Thursday, September 9, 2010

Perutusan Aldilfitri 1431H

Posted by Presiden PPIMI On September - 9 - 2010 ADD COMMENTS

Perutusan Aildilfitri 1431H Kepada Warga PPIMI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana kita menjadi antara hamba-Nya yang dipilih untuk menamatkan madrasah Ramadhan 1431H. Sebulan genap kita berlumba-lumba untuk beribadat di bulan yang penuh dengan keberkatan, semoga ibadat itu akan dihitung dan diterima oleh Allah S.W.T , menjadi bekal untuk kita bertamu ke akhirat kelak. Dan moga-moga tarbiah ibadat ini akan kita teruskan, secara istiqamah di bulan-bulan yang mendatang. Mengambil kesempatan ini, saya mewakili ahli Tanzim PPIMI 2010/2011 ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua warga PPIMI.

Hadirnya 1 Syawal, semua umat Islam di seluruh pelusuk dunia dari pelbagai peringkat umur bersama-sama melafazkan takbir, tahmid, dan tasbih sebagai tanda mengagungkan Allah, tanda menginsafi ramadhan yang berkat telah meninggalkan kita dan tanda kesyukuran berkesempatan merayakan Aidilfitri. Gema takbir raya walaupun saban tahun kedengaran, akan tetap menggegar jiwa, perasaan, fikiran dan melahirkan keinsafan dari lubuk hati kita kerana sambutan Aildilfitri yang ditetapkan oleh agama kita dimulai dengan mentauhidkan Allah S.W.T. Saya berharap agar sambutan Aidilfitri walau di mana warga PPIMI berada, tidak bercanggah dengan ajaran Islam, tidak menghina Islam dan tidak mencemarkan cahaya Ramadhan yang baru sahaja berlalu dan Syawal yang mulia ini.

Di hari lebaran ini, marilah kita hiasi dengan kesyukuran, kegembiran, dan amalan bermaaf-maafan. Kesyukuran kita dapat diterjemahkan dengan bertahmid memuji Allah, merasa puas dengan kurniaanNya, berusaha untuk melaksanakan perintahNya dan menjauhi laranganNya dan membantu insan-insan yang kurang berupaya.

“Hai orang-orang yang beriman, makanlah diantara rezki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nyalah kamu menyembah.” Al Baqarah : 172

Kegembiraan pula dapat dizahirkan dengan menyambut Aldilfitri ini dengan penuh kesederhanaan. Meriahkan Syawal dengan amalan berkunjung dan melawat antara satu sama lain. Pada waktu inilah rata-rata semua umat Islam akan berhimpun, maka jalinlah kembali silaturrahim yang sudah lama terputus. Jadikan perayaan ini sebagai perayaan fitrah , bukan perayaan kebendaan sehingga berlebih-lebihan dalam membeli belah, makan dan sebagainya. Dalam kesenangan kita merayakan Aidilfitri, jangan kita lupakan saudara seIslam kita samada di Malaysia mahupun di negara-negara seperti Palestin, Pakistan, atau Afghanistan. Gunakan segala kemudahan yang ada untuk membantu mereka.

Amalan bermaaf-maafan amatlah mulia, bukan sahaja di hari lebaran. Namun, mengambil kesempatan
apabila semua berhimpun, eloklah kita memohon maaf sesama kita, atas kesalahan yang dilakukan samada sengaja atau tidak, lama atau baru, yang diketahui ataupun secara tersembunyi. Sedangkan Allah S.A.W itu sendiri bersifat Maha Pengampun, apalah sangat kita yang serba hina ini. Dengan bermaaf-maafan, hati-hati kita akan semakin rapat, kasih terbina, ukhuwwah semakin erat dan segala perasaan dendam hilang ditelan kemeriahan Aidilfitri.InsyaALLAH.

“Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah agar kamuberoleh rahmat. Al-Hujuraat:10

Sekali lagi, saya mewakili ahli tanzim PPIMI 2010/2011 mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada semua ahli PPIMI, di mana sahaja kalian berada. Bagi yang berada di Malaysia, berhati-hatilah di jalan raya. Bagi yang berada di Dublin, insyaALLAH pemandu Dublin Bus akan sentiasa memandu dengan penuh berhemah seperti sedia-kala.

Seeru ‘ala barakatillah

Assalamualaikum wrt wbt.

