Thursday, September 9, 2010

Penutupan Tabung Iftar 2010

Posted by lku2009 On September - 3 - 2010 ADD COMMENTS

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

1. Di kesempatan ini, saya selaku penyimpan mohor besar raja-raja bagi pihak Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland ingin merakamkan jutaan terima kasih dan berkalung-kalung penghargaan kepada semua yang terlibat dari segi material mahupun sumbangan doa kepada kutipan Tabung Iftar 2010.

2. Moga ALLAH sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian.

3. Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut.”

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

4. InsyaALLAH, harap-harap kita semua termasuk dalam golongan yang disabdakan oleh baginda Rasullulah.

5. Dengan suka cita ingin saya maklumkan bahawa segala kutipan yang diamanahkan ke pundak saya telah selamat disalurkan kepada Islamic Foundation of Ireland yang bertempat di Dublin Mosque. Jika anda masih samar-samar, kutipan ini akan digunakan bagi membiayai majlis berbuka puasa yang dianjurkan secara harian di Dublin Mosque. Terima Kasih yang tidak terhingga kepada saudara Ahmad Zafrullah Afham yang turun padang untuk menghulurkan sendiri kutipan terbabit.

6. Buat pengetahuan semua, kutipan yang berjaya kita kumpulkan hingga ke saat penyerahan dana ialah sebanyak 1010 Euro. Alhamdullilah, lebih banyak daripada elaun sebulan MARA.

7. InsyaALLAH dengan kutipan sebanyak ini, pelajar-pelajar Malaysia dapat ‘menaja’ majlis berbuka puasa di Dublin Mosque. Moga sesiapa yang berkongsi rahmat dan nikmat ini mendoakan kejayaan kita dunia dan akhirat.

8. Akhir kata, sebelum saya mengarut dengan lebih panjang, izinkan saya meninggalkan pentas dengan beberapa rangkap pantun.

Bunga lawang buah pala,
Tidak dilupa si bunga kekwa;
Kekayaan bukan penentu segala,
Dalam kubur tidak dibawa.

Hukum dunia hukum karma,
Hukum akhirat setinggi petala;
Oleh itu marilah menderma,
Panjatkan syukur naikkan pahala.

Indah sungguh burung kelicap,
Sayapnya lebar pelbagai warna;
Syukran jazilan bibir berucap,
Tanda penghargaan tidak terkira.

P/s : LMT tolong letak gambar, aku lupe la, hehe

Fenomena Di Tanah Air Kita

Posted by Presiden PPIMI On August - 22 - 2010 ADD COMMENTS

Assalamualaikum wrt wbt.

Salam ramadhan saya ucapkan kepada warga PPIMI yang diberkati Ilahi selalu. Semoga di bulan mulia ini kita diberi kekuatan dan hidayah untuk berlumba-lumba melakukan amal ibadat.

Cuti musim panas sudah hampir ke penghujungnya. Bagi yang kembali ke tanah air, Malaysia yang tercinta, sememangnya tahun ini lebih istimewa kerana berpeluang berpuasa bersama keluarga dan sebahagian daripada kita sempat beraya di tanah air.

Semestinya, sepanjang cuti ini kita dihidangkan dengan pelbagai berita dan cerita samada yang positif mahupun negatif yang berlaku di Negara kita. Namun yang paling hangat diperkatakan sekarang ialah gejala membuang bayi. Betul atau tidak? Atau kita tidak ambil peduli?

Bayi yang tidak bersalah

Bayi yang tidak bersalah

Berita bayi dijumpai, samada hidup ataupun telah meninggal dunia seolah-olah menjadi berita wajib setiap hari, laksana laporan ramalan cuaca. Khabar di kaca television, akhbar , rancangan televisyen, atau pengalaman sendiri menjumpai bayi menjadi kebimbangan kebanyakan pihak. Lebih teruk, satu penemuan yang dilaporkan di sebuah akhbar beberapa hari yang lepas, secara purata, 2 hingga 4 bayi luar nikah dilahirkan setiap hari di Malaysia. Belum kira lagi berapa banyak kandungan luar nikah yang digugurkan. Belum kira lagi berapa banyak maksiat zina yang dilakukan.

Pelbagai langkah pencegahan dan pembaikan telah dilaksanakan, samada oleh Kerajaan, pembangkang dan juga NGO di negara kita. Namun perlu kita fikirkan, adakah hanya mereka yang perlu berusaha sedangkan kita hanya menanti hasilnya? Amatlah penting untuk kita turut prihatin terhadap langkah-langkah yang telahpun dimulakan, sekurang-kurangnya kita cakna akan usaha-usaha ini. Lagi molek jika kita sama-sama menilai keberkesanan setiap usaha ini.

Adakah pengenalan sekolah mengandung di Melaka bakal mengurangkan gejala membuang bayi? Adakah dengan mengenakan hukuman berat kepada yang didapati bersalah membuang bayi boleh memberi keinsafan kepada semua? Adakah pelajaran seks boleh membendung masalah ini? Adakah tayangan video-video kesedaran di youtube mahupun facebook mampu menjentik hati-hati si pembuang bayi ini? Adakah program-program dialog atau forum mampu mencari penyelesaian terhadap fenomena ini? Siapakah pihak yang bertanggungjawab? Ibu bapa, jiran tetangga, guru, rakan sebaya? Semua itu haruslah kita fikir-fikirkan. Dan, tidak lupa untuk muhasabah ; di mana letakkan peranan KITA?

