selepas mencubanya sampai bungkus bawa balik. Makan jangan tak makan dek oooi !!
Setelah pemerhatian eden selama 2 tahun, jadi eden nak bagi rating:
Keenakan Masakan – 10/10
Dekorasi – 9/10
Kebersihan – 8/10
Overall – 9
Kedai zaytoon ini terletak bersebelahan Boyle’s sport di Lower Camden Street. Kepada mereka-mereka yang tinggal di Rathmines, Kimmage, South Circular Road dan kawasan yang sewaktu dengannya, ekau pasti akan melalui jalan ni dan ekau pasti akan terjumpa kedai ini sebab kedai ini memang tepi jalan pon. Kedai ini ‘speciality’nya adalah masakan Persian. Ala sebenarnya lebih kurang je pon dengan kedai kebab-kebab yang lain. Antara makanan kegemaran eden jika berkunjung ke restaurant ini adalah ‘Zytoon Barg Kebab’ dan ‘Zaytoon Chicken Shish Kebab‘. Kedua-dua masakan itu merupakan masakan special mereka dan antara yang terkenal di Dublin.
Dekorasi dalaman kedai ini nampak eksklusif dan anggun. Oleh itu, buat mereka pertama kali yang datang pasti rasa dah nak kena ‘kapak’ dengan kedai ini sebab macam mahal sangat. Actually, kedai ini taklah mahal sangat tapi kalo nak makan hari-hari, muntah darah gakla nak bayar sebab boleh tahan harga menu dia. Namun, bila lagi nak merasa masakan persian yang eksklusif melainkan ekau poi timur tengah. Hah kat sana ekau ‘tibai’ puas-puas masakan orang sana. Ok macam biasa. Kasi rating skit….
Masakan – 8/10
Dekorasi – 8/10
Kebersihan – 8/10
Overall – 8
MOMO’S KEBAB HOUSE
Momo’s Kebab house ini terletak di Aungier Street, Dublin berdekatan dengan RCSI dan juga Dublin Business School aka DBS. Kedai makan ini merupakan salah satu tempat ‘hang out’ utama ‘student-student’ RCSI dan DBS kerana lokasinya yang strategik dan harga yang berpatutan. Masakannya pula lebih kepada ‘Middle Eastern style’ dan eden rasa ada Egypt ‘twist’ di situ. Antara makanan kegemaran eden di kedai ini adalah ‘Tandoori Rice’ kerana banyak dan paling murah di Dublin. Hanya Euro 5.99 berbanding kedai-kedai lain yang agak mahal sekitar 8 – 10 euro sepinggan. Kedai ini lebih kepada canteen environment. Oleh itu, sesuai untuk ekau yang berjiwa remaja duduk makan dan berborak macam di ‘mapley’. Kedai ini juga antara yang paling pemurah ‘in term of quantity’ makanan yang disediakan. Dengan hanya sepinggan lauk, ekau boleh berkongsi dengan seorang lagi ‘member’ ekau. Hah apo lagi, datang jangan tak datang ewah !!!
Namun, harga minuman di sini agak mahal sehingga kadang-kadang sekali ganda daripada harga kedai runcit tepi jalan. Jadi eden cadangkan, ekau belilah minuman kat kedai lain. Ada kedai runcit Halal sebaris dengan Momo’s ini harga minumannya dalam botol dan tin hanya 0.99 euro sahaja. Oklah eden pon dah kenyang dan macam biasalah tugas eden nak kasi rating.
Makanan – 8/10
Dekorasi – 5/10
Kebersihan – 6/10
Overall – 6
Oklah sampai di sini sahaja rancangan Makan-makan di Dublin. Insyallah esok eden akan bawa ekau poi kedai-kedai makanan halal yang ‘famous’ di Dublin lagi. Sebarang komen atau cadangan amat dialu-alukan. Selamat mencuba.
Wassalam