AHMAD ZAFRULLAH AFHAM AHMAD FIKRI
Presiden PPIMI
2010/2011

Student’s Survival Guide

Posted by Fatin On August - 13 - 2010 1 COMMENT

Assalamualaikum wrt wbt

Disaat ketika ramai sedang sibuk menyambut puasa bersama keluarga tersayang, ada juga yang tidak kurang sibuk menyediakan persedian untuk terbang ke Dublin.

Pastinya adik-adik ini pening dengan apa yang perlu dibawa, apa yang perlu dibeli, apa yang tidak perlu dibawa, bag besar mana, dan macam-macam lagi. Usah risau..InsyaAllah small ISSUE ada jawapannya.

small ISSUE? ia adalah small iLuvislam’s Survival Guide for UK &Eire..#038; nak tahu lagi? jom klik

Bagi mereka yang ingin tahu lebih lanjut lagi mengenai universiti anda, dan juga kehidupan sebenar di Dublin, klik di tab survive@dublin seperti yang tertera di atas.

Salam Ramadhan buat semua pengunjung website PPIMI.

Salam Ramadhan

Posted by Presiden PPIMI On August - 10 - 2010 ADD COMMENTS

Assalamualaikum wrt wbt.

Mewakili ahli tanzim PPIMI, saya ingin mengucapkan selamat menyambut kehadiran penghulu segala bulan, bulan Ramadhan al-Mubarak kepada semua ahli PPIMI. Semoga kita dipanjangkan usia sepanjang 30 hari di bulan Ramadhan ini, dikurniakan hidayah dan kekuatan untuk beramal dan beribadat sebanyak-banyaknya. Jadikan bulan Ramadhan kali ini lebih sempurna daripada tahun-tahun sebelumnya dan sebagai bulan tarbiah yang terbaik untuk bulan-bulan yang mendatang. InsyaALLAH. Sajian rohani oleh LTD (klik)

Ramdhan Bulan Keberkatan

Ramdhan Bulan Keberkatan


183

2:183


“Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas dirimu, sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas umat sebelum kamu, mudah-mudahan dengan puasa itu kamu bertaqwa”

“Ahlan wa sahlan ya ramadhan”

InsyaALLAH semoga kita berjumpa lagi di kemudian hari.

Assalamualaikum wrt wbt

AHMAD ZAFRULLAH AFHAM AHMAD FIKRI
Presiden PPIMI
2010/2011

Puasa di Dublin..camne yer?

Posted by Dublinbest.wordpress On June - 22 - 2010 1 COMMENT

Ramadhan di Dublin

Wah…dah hampir Ramadhan ek? Adik-adik yang belum fly ke Dublin lagi mesti tertanya-tanya pasal ni kan?Meh nak citer sket la pasal ramadhan ini. Ok 1st skali..tarikh start pose. Basically anda akan dapat sms dari wakil Lajnah Tarbiyah dan Dakwah PPIMI announcing the start of fasting season. Dan LTD PPIMI mengikut apa yang ditetapkan oleh pihak berkuasa di Dublin. Rujukan adalah kepada ICCI dan Dublin Mosque. So jangan risau bab bile nak pose ye =) Tapi tahun ni rasenye anda akan fly in the middle of fasting season kan? Tak pon after raya. So dont worry!

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Takwim bukak pose jugak biasanya boleh didapati secara percuma atau dapatkan terus takwim 1 tahun dari ICCI.Takwim die cantikkk…biasanya kalo bulan lapan nie takwim akan diberi secara percuma setiap kali selepas solat Jumaat. Kalo awal tahun kene beli, dalam 1-2 euro. Sekiranya tak dapat takwim then boleh download Athan software kat islamicfinder. Kekadang waktu solat kat islamicfinder lari sket, so x reliable sgt la kalo anda ni jenis yang inginkan ketepatan yang tulen.

Bukak pose?

Well kalo pose musim sejuk…bukaknya awal..dalam kul 5-6pm dah bukak dah…tapi tahun ni nampaknya puasa jatuh pada musim panas so panjang la sket yea…huhu. Tapi tak matinya, insyaAllah, sebab anda hanya pergi class je..kalo buat rotation kat clinic tu mungkin letih sket.