Sekilas pandang, kita seolah-olah tidak begitu terkesan, kerana memikirkan bahawa kita hidup di luar negara. Sebetulnya di bumi Dublin ini. Tidak bimbang kerana kita yakin kita dan rakan-rakan usrah kita tidak terlibat dengan gejala membuang bayi. Tidak khuatir kerana bayi itu tiada kaitan dengan kita. Tapi jangan lupa. Adik-beradik kita masih berada di Malaysia. Rakan-rakan kita masih berada di sana. Saudara seIslam kita juga masih di sana. Dan yang paling penting, di Malaysia jugalah anak-anak kita kelak akan membesar. Nak tak nak, masalah ini perlu ditangani jika taknak penyesalan berlaku di masa depan.

Saya menyeru warga PPIMI, untuk menggunakan kepakaran masing-masing membantu mengatasi masalah ini. Setidak-tidaknya, kita punyai jawapan apabila disoal di akhirat kelak. Bukankah kita diseru mencegah kemungkaran dengan tangan, lisan atau hati mengikut kemampuan kita.

“Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah sedaif-daif iman.”Riwayat Muslim.

Akhir kata, janganlah kita hanya mengetahui tetapi terlupa untuk bertindak. Janganlah kita hanya mengutuk tetapi terlupa untuk membantu. Kita punyai peranan masing-masing, sahabat-sahabatku.

Sekian dahulu buat masa ini.
Assalamualaikum wrt wbt.

Ahmad Zafrullah Afham Ahmad Fikri
Presiden PPIMI
2010/2011

Tabung Iftar Ramadhan 1431H

Posted by lku2009 On August - 13 - 2010 ADD COMMENTS
Whosoever provides for the breaking of the fast of another earns the same merit (reward) as the one who was fasting without diminishing in any way the recompense of the fasting person.” Tirmidhi

Whosoever provides for the breaking of the fast of another earns the same merit (reward) as the one who was fasting without diminishing in any way the recompense of the fasting person.” Tirmidhi

“Whosoever provides for the breaking of the fast of another earns the same merit (reward) as the one who was fasting without diminishing in any way the recompense of the fasting person.” Tirmidhi

“Barangsiapa memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, niscaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Ku dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam surga.” (HR. Ibnu Huzaimah)

Pengenalan:

Salah satu daripada sunnah Ramadhan yang dituntut adalah menjamu orang berbuka puasa. Saban tahun Dublin Mosque sebagai masjid terbesar dari segi jumlah kehadiran di Dublin menganjurkan iftar bagi warga Muslim yang menelan kos perbelanjaan yang tinggi. Warga Malaysia baik yang bekerja mahupun belajar banyak mendapat manfaat daripada iftar ini. Kos perbelanjaan pada tahun ini menjangkau 1200 euro sehari. En Yusof, tukang masak untuk iftar memohon jasa baik komuniti Muslim di Ireland sumbangan bagi menampung kos ini.

Justeru, PPIMI mengambil langkah proaktif untuk mengumpul dana bagi menampung kos iftar di Dublin Mosque. Langkah ini tidak hanya untuk menyelesaikan masalah logistik iftar di Dublin Mosque, tetapi lebih jauh daripada itu, kami cuba untuk menyediakan peluang kepada seluruh warga Muslim Malaysia di Dublin untuk menyalurkan derma iftar masing-masing. Sesungguhnya hanya Allah sahajalah yang layak untuk menghitung kebaikan yang bakal diperoleh hasil derma ikhlas kita.

Objektif:

a) Menyediakan medium bagi masyarakat Islam Malaysia Ireland untuk menderma iftar

b) Menampung kos perbelanjaan iftar di Dublin Mosque untuk sekurang-kurangnya 2 hari

Memandangkan kebanyakan pelajar Ireland sedang bercuti di Malaysia,derma boleh dilakukan melalui perbankan internet dan paypal.

a. Bank account

b) Bank in

c) Check

d) Tunai

Ke akaun berikut:

Allied Irish Bank
Nama Akaun: Ahmad Akmal Azman
No Akaun : 22152047
NSC: 93-10-12
Description: Tabung Iftar

Paypal: email kepada adilahdarmawi@gmail.com

RAMADHAN yang betul-betul hao liao!!

Posted by lbs2009 On August - 3 - 2010 1 COMMENT

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum wbt,

Bersyukurlah kita kepada Allah kerana masih jua bernyawa hingga ke hari ini dan mengharapkan agar kita dipertemukan olehNya dengan bulan Ramadhan al-mubarak tidak lama lagi. Alhamdulillah, Muslim di seluruh dunia ternanti-nanti akan ketibaan bulan yang berkat itu. Ada yang membuat kenduri doa selamat sempena menyambut Ramadhan, tidak lupa juga yang berlatih meningkatkan bacaan al-Quran tiap-tiap hari sebagai persediaan ’stamina’ dan ’vokal’ untuk mengkhatamkan 30 juzuk kalam Allah tersebut.

Namun, mitos yang kerap jua didengari ialah bulan puasa ialah bulan yang meletihkan, melesukan & menyebabkan muka macam biskut lemau.hehe. Nampaknya mereka-mereka ini kurang penghayatan hikmah berpuasa.

Haa..meh sini saya nak bercerita mengenai puasa dari segi aspek kesihatan. Apekeheinye puase ngn sihat, sakit iye?

