Whosoever provides for the breaking of the fast of another earns the same merit (reward) as the one who was fasting without diminishing in any way the recompense of the fasting person.” Tirmidhi

Whosoever provides for the breaking of the fast of another earns the same merit (reward) as the one who was fasting without diminishing in any way the recompense of the fasting person.” Tirmidhi

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

1. Di kesempatan ini, saya selaku penyimpan mohor besar raja-raja bagi pihak Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland ingin merakamkan jutaan terima kasih dan berkalung-kalung penghargaan kepada semua yang terlibat dari segi material mahupun sumbangan doa kepada kutipan Tabung Iftar 2010.

2. Moga ALLAH sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian.

3. Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut.”

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

4. InsyaALLAH, harap-harap kita semua termasuk dalam golongan yang disabdakan oleh baginda Rasullulah.

5. Dengan suka cita ingin saya maklumkan bahawa segala kutipan yang diamanahkan ke pundak saya telah selamat disalurkan kepada Islamic Foundation of Ireland yang bertempat di Dublin Mosque. Jika anda masih samar-samar, kutipan ini akan digunakan bagi membiayai majlis berbuka puasa yang dianjurkan secara harian di Dublin Mosque. Terima Kasih yang tidak terhingga kepada saudara Ahmad Zafrullah Afham yang turun padang untuk menghulurkan sendiri kutipan terbabit.

6. Buat pengetahuan semua, kutipan yang berjaya kita kumpulkan hingga ke saat penyerahan dana ialah sebanyak 1010 Euro. Alhamdullilah, lebih banyak daripada elaun sebulan MARA.

7. InsyaALLAH dengan kutipan sebanyak ini, pelajar-pelajar Malaysia dapat ‘menaja’ majlis berbuka puasa di Dublin Mosque. Moga sesiapa yang berkongsi rahmat dan nikmat ini mendoakan kejayaan kita dunia dan akhirat.

8. Akhir kata, sebelum saya mengarut dengan lebih panjang, izinkan saya meninggalkan pentas dengan beberapa rangkap pantun.

Bunga lawang buah pala,
Tidak dilupa si bunga kekwa;
Kekayaan bukan penentu segala,
Dalam kubur tidak dibawa.

Hukum dunia hukum karma,
Hukum akhirat setinggi petala;
Oleh itu marilah menderma,
Panjatkan syukur naikkan pahala.

Indah sungguh burung kelicap,
Sayapnya lebar pelbagai warna;
Syukran jazilan bibir berucap,
Tanda penghargaan tidak terkira.

P/s : LMT tolong letak gambar, aku lupe la, hehe