Bukak pose ni dipanggil IFTAR. Dekat ICCI, IFTAR diadakan secara PERCUMA setiap hujung minggu. Bessstt. Lauk ayam,kambing! Mantap! Selalunya ada nasi lebih so bolehla bawak balik buat sahur tu. Menjadi satu kebiasaan di Dublin nie, setiap kali masuk waktu akan ada kurma dan air mineral or air susu yang dibekalkan..then after breaking the fast, solat dulu then baru turun ke hall untuk makan nasi.

Di Dublin Mosque pulak, IFTAR adalah SETIAP HARI. Ulangan, SETIAP HARI! Kat sini makanan yang dihidangkan adalah nasi beriyani superb. Tak caye tanyela sape-sape yang pernah berkunjung ke Dublin. Pendek kata tak sah kalo anda tidak cuba menikmati hidangan nasi beriyani Pak Usop ni. Hari biasa, satu nasi would cost you 6-7 euro, tapi for the whole Ramadhan, anda boleh dapatkan secara percuma. Makan ramai-ramai dalam talam..best!

Terawih

Terawih. Tak kisah buat lapan atau 20, yang penting satu juzuk satu malam =) sekiranya umah anda agak jauh dari masjid, maka jangan la pulak tinggalkan terawih. Rugi. Boleh buat kat rumah sendiri. Cam aku sendiri, tahun lepas umah aku agak jauh dari masjid, about 15-20 minutes by bus, so ape yang kiteorang bwat adelah menghidupkan terawih di rumah secara berjemaah. Tak susah pun, learn all the rukun then you’ll find that it’s not as complicated as you would imagine. Bile lagi umah di Ireland nak mendengar bacaan Al-Quran? Manela tau kot-kot dengan bacaan anda, jiran sebelah umah tertarik dan masuk Islam. Subhanallah. Besarnya pahala anda.

Solat Terawih di Dublin Mosque (dari Tawel Sensei)

Solat Terawih di Dublin Mosque (dari Tawel Sensei)



10 malam terakhir menyaksikan masjid-masjid mengadakan qiamulail..di ICCI, akan diberikan satu borang untuk siapa yang berminat, tempat tidur disediakan. ICCI ni besar giler, so anda tidak akan tidur di dewan solat tapi anda akan tidur di bilik yang dikhaskan untuk qiam. Sahur dan berbuka ditanggung sepenuhnya oleh pihak masjid. You do not have to pay for anything. Senang kan?

Syawal tiba

Dah tibe ari raye…sob..sob teringat mak ayah kat kampong, adik beradik sedang main mercun..sepupu dan kengkawan…lemang, ketupat..perghh bestnye dok Malaysia yea.. Ala jangan bimbang, sedih tu biase la kan, sedih anda sedih berteman bukannya keseorangan =)

Solat Hari Raya

Malaysian Hall akan mengadakan solat hari raya untuk meraikan pelajar-pelajar Malaysia di cnie. Solat hari raya di ICCI dan Dublin Mosque berjalan cam biase. Kalo di ICCI, after solat tu ade sedikit jamuan ringan cam kek. Apapun, the first thing that you would notice if you go to the ICCI or Dublin Mosque is the Takbir. Takbir dieorang x mendayu-dayu cam kite punye.
Menuju ke rumah Haji Fauzi

Menuju ke rumah Haji Fauzi


Kendian..sebaik sahaja selesai solat, sume dijemput berkunjung ke rumah Haji Fauzi yang terletak di Clonskeagh Road. Haji Fauzi ni merupakan rakyat Malaysia yang dah lame menetap di Ireland ni. Every raya, die akan buat open house untuk meraikan sume rakyat Malaysia di Dublin esp students. Percume je..huhu. Terima kasih Haji Fauzi sekeluarga.

Selesai la sudah makan di situ, maka akan anda dialu-alukan untuk berkunjung ke rumah kengkawan. Jalan-jalan. Ada yang buat open house ari tue jugak, ade minggu depan. Pendek kata, dalam 1-2 minggu after raya tu, selalunya banyak open house…tinggal lagi nak pegi or tak nak.

Kesimpulan

Itu je la citer sket-sket pasal raya@Dublin nie..walaupun berjauhan dengan keluarga tapi sambutannya tetap meriah. Sebenarnya xdela jauh sangat sbb boleh je kalo korang nak call mak ayah, kalo nak tengok wajah bonda tercinta, buat je panggilan 3G…takpun kalo nak jimat sket buat video conference pakai skype or YM..manfaatkan teknologi around you…ok la cau dulus..jangan sedih yea =)

Another insight of TCD

Posted by Dublinbest.wordpress On June - 21 - 2010 2 COMMENTS

The University of Dublin, Trinity College, founded in 1592, is the oldest university in Ireland. Trinity College is the sole constituent college of the University. At present there are over 12,000 students and 1,200 staff members working on the College campus.

