Artikel ini ditulis setelah menyedari ramai para pelajar yang bakal ke Ireland mula mencari maklumat mengenai universiti2 di Ireland. Saya juga menyedari ramai yang men-google mengenai pelajar Ireland, pelajar Mara/Jpa Ireland, Medicine Ireland dan berbagai lagi. Jadi, penulisan ini merupakan persediaan anda sebelum tiba ke bumi Shamrock.

Apa yang ditulis di sini adalah sepanjang pengalaman sebagai pelajar tahun pertama TCD 2009/2010.

Pertama sekali anda perlu untuk mengetahui bahawa tahun pertama TCD mempraktikkan konsep Problem Based Learning. Setiap minggu paling kurang ada 2 sesi PBL. Sesi PBL ini adalah berdasarkan sesi pembelajaran anda di kelas. Antara kandungannya ialah mengenai ethics, penyakit, dan subjek di dalam kelas. Selalunya, ia selari dengan subjek dipelajari pada minggu tersebut.

Dalam dua minggu sekali, anda juga akan mengalami satu sesi PBL bersama dengan tutor GP anda masing2 dimana perbincangannya adalah lebih terbuka dan bukan setakat mengenai pembelajaran di kelas. Selepas beberapa minggu, anda akan diberi tugasan untuk menjaga seorang baby. Seorang baby akan dijaga oleh 2 orang pelajar. Anda akan diberi list of tasks yang perlu disiapkan dengan mengambil data2 daripada penjaga baby tersebut. Untuk itu anda perlu mengadakan 3 kali lawatan ke rumah baby tersebut. Anda tidak boleh memilih pasangan anda, dan selalunya pasangan anda bukanlah Malaysian. Ini memerlukan kerjasama yang tinggi dan sentiasa berhubung dengan partner anda supaya tugas berjalan lancer.

Dalam PBL jenis ini juga anda dijangka untuk mempunyai ilmu mengenai perubatan dan sistemnya, terutama yang diamalkan di Malaysia, supaya nanti anda boleh membandingkan dengan rakan2 dari Ireland, Canada, dan India (selalunya itulah classmates anda). Juga anda perlu membuat kaji selidik bagaimana sistemnya di Ireland, supaya apabila perbincangan diadakan anda boleh mencelah dalam perbincangan. Antara soalan yang anda boleh fikirkan ialah, “Why do you chose Ireland, is there no medical school in Malaysia? I heard Ireland cost you so much? How is your country’s private healthcare system? How government is helping the people to get better healthcare? What about its insurance policy?”

Untuk PBL yang pertama disebutkan tadi, anda dijangka untuk menjadi seorang yang berani dan sentiasa bersedia. PBL ini terdiri lebih kurang dalam 10 orang dan selalunya Malaysian jarang sekali berada dalam kumpulan sama. Untuk PBL, anda perlu pandai menguruskan masa untuk persediaan, untuk melakukan kajian, kerana jika tidak, ia berkemungkinan besar akan memakan banyak masa anda untuk mengulangkaji subjek2 lain. Anda perlu tahu bahawa classmates anda merupakan sangat supportive, dan jangan segan walaupun anda berseorangan di dalam kumpulan. Jika anda masih tidak berapa sesuai lagi dengan loghat Irish, anda boleh sahaja bagitahu yang anda masih tidak biasa dan saya yakin mereka akan menghormati kata2 anda. Percayalah!

Kesimpulannya, PBL adalah medium untuk membina keyakinan anda dalam mempersembahkan kajian anda dan juga membina skil komunikasi yang berkesan. Namun, masa yang diperuntukkan untuk mencari bahan kajian haruslah singkat. Selalunya 1 jam atau paling lama 2 jam. Anda sememangnya mempunyai bertimbun lagi nota2 untuk dihafal. Jangan risau, jika anda menganggap semua ini sebagai cabaran, maka anda pasti menikmati hidup di Trinity.

Ada beberapa perkara lagi yang ingin dikongsi, insyaAllah akan ditulis pada masa akan datang.

Selamat berjaya dengan result A level dan IB masing-masing. =)

Ilalliqa’ salam alaikum