Keterbukaan minda
Dalam surat khabar baru2 ini bercerita mengenai ketaksuban masyarakat kita terutamanya Melayu dalam merujuk isu kesihatan kepada pengamal perubatan tradisional. Ia menyatakan bahawa ketaksuban sebegitu terutama dalam masalah barah dan ditambah dengan imej buruk kemoterapi menyebabkan pesakit lebih suka untuk merujuk kepada bomoh kampong.
Saya setuju dengan pendapat tersebut, namun masih ada sedikit ketidakpuasan hati kerana sesungguhnya pendapat mengatakan bidang sains kedoktoran adalah pengubat yang paling tepat untuk sesuatu penyakit mungkin berbunyi sedikit angkuh. Dan juga menyebabkan sesetengah doctor berfikiran tertutup dengan langsung tidak menerima sebarang bentuk rawatan yang berbunyi kampong. Disebabkan itu jugalah ada cerita tidak enak apabila seorang doctor mengherdik ayahnya sendiri kerana berjumpa dengan bomoh dengan mengatakan ianya adalah karut belaka, syirik.
Untuk seorang doctor yang dikatakan sebagai berpengajian tinggi, tidak salah saya katakan tindakan tersebut sangatlah tidak rasional. Melabelkan seorang bomoh kampong sebagai mengamalkan perbuatan syirik tanpa membuat usul periksa terlebih dahulu, ia merupakan suatu perbuatan yang sangat melulu.
Pengalaman bapa saya yang mengalami kepatahan kaki bahagian tibia membuatkan saya membuka mata. Setelah sebulan bahagian tulangnya diletakkan dengan besi, maka tibalah masa untuk diletakkan cast pada bahagian betis. Sewaktu saya menemaninya di hospital, doctor mengatakan tulangnya masih tidak bercantum dan memerlukan patellar tendon bearing cast. Tugas untuk meletakkan cast tersebut diberikan kepada seorang doctor muda. Sewaktu itu, saya terdengar perbualan doctor tersebut dengan seorang lagi doktor. Bayangkan anda seorang pesakit dan anda mendengar doctor berkata sebegini di depan anda, “Aduh, aku tak berapa reti nak buat PTB ni, aku selalu buat tak jadi, kalau si polan buat selalu jadi”, “Alah, takpelah, buat je la, dah si polan takde”. Maka rawatan tersebut diteruskan. Saya kira kejadian tersebut sebagai sesuatu yang langsung tidak professional dan menakutkan pesakit! Mereka tetap meletakkan cast walaupun dikatakan ianya sanat menyakitkan!
Saya melihat balutan cast yang diberikan sangat mengerikan walaupun ianya sepatutnya sangat simple dengan keadaan doctor yang dalam ketidakpastian. Setelah siap balutan, sekembalinya ke rumah bapa saya membuat keputusan untuk berjumpa bomoh kampong disebabkan kesakitan yang amat di bahagian kaki dek beban cast tersebut. Walaupun sedikit berat hati, saya biarkannya berjumpa bomoh. Tanpa ragu-ragu cast tersebut dibuang dan bomoh tersebut membuat sedikit urutan dan membaca beberapa ayat al-Quran yang ringkas. Saya membuat keputusan untuk melihat perkembangannya. Setelah 3 minggu, saya sedikit takjub apabila kakinya mula beransur pulih, agak pantas. Setelah diperiksa di hospital dengan x-ray, tulangnya menunjukkan pertumbuhan yang baik. Doktor juga menyatakan keajaibannya. Mungkin kerana penggunaan cast memerlukan masa yang lebih lama.
Saya teringat sewaktu bapa saya membuat keputusan berjumpa bomoh, ada juga doctor yang tidak puas hati dengan keputusan tersebut. Apa yang ingin saya nyatakan ialah, janganlah kita jadi buta dan menganggap perubatan tradisional sebagai khurafat, syirik sebagainya. Janganlah berserombono sahaja. Bila dikatakan bomoh, bukanlah semuanya menggunakan jampi serapah dan pulut kuning yang jelas berseleweng. Semuanya adalah ikhtiar, berjumpa doctor juga ikhtiar, dan mencari rawatan alternative juga merupakan suatu ikhtiar asalkan ianya tidak bersanggahan dengan syarak. Doktor bertindak merawat dengan ilmu sains perubatan yang dipelajarinya, seorang bomoh juga merawat dengan ilmunya berdasarkan pengalaman yang bertahun2 dan mungkin dari petua orang tua. Semuanya ilmu dari Allah yang Maha Mengetahui. Mungkin dalam hal ini, penggunaan cast sebenarnya tidak sesuai dan tidak perlu dan mungkin urutan yang diberikan adalah ubat yang lebih berkesan.
Jika rawatan tradisional menunjukkan bukti bahawa ianya lebih berkesan, kita patut menilai kembali rawatan2 tersebut.
Tiada yang ajaib, semuanya dengan izin-Nya, setelah kita berusaha.
Ilalliqa salam alaikum




