Salam buat semua,
Dengan sukacita Kelab MyDbs dengan kerjasama rakyat Malaysia Dublin akan menganjurkan BAZAAR JUALAN 2010 buat julung-julung kali di Dublin Ireland seperti berikut:
Tempat: Dewan Makan/Ruang legar Malaysia Hall Dublin, Leeson Park.
Masa: 12 pagi hingga 4 petang
Tarikh: 5 Jun 2010
Sehubungan dengan ini, kami menjemput semua untuk turut hadir dan turut serta dalam program ini dan kepada sesiapa yang berhajat untuk membuat jualan dalam segala aspek yang berkait rapat dengan barangan malaysia atau sebagainya sila hubungi Joey menerusi text/sms 0877929717.
Semoga dengan kerjasama semua program ini dapat berjalan dengan selamat dan lancar.
Terima kasih.




