Assalamualaikum rakan-rakan pembaca dari seantero dunia. Apa khabar semua? Yang sedang bercuti musim panas tu, agak-agaknya berapa kg berat anda naik? Iyelah, berbagai hidangan mudah di capai di Malaysia ni. Nak makan apa sahaja, carilah, pasti akan ketemu jua. Memandangkan sekarang ni mungkinlah musim makan, dan tidak berapa lama lagi bulan mulia bulan Ramadhan akan tiba, saya ingin berkongsi beberapa perkara menarik mengenai makan berjemaah. Artikel ini saya ekstrak daripada Majalah solusi edisi ke-5.
Kita mungkin menganggap, jika makan dalam talm itu sudah dikira sebagai makan berjemaah. Hakikatnya tidaklah begitu. Makan dalam talam adalah salah satu kaedah makan berjemaah. Tidak makan dalam talam juga boleh dikira sebagai makan berjemaah jika kita menepati cirri-ciri tertentu.
Ada Ketua
Jika kita solat berjemaah, kita harus mempunyai seorang imam. Begitu juga dengan makan berjemaah. Dalam kalangan semua yang makan, sesiapa yang lebih tua, yang lebih tinggi ilmu, dan lebih berwibawa; maka beliau layak di anggap ketua. (ketua makan dalam konteks ini).
Contohnya,apabila makan bersama keluarga, Ayah kitalah yang paling layak menjadi ketua.
Antara tugas-tugas ketua ialah :
1. Memulakan doa makan atau memilih sesiapa dalam kalangan jemaah untuk membaca doa. (jika dalam keluarga, si ayah memilih anak-anak untuk berdoa dengan tujuan mendidik)
2. Ketua memulakan suapan, kemudian diikuti oleh anak buah.
Lihat keindahan Islam, nak makan pun ada sistemnya. Cantikkan? Kepimpinan semasa makan. Sebagai ketua makan, dia tidak boleh mementingkan diri sendiri sahaja. Tetapi dia hendaklah mengawasi anak buah. Makanan yang jauh di dekatkan, kalau makanan terlalu banyak tulang diingatkan supaya berhati-hati, jika makanan perlu di tambah, ketua cepat-cepat menambahnya. Jika makanan sedikit, ketua mengingatkan anak buah supaya makan dengan berhemah.
Niat supaya semua orang kenyang
Satu lagi cirri makan berjemaah selain mempunyai ketua ialah setiap anggota mestilah mementingkan anggota yang lain, atau dengan kata lain, itsar. Jemaah dan pengorbanan saling berkaitan. Ali makan dengan niat mengenyangkan Baith. Baith makan dengan niat mengenyangkan Che Mat. Dengan niat ini, satu lagi ciri makan berjemaah telah diwujudkan. Sekaligus rasa kasih sayang tercetus. =)
Dalam konteks makan buffet, orang yang mengambil makanan dahulu dengan ingatan kepada orang di belakang. Ha, itu pun dikira makan berjemaah juga.
Kesimpulannya, ada 2 ciri makan berjemaah; ada ketua dan mementingkan ahli jemaah yang lain. Ha, mudah kan? JAdi selepaas ini, marilah kita berjemaah makan bersama-sama. Jom Makan! Baca Bismillah dulu ye kawan-kawan!





Assalamualaikum
Makan berjemaah? Hehe. menarik.
Jika di Dublin makan dalam talam di majli2 agak common.Jika berkesempatan insyaALLLAH PPIMI akan buat lagi Grand Iftar