Siri Bintu Siddiq

Keanggunan Mujahidah Sebenar
Edisi Ketiga
By: Ketua Helwa Dublin

Sambungan kisah Aisyah R.A.

Nak tau tak macam mana rumah Nabi Muhammad & Aisyah?

Rumah yang didiami oleh Nabi Muhammad & Aisyah bukanlah besar dan tersergam indah seperti dalam gambar di atas.
Rumah mereka sangat kecil dan ia lebih menyerupai bilik-bilik kecil yang dibina di sekeliling Masjid Nabawi.

Bilik (rumah aisyah) terletak di sebelah timur masjid dan pintu rumahnya terletak di sebelah barat, dalam masjid Nabawi.
Masjid itu seakan-akan serambi rumahnya.
Oleh itu, sangat mudah untuk nabi menjegukkan kepalanya ke dalam rumah Aisyah semasa baginda beriktikaf dalam masjid.
Luas rumah Aisyah hanya 6-7 hasta. Dinding daripada tanah liat beratapkan pelepah daun kurma. Atap rumah yang sangat rendah membolehkan sesiapa yang berdiri dalam rumah itu, pasti kepalanya menyentuh atap rumah.

Namun begitu, rumah Nabi Muhammad adalah sumber cahaya seluruh alam. Walaupun realitinya rumah itu pernah bergelap selama 40 malam semasa Nabi Muhammad masih hidup lantaran tiadanya pelita dalam rumah.

Aplikasi kisah Aisyah buat warga Dublin :

Ayuh sahabat-sahabat, usahlah kita cita-citakan mahligai indah menjadi kediaman kita. Tidak dinafikan fitrah manusia yang sukakan kecantikan. Namun, bukanlah bermaksud kita diharamkan duduk di rumah mahligai yang cantik, sekiranya sudah rezeki daripada Allah gunakanlah dan manfaatkanlah untuk kepentingan dakwah Islam. Bersederhanalah dalam kehidupan dunia.

Jangan jadikan rumah kita ibarat kuburan. Hidupkannya dengan majlis ilmu, bacaan al-quraan, tazkirah dan qiyamullail.

Sayyiduna Ibn `Abbas (RadhiAllaho anho) narrates
that Rasulullah (Sallallahu Alaihi Wasallam) said:

“If anyone constantly seeks pardon (from Allah),
ALLAH, Subhanahu wa ta’ala,
will appoint for him a way out of every distress
and a relief from every anxiety,
and will provide sustenance for him
from where he expects not.”

[Abu Dawud].

Wallahualam.