Perhimpunan Ukhuwwah Insaniyyah Seluruh Ireland (PUISI) merupakan salah satu program tahunan yang dianjurkan oleh PPIMI dengan kerjasama PPIMG dan PPMC untuk pelajar-pelajar Malaysia yang berada di seluruh Eropah. PUISI menjadi pilihan pelajar-pelajar terutamanya yang berada di Ireland dan United Kingdom untuk memanfaatkan masa yang ada apabila bercuti di musim sejuk.


Pada tahun ini pihak PUISI melangkah selangkah lagi kehadapan untuk mengupas tajuk yang seterusnya , selepas Berjaya mengupas dengan jayanya tajuk generasi muslim KAIZEN pada PUISI 2009. Konsep Kaizen yang membawa maksud continous Improvement dibincangkan bertepatan dengan Firman Allah swt yang bermaksud

“Sesungguhnya ALLAh tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri….”
(Ar-Ra’du:11)

Kaizen merupakan konsep yang diamalkan oleh syarikat-syarikat yang terkenal di Jepun seperti Toyota.Oleh itu, pemilihan konsep ini dalam program PUISI adalah bertujuan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang kreatif dan mempunyai sikap yang boleh membantu mereka untuk membuat anjakan paradigma dalam usaha melakukan pembaikan diri.

Oleh itu, apakah tema yang menjadi pilihan pihak PUISI pada tahun ini?

    Tema: Kembara tianxia
    Tarikh : 23-26 Disember
    Tempat : glendalough international youth hostel, Wicklow

Emmm…..tema yang menarik, jadi apa yang akan dibincangkan nanti?

Trailer PUISI 2010


Tertarik?
Jadi apa lagi, jom kita pakat daftarkan diri untuk PUISI 2010
Macam mana nak daftar?
Apa kata klik