Most of the time, besides students walking around the college, there would be a lot of tourists as well, since it is one of Ireland’s leading historical sites, attracting in excess of half a million visitors every year. Heritage attractions available to visitors include The Book of Kells and Walking Tour of the Campus. While other people have to pay € 7.00 (student price) to enter The Book of Kells, TCD students can get it free with another 3 persons!

While talking about prestige, Trinity College is recognised internationally as Ireland’s premier university and is the only Irish university to rank in the top 100 world universities (78th) and amongst the top 50 European universities (25th) by the Times Higher Education Supplement (THES) university league tables. I’m proud to be one of TCD students!

Basically, there are five faculties in TCD : Arts and Humanities ; Social and Human Sciences; Engineering and Systems Sciences; Health Sciences; and Science.

The Book of Kells

The Book of Kells


TCD Life

Academic

Well, I’m not sure about other courses, but most of Malaysian students are found in Health Science Faculty, to be specific, studying Medicine, and a few in Dental School. Starting on year 2005, TCD only offer a 5-year program for Medicine. The academic year is divided into 3 terms : Michaelmas (9 weeks, October to December), Hilary (9 weeks, January to March) and Trinity (6 weeks, April to May). The design of the program may differ each year but there won’t be much difference though. For Medicine, the first 2 years would be pre-clinical years and the other 3 years you’ll be in the hospitals all day long.


Non-medic activities please..

TCD has over 90 societies and 50 active sports clubs. You can choose anything you want as long as it is suitable with your lifestyle and religion. Each societies and clubs will have their booth stand up for the whole Freshers’ Week for you to find out more about them. Well, it is okay if you cannot be a member of each clubs you’re interested into ( because the minimum of membership fee is € 2.00), since you can always join their activities through out the year.

Meeting people

Of course, being one of TCD student would offer you vast opportunities to mingle with people from various countries and backgrounds. Canadian, Welsh, African, American, Mauritius, Japanese, Kuwaitis, just name it. They are all your own classmates! And of course, Irish are everywhere.

Accommodation

You can apply for College Accommodation for 2 years. There are on campus accommodation and Trinity Hall. But first year undergraduate students can only apply the one in Trinity Hall. Trinity Hall is the nicest place to be amongst all the colleges accommodation in Dublin in terms of its facilities, but it is quite far from the city. But, you can easily take a bus (128 or 14A), a LUAS (LRT-like public transport), cycle or walk to the college. The type of room that you may apply depends on your sponsor. Do find out about the accommodation and negotiate with your sponsor first before you apply because they are the one who’d pay the bills! However, for MARA and JPA students, since they don’t provide 60-40 scheme anymore, I advise you to rent a house..which the easiest way is to email our HOuse HUnter, Nur Izni Zarin: eye_rain89@yahoo.com or sms her to this number 016-2094183 or +353852426478

For more information, you can surf www.tcd.ie. You’ll never be disappointed being one of TCD students (hope so..) if you’re a positive person. Grab the chance to know a lot of things in the world and take every problem as a challenge, to make you stronger, more confident and to become a better person. Don’t hesitate to call or email for any further enquiries.

Ahmad Fahmi Ahmad Tarmizi
ayer_merah@yahoo.com
017-9749417
Becoming 3th yr Med student in TCD

Books for RCSIans

Posted by Dublinbest.wordpress On June - 21 - 2010 ADD COMMENTS

Books, books, books, medical students cant run away from books. This is some suggestion of books that might be useful for you guys.

Q: I am a first year medical student in RCSI. But I don’t know what books should be brought. Could you please help me?

A: I will list down all books that are widely used among Malaysians and other international students as well.

For Anatomy:

Clinical Anatomy by Stanley Monkhouse

*most recommended
The author of this book is Stanley Monkhouse, a former professor of Anatomy and professor of Medical Informatics at the Royal College of Surgeons in Ireland. Most of the students have this book and usually Malaysian would buy this book from Malaysia (eg: Kedai Kamal) as it is cheaper there.