Puasa dan Detoksifikasi(mencuci dan membersihkan badan daripada racun ataupun toksin)

Pada dasarnya, puasa merupakan satu proses detoksifikasi yang baik. Berpuasa di bulan Ramadhan yang boleh dianggap sebagai puasa jangka pendek (justeru ianya selamat dan tidak memudaratkan), memberi kerehatan kepada organ-organ dalam badan. Hal ini membantu penyingkiran segala kekotoran di samping memberikan kesegaran semula kepada sel-sel.(Dr. Lonny J.Brown (Ph.D), Adventures in Therapeutic Fasting)

Binatang-binatang akan menjauhi makanan apabila sakit. Mengapa? Tiada selera makan? :-P Sebenarnya, Dr. Cindy Engles (Ph.D) telah menjelaskan dalam Wild Health: How Animals Keep Themselves Well and What We can Learn From Them bahawa menjauhi makanan dengan berpuasa adalah proses yang natural untuk sembuh. Bakteria memerlukan zat besi dalam makanan untuk bertindak. Jadi apabila berpuasa, bakteria akan ’berpuasa’ zat besi dan seterusnya akan melemahkan mereka.

Tetapi, AWAS!!

Pengecualian daripada berpuasa untuk pesakit-pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti sakit jantung, buah pinggang, migrain yang teruk dan lain-lain. Bimbang akan memudaratkan… Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 184, ”Sesiapa antara kamu yang sakit atau bermusafir (maka bolehlah dia berbuka puasa) dan gantikanlah ia pada hari yang lain.”

Kekal sihat dan cergas ketika berpuasa

1. Bagi mereka yang sentiasa bersenam atau bersukan selalunya akan mengalihkan aktiviti mereka itu pada waktu malam, iaitu selepas solat sunat terawih. Tetapi harus diingatkan supaya tidak terlalu ’harsh’ dalam bersenam atau bersukan kerana kemungkinan besar kari kepala ikan, murtabak yang di’blend’ dengan air cincau-soya akan menyemarakkan bau & pemandangan ketika beraktiviti.

2. Elakkan senaman di waktu pagi kerana ia akan menyebabkan tubuh keletihan sepanjang hari. Cubalah lakukan senaman ynag ringan seperti senaman regangan, tai chi (bukan macam itu Kung Fu Hustle, tapi Kung Fu Panda boleh xioa2 sekalian, apek, amoi, nyonya) dan sebagainya.

3. Ataupun..pilihan yang seterusnya ialah melakukan senaman yang agak memenatkan selepas jam 6 petang (mengikut waktu di tempat anda sama ada diawalkan atau dilambatkan), contohnya senaman aerobik, berjogging, berbasikal selama lebih 20minit. Rehatkan tubuh sementara menunggu waktu berbuka.

4. Untuk anak-anak dara, rajin-rajinkan diri menolong emak di dapur menyediakan juadah berbuka. Menyapu & mop lantai, basuh pinggan, lipat kain dan mengemas rumah semuanya merupakan ’exercise’. InshaAllah dapat menyihatkan badan, menambah pahala dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.

5. Senaman berjalan kaki juga dapat memberi kecergasan kepada badan terutamnya apabila dilakukan setiap hari. Mudah sahaja, tiap-tiap petang berjalan-jalanlah ke bazar Ramadhan di kawasan kediaman anda. Berpuluh-puluh gerai untuk ’diterokai’! Kalau bazar Ramadhan tu tak sampai pun 300 meter jaraknya dari rumah anda, tak perlulah naik kereta atau motosikal. Berjalan kaki untuk sedikit senaman. Kalau tak cukup lagi senaman berjalan kaki anda itu, ’tinjau-tinjau’ pula ke bazar Ramadhan kampung atau taman perumahan sebelah.haha.

Tetapi, harus diingatkan bahawa niat anda adalah untuk ber’exercise’ & membeli sedikit juadah, jadi janganlah berbelanja di bazar sehingga MEMBAZIR. Itu adalah amalan syaitan..

Marilah sama-sama kita mengejar ’Karnival Mega Sale’ daripada Allah yang bakal menjelma tidak lama lagi. Di dalamnya terdapat malam Lailatul Qadr, keberkatan, pengampunan dan ganjaran yang berlipat kali ganda. Maafkan segala kesilapan ahli keluarga kita, sahabat handai kita, jiran tetangga, guru-guru dan lain-lain, serta mohonlah kemaafan daripada mereka juga. Lakukanlah yang terbaik Ramadhan ini seumpama ini adalah Ramadhan kita yang terakhir….

JOM berPQRS!!

Wallahu’alam

-Vice Pres LBS-

1st year TCD? Apa yang dijangka?

Posted by lai2009 On July - 31 - 2010 ADD COMMENTS

Artikel ini ditulis setelah menyedari ramai para pelajar yang bakal ke Ireland mula mencari maklumat mengenai universiti2 di Ireland. Saya juga menyedari ramai yang men-google mengenai pelajar Ireland, pelajar Mara/Jpa Ireland, Medicine Ireland dan berbagai lagi. Jadi, penulisan ini merupakan persediaan anda sebelum tiba ke bumi Shamrock.

Apa yang ditulis di sini adalah sepanjang pengalaman sebagai pelajar tahun pertama TCD 2009/2010.

Pertama sekali anda perlu untuk mengetahui bahawa tahun pertama TCD mempraktikkan konsep Problem Based Learning. Setiap minggu paling kurang ada 2 sesi PBL. Sesi PBL ini adalah berdasarkan sesi pembelajaran anda di kelas. Antara kandungannya ialah mengenai ethics, penyakit, dan subjek di dalam kelas. Selalunya, ia selari dengan subjek dipelajari pada minggu tersebut.

