Ramadhan di Dublin
Wah…dah hampir Ramadhan ek? Adik-adik yang belum fly ke Dublin lagi mesti tertanya-tanya pasal ni kan?Meh nak citer sket la pasal ramadhan ini. Ok 1st skali..tarikh start pose. Basically anda akan dapat sms dari wakil Lajnah Tarbiyah dan Dakwah PPIMI announcing the start of fasting season. Dan LTD PPIMI mengikut apa yang ditetapkan oleh pihak berkuasa di Dublin. Rujukan adalah kepada ICCI dan Dublin Mosque. So jangan risau bab bile nak pose ye =) Tapi tahun ni rasenye anda akan fly in the middle of fasting season kan? Tak pon after raya. So dont worry!
Takwim bukak pose jugak biasanya boleh didapati secara percuma atau dapatkan terus takwim 1 tahun dari ICCI.Takwim die cantikkk…biasanya kalo bulan lapan nie takwim akan diberi secara percuma setiap kali selepas solat Jumaat. Kalo awal tahun kene beli, dalam 1-2 euro. Sekiranya tak dapat takwim then boleh download Athan software kat islamicfinder. Kekadang waktu solat kat islamicfinder lari sket, so x reliable sgt la kalo anda ni jenis yang inginkan ketepatan yang tulen.
Bukak pose?
Well kalo pose musim sejuk…bukaknya awal..dalam kul 5-6pm dah bukak dah…tapi tahun ni nampaknya puasa jatuh pada musim panas so panjang la sket yea…huhu. Tapi tak matinya, insyaAllah, sebab anda hanya pergi class je..kalo buat rotation kat clinic tu mungkin letih sket.
Bukak pose ni dipanggil IFTAR. Dekat ICCI, IFTAR diadakan secara PERCUMA setiap hujung minggu. Bessstt. Lauk ayam,kambing! Mantap! Selalunya ada nasi lebih so bolehla bawak balik buat sahur tu. Menjadi satu kebiasaan di Dublin nie, setiap kali masuk waktu akan ada kurma dan air mineral or air susu yang dibekalkan..then after breaking the fast, solat dulu then baru turun ke hall untuk makan nasi.
Di Dublin Mosque pulak, IFTAR adalah SETIAP HARI. Ulangan, SETIAP HARI! Kat sini makanan yang dihidangkan adalah nasi beriyani superb. Tak caye tanyela sape-sape yang pernah berkunjung ke Dublin. Pendek kata tak sah kalo anda tidak cuba menikmati hidangan nasi beriyani Pak Usop ni. Hari biasa, satu nasi would cost you 6-7 euro, tapi for the whole Ramadhan, anda boleh dapatkan secara percuma. Makan ramai-ramai dalam talam..best!
Terawih
Terawih. Tak kisah buat lapan atau 20, yang penting satu juzuk satu malam =) sekiranya umah anda agak jauh dari masjid, maka jangan la pulak tinggalkan terawih. Rugi. Boleh buat kat rumah sendiri. Cam aku sendiri, tahun lepas umah aku agak jauh dari masjid, about 15-20 minutes by bus, so ape yang kiteorang bwat adelah menghidupkan terawih di rumah secara berjemaah. Tak susah pun, learn all the rukun then you’ll find that it’s not as complicated as you would imagine. Bile lagi umah di Ireland nak mendengar bacaan Al-Quran? Manela tau kot-kot dengan bacaan anda, jiran sebelah umah tertarik dan masuk Islam. Subhanallah. Besarnya pahala anda.
10 malam terakhir menyaksikan masjid-masjid mengadakan qiamulail..di ICCI, akan diberikan satu borang untuk siapa yang berminat, tempat tidur disediakan. ICCI ni besar giler, so anda tidak akan tidur di dewan solat tapi anda akan tidur di bilik yang dikhaskan untuk qiam. Sahur dan berbuka ditanggung sepenuhnya oleh pihak masjid. You do not have to pay for anything. Senang kan?
Syawal tiba
Dah tibe ari raye…sob..sob teringat mak ayah kat kampong, adik beradik sedang main mercun..sepupu dan kengkawan…lemang, ketupat..perghh bestnye dok Malaysia yea.. Ala jangan bimbang, sedih tu biase la kan, sedih anda sedih berteman bukannya keseorangan =)
Solat Hari Raya

Malaysian Hall akan mengadakan solat hari raya untuk meraikan pelajar-pelajar Malaysia di cnie. Solat hari raya di ICCI dan Dublin Mosque berjalan cam biase. Kalo di ICCI, after solat tu ade sedikit jamuan ringan cam kek. Apapun, the first thing that you would notice if you go to the ICCI or Dublin Mosque is the Takbir. Takbir dieorang x mendayu-dayu cam kite punye.
Kendian..sebaik sahaja selesai solat, sume dijemput berkunjung ke rumah Haji Fauzi yang terletak di Clonskeagh Road. Haji Fauzi ni merupakan rakyat Malaysia yang dah lame menetap di Ireland ni. Every raya, die akan buat open house untuk meraikan sume rakyat Malaysia di Dublin esp students. Percume je..huhu. Terima kasih Haji Fauzi sekeluarga.
Selesai la sudah makan di situ, maka akan anda dialu-alukan untuk berkunjung ke rumah kengkawan. Jalan-jalan. Ada yang buat open house ari tue jugak, ade minggu depan. Pendek kata, dalam 1-2 minggu after raya tu, selalunya banyak open house…tinggal lagi nak pegi or tak nak.
Kesimpulan
Itu je la citer sket-sket pasal raya@Dublin nie..walaupun berjauhan dengan keluarga tapi sambutannya tetap meriah. Sebenarnya xdela jauh sangat sbb boleh je kalo korang nak call mak ayah, kalo nak tengok wajah bonda tercinta, buat je panggilan 3G…takpun kalo nak jimat sket buat video conference pakai skype or YM..manfaatkan teknologi around you…ok la cau dulus..jangan sedih yea =)