Atlas of Human Anatomy - 4th Edition, by Frank H. Netter

*recommended
This book is absolutely THICK. You may consider of purchasing the BABY version of this book. Which is as below

Netter’s Anatomy Flash Cards: With STUDENT CONSULT Online Access (Netter Basic Science) [Cards], by frank H. Netter

*recommended
It is a set of flash card, very light and small. Now, you can study anatomy anywhere by bringing that flash card which can be separated according to topic. But if you guys don’t want to buy it,doesn’t matter because there is a digital atlas that look exactly like this book and download it into your laptop!! You can ask from your seniors. For ipod or iphone users, feel lucky that you can download Netter’s Anatomy Flash Cards for iPhone, and iPod touch.

Gray’s Anatomy for Students 2nd edition, by Richard L. Drake, A. Wayne Vogl, Adam W. M. Mitchell

This book contains many images. Absolutely amazing images and explanation! However students tend to borrow this book from library, rarely people would buy this book as it is expensive. In my opinion, i dont really recommend you to buy it because you can just get it from RCSI library.


For Embryology:

Langman’s Medical Embryology Eleventh Edition, by Thomas W Sadler


*recommended
This would be your main reference for embryology subject other than your lecture notes. This book explains almost all embryological concepts and easy to understand.


For Physiology:

Human Physiology: From Cells to Systems, by Lauralee Sherwood


*recomended

Textbook of Medical Physiology eleventh edition by Arthur C. Guyton and John E. Hall




For Biochemistry

Lippincott’s Illustrated Reviews: Biochemistry 5th edition by Pamela C Champe, Richard A Harvey, Denise R Ferrier


*most recommended


For Pharmacology

Rang & Dale’s Pharmacology 6th edition, by Humphrey P. Rang &, Maureen M. Dale


*recommended


ALL books mentioned above can be found in OUR LIBRARY. However, the main source of study resources for RCSI students are from the RCSI Virtual Learning Environment or the “Moodle”. You can find all the lectures notes and all the stuff you need as RCSI students here (but, you need to have RCSI email address to log in)

If you are still having difficulties deciding what books to be purchased, do contact any seniors below:

Ahmad Zafrullah Afham Ahmad Fikri
YM : e_afham97@yahoo.com
Hp : 013-2460527

Nik Nurfatin Nik Mohamad Fad’lullah Suhaimi
YM : lavender_phat@yahoo.com
Hp : 013-3529585

Royal College of Surgeons in Ireland (RCSI)

Posted by Dublinbest.wordpress On June - 21 - 2010 ADD COMMENTS


Royal College of Surgeons in Ireland (RCSI) merupakan satu daripada universiti yang tertua di Ireland. Ia ditubuhkan pada 1784 oleh King George III of Great Britain and Ireland. Selama lebih 200 tahun, RCSI telah memainkan peranan yang penting dalam bidang surgery dan perubatan di Ireland. Universiti ini terletak di St Stephen Green, iaitu salah satu kawasan yang amat strategik. Bangunan yang bersejarah ini sangat berdekatan dengan kompleks membeli belah Stephen’s Green Mall, kedai buku perubatan Clarendon’s Medical, kolej perakaunan Dublin Business School (DBS) dan juga bandar terbesar di Dublin iaitu O Connell Street. Universiti yang berdekatan dengan RCSI ialah Trinity College Dublin yang hanya mengambil masa selama 10 minit berjalan kaki jika melalui Grafton Street, sebuah jalan yang sangat terkenal di Ireland dan dipenuhi dengan pelbagai kedai membeli belah yang berjenama dan terkemuka.

Grafton Street

Grafton Street

RCSI merupakan sekolah perubatan yang mempunyai bilangan terbesar di Ireland. Antara fakulti-fakulti yang ada di RCSI ialah Fakulti Perubatan, Fakulti Fisioterapi, Fakulti Farmasi, Fakulti Pergigian dan juga Fakulti Kejururawatan. RCSI telah diikitiraf sebagai universiti paling aktif dalam bidang perubatan, latihan dan pengurusan hospital. RCSI juga merupakan universiti yang terdiri daripada pelajar-pelajar antarabangsa dari 45 buah negara. Usahasama di antara RCSI dan Universiti Perubatan Bahrain dan Penang Medical College (PMC) telah membuktikan bahawa RCSI merupakan institusi perubatan yang unik.