Dalam dua minggu sekali, anda juga akan mengalami satu sesi PBL bersama dengan tutor GP anda masing2 dimana perbincangannya adalah lebih terbuka dan bukan setakat mengenai pembelajaran di kelas. Selepas beberapa minggu, anda akan diberi tugasan untuk menjaga seorang baby. Seorang baby akan dijaga oleh 2 orang pelajar. Anda akan diberi list of tasks yang perlu disiapkan dengan mengambil data2 daripada penjaga baby tersebut. Untuk itu anda perlu mengadakan 3 kali lawatan ke rumah baby tersebut. Anda tidak boleh memilih pasangan anda, dan selalunya pasangan anda bukanlah Malaysian. Ini memerlukan kerjasama yang tinggi dan sentiasa berhubung dengan partner anda supaya tugas berjalan lancer.

Dalam PBL jenis ini juga anda dijangka untuk mempunyai ilmu mengenai perubatan dan sistemnya, terutama yang diamalkan di Malaysia, supaya nanti anda boleh membandingkan dengan rakan2 dari Ireland, Canada, dan India (selalunya itulah classmates anda). Juga anda perlu membuat kaji selidik bagaimana sistemnya di Ireland, supaya apabila perbincangan diadakan anda boleh mencelah dalam perbincangan. Antara soalan yang anda boleh fikirkan ialah, “Why do you chose Ireland, is there no medical school in Malaysia? I heard Ireland cost you so much? How is your country’s private healthcare system? How government is helping the people to get better healthcare? What about its insurance policy?”

Untuk PBL yang pertama disebutkan tadi, anda dijangka untuk menjadi seorang yang berani dan sentiasa bersedia. PBL ini terdiri lebih kurang dalam 10 orang dan selalunya Malaysian jarang sekali berada dalam kumpulan sama. Untuk PBL, anda perlu pandai menguruskan masa untuk persediaan, untuk melakukan kajian, kerana jika tidak, ia berkemungkinan besar akan memakan banyak masa anda untuk mengulangkaji subjek2 lain. Anda perlu tahu bahawa classmates anda merupakan sangat supportive, dan jangan segan walaupun anda berseorangan di dalam kumpulan. Jika anda masih tidak berapa sesuai lagi dengan loghat Irish, anda boleh sahaja bagitahu yang anda masih tidak biasa dan saya yakin mereka akan menghormati kata2 anda. Percayalah!

Kesimpulannya, PBL adalah medium untuk membina keyakinan anda dalam mempersembahkan kajian anda dan juga membina skil komunikasi yang berkesan. Namun, masa yang diperuntukkan untuk mencari bahan kajian haruslah singkat. Selalunya 1 jam atau paling lama 2 jam. Anda sememangnya mempunyai bertimbun lagi nota2 untuk dihafal. Jangan risau, jika anda menganggap semua ini sebagai cabaran, maka anda pasti menikmati hidup di Trinity.

Ada beberapa perkara lagi yang ingin dikongsi, insyaAllah akan ditulis pada masa akan datang.

Selamat berjaya dengan result A level dan IB masing-masing. =)

Ilalliqa’ salam alaikum

Makan Berjemaah

Posted by lku2009 On July - 28 - 2010 1 COMMENT

Assalamualaikum rakan-rakan pembaca dari seantero dunia. Apa khabar semua? Yang sedang bercuti musim panas tu, agak-agaknya berapa kg berat anda naik? Iyelah, berbagai hidangan mudah di capai di Malaysia ni. Nak makan apa sahaja, carilah, pasti akan ketemu jua. Memandangkan sekarang ni mungkinlah musim makan, dan tidak berapa lama lagi bulan mulia bulan Ramadhan akan tiba, saya ingin berkongsi beberapa perkara menarik mengenai makan berjemaah. Artikel ini saya ekstrak daripada Majalah solusi edisi ke-5.
Kita mungkin menganggap, jika makan dalam talm itu sudah dikira sebagai makan berjemaah. Hakikatnya tidaklah begitu. Makan dalam talam adalah salah satu kaedah makan berjemaah. Tidak makan dalam talam juga boleh dikira sebagai makan berjemaah jika kita menepati cirri-ciri tertentu.

Ada Ketua

Jika kita solat berjemaah, kita harus mempunyai seorang imam. Begitu juga dengan makan berjemaah. Dalam kalangan semua yang makan, sesiapa yang lebih tua, yang lebih tinggi ilmu, dan lebih berwibawa; maka beliau layak di anggap ketua. (ketua makan dalam konteks ini).
Contohnya,apabila makan bersama keluarga, Ayah kitalah yang paling layak menjadi ketua.
Antara tugas-tugas ketua ialah :
1. Memulakan doa makan atau memilih sesiapa dalam kalangan jemaah untuk membaca doa. (jika dalam keluarga, si ayah memilih anak-anak untuk berdoa dengan tujuan mendidik)
2. Ketua memulakan suapan, kemudian diikuti oleh anak buah.
Lihat keindahan Islam, nak makan pun ada sistemnya. Cantikkan? Kepimpinan semasa makan. Sebagai ketua makan, dia tidak boleh mementingkan diri sendiri sahaja. Tetapi dia hendaklah mengawasi anak buah. Makanan yang jauh di dekatkan, kalau makanan terlalu banyak tulang diingatkan supaya berhati-hati, jika makanan perlu di tambah, ketua cepat-cepat menambahnya. Jika makanan sedikit, ketua mengingatkan anak buah supaya makan dengan berhemah.

Niat supaya semua orang kenyang

Satu lagi cirri makan berjemaah selain mempunyai ketua ialah setiap anggota mestilah mementingkan anggota yang lain, atau dengan kata lain, itsar. Jemaah dan pengorbanan saling berkaitan. Ali makan dengan niat mengenyangkan Baith. Baith makan dengan niat mengenyangkan Che Mat. Dengan niat ini, satu lagi ciri makan berjemaah telah diwujudkan. Sekaligus rasa kasih sayang tercetus. =)
Dalam konteks makan buffet, orang yang mengambil makanan dahulu dengan ingatan kepada orang di belakang. Ha, itu pun dikira makan berjemaah juga.

