Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum wbt,

Bersyukurlah kita kepada Allah kerana masih jua bernyawa hingga ke hari ini dan mengharapkan agar kita dipertemukan olehNya dengan bulan Ramadhan al-mubarak tidak lama lagi. Alhamdulillah, Muslim di seluruh dunia ternanti-nanti akan ketibaan bulan yang berkat itu. Ada yang membuat kenduri doa selamat sempena menyambut Ramadhan, tidak lupa juga yang berlatih meningkatkan bacaan al-Quran tiap-tiap hari sebagai persediaan ’stamina’ dan ’vokal’ untuk mengkhatamkan 30 juzuk kalam Allah tersebut.

Namun, mitos yang kerap jua didengari ialah bulan puasa ialah bulan yang meletihkan, melesukan & menyebabkan muka macam biskut lemau.hehe. Nampaknya mereka-mereka ini kurang penghayatan hikmah berpuasa.

Haa..meh sini saya nak bercerita mengenai puasa dari segi aspek kesihatan. Apekeheinye puase ngn sihat, sakit iye?

Puasa dan Detoksifikasi(mencuci dan membersihkan badan daripada racun ataupun toksin)

Pada dasarnya, puasa merupakan satu proses detoksifikasi yang baik. Berpuasa di bulan Ramadhan yang boleh dianggap sebagai puasa jangka pendek (justeru ianya selamat dan tidak memudaratkan), memberi kerehatan kepada organ-organ dalam badan. Hal ini membantu penyingkiran segala kekotoran di samping memberikan kesegaran semula kepada sel-sel.(Dr. Lonny J.Brown (Ph.D), Adventures in Therapeutic Fasting)

Binatang-binatang akan menjauhi makanan apabila sakit. Mengapa? Tiada selera makan? :-P Sebenarnya, Dr. Cindy Engles (Ph.D) telah menjelaskan dalam Wild Health: How Animals Keep Themselves Well and What We can Learn From Them bahawa menjauhi makanan dengan berpuasa adalah proses yang natural untuk sembuh. Bakteria memerlukan zat besi dalam makanan untuk bertindak. Jadi apabila berpuasa, bakteria akan ’berpuasa’ zat besi dan seterusnya akan melemahkan mereka.

Tetapi, AWAS!!

Pengecualian daripada berpuasa untuk pesakit-pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti sakit jantung, buah pinggang, migrain yang teruk dan lain-lain. Bimbang akan memudaratkan… Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 184, ”Sesiapa antara kamu yang sakit atau bermusafir (maka bolehlah dia berbuka puasa) dan gantikanlah ia pada hari yang lain.”

Kekal sihat dan cergas ketika berpuasa

1. Bagi mereka yang sentiasa bersenam atau bersukan selalunya akan mengalihkan aktiviti mereka itu pada waktu malam, iaitu selepas solat sunat terawih. Tetapi harus diingatkan supaya tidak terlalu ’harsh’ dalam bersenam atau bersukan kerana kemungkinan besar kari kepala ikan, murtabak yang di’blend’ dengan air cincau-soya akan menyemarakkan bau & pemandangan ketika beraktiviti.

2. Elakkan senaman di waktu pagi kerana ia akan menyebabkan tubuh keletihan sepanjang hari. Cubalah lakukan senaman ynag ringan seperti senaman regangan, tai chi (bukan macam itu Kung Fu Hustle, tapi Kung Fu Panda boleh xioa2 sekalian, apek, amoi, nyonya) dan sebagainya.

3. Ataupun..pilihan yang seterusnya ialah melakukan senaman yang agak memenatkan selepas jam 6 petang (mengikut waktu di tempat anda sama ada diawalkan atau dilambatkan), contohnya senaman aerobik, berjogging, berbasikal selama lebih 20minit. Rehatkan tubuh sementara menunggu waktu berbuka.

4. Untuk anak-anak dara, rajin-rajinkan diri menolong emak di dapur menyediakan juadah berbuka. Menyapu & mop lantai, basuh pinggan, lipat kain dan mengemas rumah semuanya merupakan ’exercise’. InshaAllah dapat menyihatkan badan, menambah pahala dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.

5. Senaman berjalan kaki juga dapat memberi kecergasan kepada badan terutamnya apabila dilakukan setiap hari. Mudah sahaja, tiap-tiap petang berjalan-jalanlah ke bazar Ramadhan di kawasan kediaman anda. Berpuluh-puluh gerai untuk ’diterokai’! Kalau bazar Ramadhan tu tak sampai pun 300 meter jaraknya dari rumah anda, tak perlulah naik kereta atau motosikal. Berjalan kaki untuk sedikit senaman. Kalau tak cukup lagi senaman berjalan kaki anda itu, ’tinjau-tinjau’ pula ke bazar Ramadhan kampung atau taman perumahan sebelah.haha.

Tetapi, harus diingatkan bahawa niat anda adalah untuk ber’exercise’ & membeli sedikit juadah, jadi janganlah berbelanja di bazar sehingga MEMBAZIR. Itu adalah amalan syaitan..

Marilah sama-sama kita mengejar ’Karnival Mega Sale’ daripada Allah yang bakal menjelma tidak lama lagi. Di dalamnya terdapat malam Lailatul Qadr, keberkatan, pengampunan dan ganjaran yang berlipat kali ganda. Maafkan segala kesilapan ahli keluarga kita, sahabat handai kita, jiran tetangga, guru-guru dan lain-lain, serta mohonlah kemaafan daripada mereka juga. Lakukanlah yang terbaik Ramadhan ini seumpama ini adalah Ramadhan kita yang terakhir….

JOM berPQRS!!

Wallahu’alam

-Vice Pres LBS-