Kesimpulannya, ada 2 ciri makan berjemaah; ada ketua dan mementingkan ahli jemaah yang lain. Ha, mudah kan? JAdi selepaas ini, marilah kita berjemaah makan bersama-sama. Jom Makan! Baca Bismillah dulu ye kawan-kawan!

PETIKAN : ‘Nota Hati Seorang Lelaki’

Posted by Ketua Helwa PPIMI On July - 24 - 2010 ADD COMMENTS

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya.
Beginilah kisahnya…

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin
pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak….

” Ada duit? Minta ayah sedikit..”

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka ’sporting’ dan
tidak banyak meragam.

“Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak
ada duit,” Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba,
sukar ditembak reaksinya.

” Bagilah beberapa yang ada,” cadang emak pendek.

“Takkan 5 ringgit?”

Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang
boleh dibeli dengan wang 5 ringgit….Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan
ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan
ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan
pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang
bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih ‘untung’ 5 ringgit. Geli
hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke
kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan
selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk
diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi
saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk
diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap
tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan
selamba.
Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan
jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan
setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya.
Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana ‘tidak ada’, tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.
Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan
semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas
beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih
ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

“Nanti, besarlah kereta kamu ini….” ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.
Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya,
ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

” Eh tak payahlah ayah…” sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak
ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

“Kenapa, dah kaya?” usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap
diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi ‘dikebas’
oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya
berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek
anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya
sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!.
Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh
sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah
membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun
saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi
kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.
Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :

” Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan ‘liabiliti’ tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi
betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

“memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, “keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa.”

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia ‘perniagaan’ yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA.
Tidak ada?
Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga?
Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

Sahabat sekelian,

Cerita dibawah menjadi IBRAH bagi kita semua.

Apa yang paling utama dalam memberikan khidmat terakhir kpd ibu ayah ialah MEMANDIKAN JENAZAHNYA, MENGKAPANKAN TUBUH MULIANYA, MENYEMBAHYANGKAN JENAZAH NYA DAN MENGKEBUMIKAN JENAZAHNYA. Lakukan dengan tangan2 kita sebagai anak2. Lakukan sahabat, lakukannya jika ditakdirkan ibu ayah kita meninggal dunia.

Baca hayati, selami dan insafi…… Amalkan, doa ibu bapa amat mustajab… Bahagia dunia akhirat…
Klu baca seumpama menjirus air di daun keladi, lebih baik baca tajuk aje…

Keterbukaan minda

Posted by lai2009 On July - 14 - 2010 ADD COMMENTS

Keterbukaan minda

Dalam surat khabar baru2 ini bercerita mengenai ketaksuban masyarakat kita terutamanya Melayu dalam merujuk isu kesihatan kepada pengamal perubatan tradisional. Ia menyatakan bahawa ketaksuban sebegitu terutama dalam masalah barah dan ditambah dengan imej buruk kemoterapi menyebabkan pesakit lebih suka untuk merujuk kepada bomoh kampong.

Saya setuju dengan pendapat tersebut, namun masih ada sedikit ketidakpuasan hati kerana sesungguhnya pendapat mengatakan bidang sains kedoktoran adalah pengubat yang paling tepat untuk sesuatu penyakit mungkin berbunyi sedikit angkuh. Dan juga menyebabkan sesetengah doctor berfikiran tertutup dengan langsung tidak menerima sebarang bentuk rawatan yang berbunyi kampong. Disebabkan itu jugalah ada cerita tidak enak apabila seorang doctor mengherdik ayahnya sendiri kerana berjumpa dengan bomoh dengan mengatakan ianya adalah karut belaka, syirik.

Untuk seorang doctor yang dikatakan sebagai berpengajian tinggi, tidak salah saya katakan tindakan tersebut sangatlah tidak rasional. Melabelkan seorang bomoh kampong sebagai mengamalkan perbuatan syirik tanpa membuat usul periksa terlebih dahulu, ia merupakan suatu perbuatan yang sangat melulu.

Pengalaman bapa saya yang mengalami kepatahan kaki bahagian tibia membuatkan saya membuka mata. Setelah sebulan bahagian tulangnya diletakkan dengan besi, maka tibalah masa untuk diletakkan cast pada bahagian betis. Sewaktu saya menemaninya di hospital, doctor mengatakan tulangnya masih tidak bercantum dan memerlukan patellar tendon bearing cast. Tugas untuk meletakkan cast tersebut diberikan kepada seorang doctor muda. Sewaktu itu, saya terdengar perbualan doctor tersebut dengan seorang lagi doktor. Bayangkan anda seorang pesakit dan anda mendengar doctor berkata sebegini di depan anda, “Aduh, aku tak berapa reti nak buat PTB ni, aku selalu buat tak jadi, kalau si polan buat selalu jadi”, “Alah, takpelah, buat je la, dah si polan takde”. Maka rawatan tersebut diteruskan. Saya kira kejadian tersebut sebagai sesuatu yang langsung tidak professional dan menakutkan pesakit! Mereka tetap meletakkan cast walaupun dikatakan ianya sanat menyakitkan!

Saya melihat balutan cast yang diberikan sangat mengerikan walaupun ianya sepatutnya sangat simple dengan keadaan doctor yang dalam ketidakpastian. Setelah siap balutan, sekembalinya ke rumah bapa saya membuat keputusan untuk berjumpa bomoh kampong disebabkan kesakitan yang amat di bahagian kaki dek beban cast tersebut. Walaupun sedikit berat hati, saya biarkannya berjumpa bomoh. Tanpa ragu-ragu cast tersebut dibuang dan bomoh tersebut membuat sedikit urutan dan membaca beberapa ayat al-Quran yang ringkas. Saya membuat keputusan untuk melihat perkembangannya. Setelah 3 minggu, saya sedikit takjub apabila kakinya mula beransur pulih, agak pantas. Setelah diperiksa di hospital dengan x-ray, tulangnya menunjukkan pertumbuhan yang baik. Doktor juga menyatakan keajaibannya. Mungkin kerana penggunaan cast memerlukan masa yang lebih lama.

Saya teringat sewaktu bapa saya membuat keputusan berjumpa bomoh, ada juga doctor yang tidak puas hati dengan keputusan tersebut. Apa yang ingin saya nyatakan ialah, janganlah kita jadi buta dan menganggap perubatan tradisional sebagai khurafat, syirik sebagainya. Janganlah berserombono sahaja. Bila dikatakan bomoh, bukanlah semuanya menggunakan jampi serapah dan pulut kuning yang jelas berseleweng. Semuanya adalah ikhtiar, berjumpa doctor juga ikhtiar, dan mencari rawatan alternative juga merupakan suatu ikhtiar asalkan ianya tidak bersanggahan dengan syarak. Doktor bertindak merawat dengan ilmu sains perubatan yang dipelajarinya, seorang bomoh juga merawat dengan ilmunya berdasarkan pengalaman yang bertahun2 dan mungkin dari petua orang tua. Semuanya ilmu dari Allah yang Maha Mengetahui. Mungkin dalam hal ini, penggunaan cast sebenarnya tidak sesuai dan tidak perlu dan mungkin urutan yang diberikan adalah ubat yang lebih berkesan.

Jika rawatan tradisional menunjukkan bukti bahawa ianya lebih berkesan, kita patut menilai kembali rawatan2 tersebut.

Tiada yang ajaib, semuanya dengan izin-Nya, setelah kita berusaha.

Ilalliqa salam alaikum

Cerita FIFA World Cup & Kita

Posted by admin On July - 3 - 2010 ADD COMMENTS

Oleh Amirul Mohd Sallehuddin Mannan
LBS PPIMI 2010/2011

Salam sejahtera semua. Apa khabarnya? Masih relevenkah istilah ‘demam bola’ di kalangan anda? Mungkin ya, mungkin tidak. Bagi mereka yang tidak meminati sukan bola sepak, tak apalah jika tak luangkan masa untuk menonton perlawanan World Cup. Tak rugi pun sebagai seorang hamba Allah.

Tapi bagi mereka yang ikuti, sekarang sudah pun masuk ke 8 pasukan terakhir. Meletup2 nampaknya! Siapakah pasukan pilihan anda untuk menjadi juara? Bagi saya sendiri, yang nampak paling mantap sekali sehingga kini adalah Argentina dan Belanda.

    ***

Selaku exco LBS, saya telah diberikan tugas untuk menyediakan aritkel bagi projek musim summer PPIMI. Di samping kesibukan dalam hal yang lain, akhirnya saya mula menulis juga di sini. Penat mencari topik yang rasa dapat menarik minat pembaca sempena summer ini dan akhirnya saya memilih untuk menulis sesuatu yang ilmiah tentang World Cup.

    ***

Jadi apa yang boleh kita bicarakan tentang FIFA World Cup ini? Mungkin kita boleh mula dengan sejarahnya terlebih dahulu. Ayuh kita mengkaji serba sedikit!

Jadi apa yang boleh kita bicarakan tentang FIFA World Cup ini? Mungkin kita boleh mula dengan sejarahnya terlebih dahulu. Ayuh kita mengkaji serba sedikit!

FIFA World Cup (atau hanya World Cup) adalah sebuah pertandingan persatuan bola yang disertai oleh pasukan kebangsaan lelaki yang merupakan ahli kepada FIFA(Fédération Internationale de Football Association). Kejohanan ini telah dianugerahkan setiap empat tahun sejak pertandingan yang pertama pada 1930, kecuali pada 1942 dan 1946 di mana ia tidak dipertandingkan kerana perang dunia kedua.
Format pertandingan sekarang melibatkan 32 pasukan bertanding bagi mengejar kejuaraan di negara yang menjadi tuan rumah selama sebulan. Fasa ini dikenali sebagai pusingan akhir World Cup. Pusingan kelayakan pula mengambil tempat pada tiga tahun sebelumnya bagi menentukan pasukan mana yang layak untuk ke pertandingan itu bersama tuan rumah.

18 kali pertandingan ini telah dianjurkan. 7 negara telah menjadi juara. Brazil telah menjadi juara sebanyak 5 kali, dan merupakan satu-satunya pasukan yang pernah main untuk setiap kejohanan World Cup. Italy pula telah menang sebanyak 4 kali, seterusnya Germany sebanyak 3 kali. Bekas-bekas juara yang lain adalah Uruguay dan Argentina yang masing-masing telah menjadi juara 2 kali. Manakala England dan France masing-masing pernah menjadi juara satu kali.
Di manakah Malaysia ya? Di manakah negara-negara Islam yang lain? Hmm..

    ***

Pengajaran I: Naluri kepahlawanan
Anda semua perasan tak? Apabila kita melihat pemain-pemain bola sepak antarabangasa beraksi, kita dengan sukarela menyimpan dan memelihara rasa kagum kepada para pemain itu. Pemain-pemain itu mungkin diangap wira ataupun pahlawan bagi negara mereka. Manusia berhutang budi kepada para pahlawan mereka. Dan kekaguman adalah satu cara mereka menunjukkan penghargaan mereka terhadap pahlawan itu.



Tidak salah untuk kita mengkagumi ahli sukan. Tetapi alangkah indahnya jika di samping itu kita juga mempunya rasa kagum yang sama ataupun lebih terhadap pahlawan-pahlawan Islam kita seperti Khalid Al-Walid, Muhammad Al-Fatih Murad, dan Salahuddin Al-Ayyubi? Sesungguhnya naluri kepahlawanan itu lahir dari rasa kagum yang mendalam kepada kepahlawanan itu sendiri. Hal itu akan menggoda sang pengagum untuk melhatnya dirinya dan berkata, “Adakah aku dapat melakukan hal yang sama?”. Semoga rasa kekaguman kita terhadap para pahlawan itu dapat kita salurkan bagi memberi inspirasi kepada diri kita untuk membentuk diri menjadi seorang pahlawan.

    ***

Pengajaran II: Belajar bersabar
Adat pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah. Walaupun anda mungkin peminat tahap tegar bagi pasukan bola sepak anda, ingatlah bahawa para pemain itu semua adalah manusia juga yang tidak lepas daripda kesilapan mahupan kegagalan. Mereka yang kalah haruslah bersabar. Begitu juga peminat bagi pasukan yang kalah, haruslah bersabar kerana kesabaran itu adalah pelengkap kepada setiap perjuangan, terutamanya buat kita selaku muslim.
Sesungguhnya Allah telah berfirman:

“…Jika ada di antara kamu dua puluh orang penyabar, niscaya mereka akan mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada di antara kamu seratus orang(penyabar), niscaya mereka akan mengalahkan seribu orang kafir.” (Al-Anfal: 65)


Ambillah peluang ini untuk menanam sifat sabar dalam diri kita apabila apa yang kita harapkan tidak berlaku dalam hidup kita. Kita gunakan setiap perkara yang berlaku di dalam hidup kita sebagai titik-titik pembentukan pahlawan muslim dalam diri kita. InsyaAllah.

    ***

Makan bola, tidur bola, mandi bola. Mungkin itulah pemikiran kita di zaman muda dulu. Makin lanjut usia dan semakin matang, harapnya tidaklah berfikir begitu semata-mata. Tidak dinafikan, pengaruh bola di dunia ini amatlah besarnya. Sehiggakan mereka yang tawaf di Mekah pun memakai jersi-jersi pasukan bola kegemaran mereka (sumber daripada sahabat yang baru pulang menunaikan umrah).

Minat memang minat dan hobi memang hobi. Namun seorang muslim sejati wajar berpandangan jauh selain daripada menikmati unsur duniawi semata-mata. Sesungguhnya tindakan seseorang pahlawan ataupun pejuang selalu lahir daripada fikiran-fikiran kepahlawanan. Orang-orang yang tidak mempunyai pemikiran yang besar, tidak pernah akan tergerak untuk melakukan tindakan kepahlawanan buat bangsa mereka (Malah pemain bola antrabangsa sendiri pasti mempunyai impian yang besar untuk menang semasa bermain di World Cup).

Pokoknya, matlamat hidup itu memang penting. Dan penting untuk kita selalu memeriksa matlamat hidup kita.

Ayah

Posted by lku2009 On June - 19 - 2010 ADD COMMENTS

Assalamualaikum. Apa khabar warga Dublin yang kebanyakannya sudah selamat sampai ke tanah air. Alhamdulillah…kita masih dikurniakan keamanan dan kemewahan makanan di Malaysia. Teh tarik, roti canai, nasi lemak, kuih seri muka, laksa,……yadaaaa…yadaaa….sebut sahaja. Start enjin kereta, pergi kedai beli. Senang. Namun di kala kita diulit kekenyangan, ingatkah kita kepada saudara-saudara lain yang tidak mempunyai makanan kegemaran, kerana tidak pernah tahu apa erti sedap. Yang hanya mampu merasa masinnya titis air mata sendiri, yang hanya mampu merasa pahitnya darah sendiri. Mari kita bersyukur. Alhamdulillahh….

Sepanjang minggu ini,di kaca televisyen tersiarlah deretan rancangan sempena meraikan hari bapa. Drama, filem, program realiti, rancangan bual bicara (bicarawara) dan sebagainya. Dan kita pun serta merta teringat, atau tersedar. AYAH. Banyaknya pengorbanan seorang ayah.

Ayah/abah/bapak/abi. membawa satu maksud.
ditujukan kepada figura itu.
yang memberikan impak besar dalam kehidupan kita.
Paling utama, yang menentukan siapa kita.
Lelaki kah atau perempuan kah kita.
Walau tidak banyak bicara,
Setiap patah kata memberi seribu makna.
Setiap jelingan membawa seribu rasa.
Setiap senyuman menenangkan jiwa.

Doakan dia.
bukan hari ini sahaja. Tapi tiap-tiap hari juga.
Kerana. Dia bukan bapa kita untuk hari ini sahaja.
Dia bapa kita dari dulu dan selamanya.

Yang menjadi bapa :
SELAMAT HARI BAPA.
Terima kasih atas segalanya.

Yang akan menjadi bapa:
Selamat bersedia. Kerana itu bukan sekadar pangkat dan nama. =)

Tabung Riba’ PPIMI

Posted by Fatin On June - 19 - 2010 ADD COMMENTS

Sudahkah anda lihat penyata bank anda?

Sedar bahawa ada wang tambahan yang bukan milik anda?

Diberikan percuma dan dimasukkan secara automatik oleh bank?

Sah, itulah RIBA’ namanya..

Dan riba’ adalah HARAM bagi umat Islam!


Dalil dari al-Qur’an, Allah ta’ala berfirman,

“Dan Allah telah mengharamkan riba.” (Qs. Al Baqarah: 275)

Dalil dari As-Sunnah:

“Rasulullah s.a.w melaknat pemakan riba, orang yang memberi makan dengan riba, juru tulis transaksi riba dan dua orang saksinya. Kedudukan mereka itu semuanya sama.” (HR. Muslim)

Oleh itu tahun ini, sekali lagi PPIMI memyediakan tabung riba’ supaya kita sama-sama dapat membersihkan
simpanan wang kita dan sekaligus menjauhkan diri dari larangan Allah s.w.t.

Bank: AIB
Sort Code: 931012
Acc Nu: 15341011
Catatan: RIBA

Apa yang ditunggu lagi? Mari lakukannya sekarang!

Drop Box

Posted by admin On June - 18 - 2010 1 COMMENT

Setelah sekian lame LMT menyepi atas desakan exam, kini LMT kembali dgn satu artikel mantop..

Introducing Dropbox

Rasenyer, post ni x yh panjang2, as video kt atas explain everything!!.. hehe
Basically, dropbox merupakan ‘web-based file hosting service’ (err..x tau nk translate) yg dicipta oleh Dropbox Inc. Ia lebih kpd ‘cloud computing‘ style, di mana, satu file yg diupload dr satu PC, bleh diaccess dr PC yg len dgn mudahnyer. Let’s say anda ade data yg anda taip di universiti, kemudian ingin sambung di rumah, anda hanya perlu letak file tersebut dlm dropbox, dan file tersebut kemudian boleh diaccess di rumah.

Satu lagi function yg biase digunakan dgn dropbox ialah untuk transfer file2 yg kecik. Dgn menggunakan dropbox, anda tidak perlu lagi bergantung kpd pendrive utk transfer file, hanya ‘campakkan’ file anda ke dalam dropbox, dan file tersebut boleh diaccess di semua PC as long as ada internet connection

‘Hadiah’ Dhuha

Posted by ltd2009 On May - 26 - 2010 ADD COMMENTS

Solat Dhuha?
Solat Dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih. Maksimum 12 rakaat.Jangka waktu, kira-kira satu jam setengah selepas syuru’ hingga masuk waktu Zohor.

Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw,

“Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur” (riwayat Bukhari & Muslim)

Drp Anas, Sabda Nabi saw,

“Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istamna di syurga” (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)

Rasulullah bersabda yang bermaksud,

“Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.”

Rasulullah bersabda lagi,

“Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat.”

Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:

“Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, “Dhuha.” Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah.” Al-Tabrani

Doa;

“Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu,
kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit
maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir
maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu,
kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga
dan para sahabatnya serta kesejahteraan. Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.”

Allahualam.

Selamat Beramal.
Moga ISTIQAMAH.

[Helwa] Siri Bintu Siddiq III

Posted by Ketua Helwa PPIMI On May - 26 - 2010 ADD COMMENTS

Siri Bintu Siddiq

Keanggunan Mujahidah Sebenar
Edisi Ketiga
By: Ketua Helwa Dublin

Sambungan kisah Aisyah R.A.

Nak tau tak macam mana rumah Nabi Muhammad & Aisyah?

Rumah yang didiami oleh Nabi Muhammad & Aisyah bukanlah besar dan tersergam indah seperti dalam gambar di atas.
Rumah mereka sangat kecil dan ia lebih menyerupai bilik-bilik kecil yang dibina di sekeliling Masjid Nabawi.

Bilik (rumah aisyah) terletak di sebelah timur masjid dan pintu rumahnya terletak di sebelah barat, dalam masjid Nabawi.
Masjid itu seakan-akan serambi rumahnya.
Oleh itu, sangat mudah untuk nabi menjegukkan kepalanya ke dalam rumah Aisyah semasa baginda beriktikaf dalam masjid.
Luas rumah Aisyah hanya 6-7 hasta. Dinding daripada tanah liat beratapkan pelepah daun kurma. Atap rumah yang sangat rendah membolehkan sesiapa yang berdiri dalam rumah itu, pasti kepalanya menyentuh atap rumah.

Namun begitu, rumah Nabi Muhammad adalah sumber cahaya seluruh alam. Walaupun realitinya rumah itu pernah bergelap selama 40 malam semasa Nabi Muhammad masih hidup lantaran tiadanya pelita dalam rumah.

Aplikasi kisah Aisyah buat warga Dublin :

Ayuh sahabat-sahabat, usahlah kita cita-citakan mahligai indah menjadi kediaman kita. Tidak dinafikan fitrah manusia yang sukakan kecantikan. Namun, bukanlah bermaksud kita diharamkan duduk di rumah mahligai yang cantik, sekiranya sudah rezeki daripada Allah gunakanlah dan manfaatkanlah untuk kepentingan dakwah Islam. Bersederhanalah dalam kehidupan dunia.

Jangan jadikan rumah kita ibarat kuburan. Hidupkannya dengan majlis ilmu, bacaan al-quraan, tazkirah dan qiyamullail.

Sayyiduna Ibn `Abbas (RadhiAllaho anho) narrates
that Rasulullah (Sallallahu Alaihi Wasallam) said:

“If anyone constantly seeks pardon (from Allah),
ALLAH, Subhanahu wa ta’ala,
will appoint for him a way out of every distress
and a relief from every anxiety,
and will provide sustenance for him
from where he expects not.”

[Abu Dawud].

Wallahualam.