Pelajar-pelajar RCSI merupakan pelajar yang bertuah kerana dapat menggunakan kemudahan yang pelbagai. Di antaranya ialah Mercer Library yang terletak bersebelahan dengan Mercer Court (tempat penginapan pelajar-pelajar RCSI) yang dilengkapi dengan kemudahan Internet wireless dan lab computer untuk printing dan Internet. Terdapat juga gymnasium, computer lab (di dalam bangunan utama RCSI), Travel Agency, Mercer Health Center, cafeteria (menyediakan makanan halal), basketball court, ruang rehat yang selasa (televisyen skrin besar, meja pool dan fussball) dan juga student service department iaitu badan yang menjaga kebajikan pelajar-pelajar RCSI. Kemudahan surau yang selesa dan besar juga disediakan untuk pelajar-pelajar Muslim yang dilengkapi dengan tempat mengambil wudhuk. Terdapat solat Jumaat diadakan di surau RCSI dan ia juga sesuai dijadikan tempat berkumpulnya pelajar-pelajar Muslim di waktu senggang.

Restaurants

Restaurants

Prayer room

Prayer room


Satu daripada keistimewaan lain ialah setiap pelajar akan diberikan satu computer riba (laptop) jenis Hewlett-Packard untuk kemudahan mendapat nota secara online (www.vle.rcsi.ie) dan belajar. Ini juga kerana terdapat beberapa subject yang perlu dipelajari secara online seperti Histology dan Anatomy (Radiology). Oleh yang demikian, setiap dewan kuliah (lecture hall) dan bilik tutorial (tutorial room), perpustakaan, cafeteria dan ruang legar bangunan utama dilengkapi dengan kemudahan internet wireless untuk kegunaan pelajar-pelajar. RCSI juga menyediakan kemudahan tempat belajar yang selesa dan sesuai (condusive) untuk pelajar-pelajarnya.

[/caption]

Kawasan-kawasan sekitar Dublin sangat indah dan sesuai untuk proses pembelajaran. Anda tidak perlu risau tentang kemudahan-kemudahan yang ada kerana semuanya lengkap dan mudah, ditambah pula dengan masyarakat Ireland ramah belaka dan sedia membantu. Mereka amat berbesar hati untuk mengenali dan menegur rakyat Malaysia.

Trinity College Dublin

Posted by Dublinbest.wordpress On June - 21 - 2010 ADD COMMENTS

Trinity College Dublin (TCD), also known as The University of Dublin, is one of the great universities in Ireland. It was established by the British in 1592, making it the oldest university in the republic of Ireland. Its strategic situation in the south-east of busy Dublin city places it on the top tourist attraction in Ireland. There are two major streets at both sides of it; St. Stephens Green at its right and O’Connell Street at the other side. Having many historical buildings and works of art, Trinity is always flooded by foreign or local tourists, especially during weekend or long holidays. Once in Trinity, tourists won’t miss out visiting the Irish oldest bible book, which is known as the Book of Kells.

It is also famous for its academic achievements. It has produced large number of skillful graduates in all fields since its establishment. Trinity does not only offer medicine. It offers myriads of course which are relevant to the current job market, for example, engineering, dentistry, pharmacy and many more. Over the last decades, Malaysia government has sent its students for medicine and dentistry courses only. Trinity students are made up mainly by local Irish people. Every year, there is just a handful of Malaysian student who are randomly selected to study here, where girls always outnumber boys.

Unlike most medical faculties in Irish universities, medical faculty in Trinity still adopts a conventional method of learning. Besides, it also incorporates problem-based learning (PBL) in its method of learning as a supplement for the first year students only. There will be two PBL sessions in a week and students will be grouped into a group of 10 students at most. Most students will find it very helpful in terms of communication skills and social skills.

Trinity provides its students with many great facilities to meet the students’ needs. There are four major libraries segregated based on major faculties and situated strategically at the respective faculties. There is also a new four-floor sport building where all sort of sport facilities are high class, for example, gymnasium, swimming pools, basketball courts and many more. In each faculty, there is at least one café for students to get their meals for considerable prices. Most of the buildings within Trinity compound are highly equipped with internet-wireless connection, even in the playing fields students can access to the internet whenever they want to. For Islamic students, there are two small and comfortable prayer rooms, each for brothers and sisters, for them to perform five-time prayers. On Friday, these rooms are also used to perform Jumaah prayer. Not only Trinity muslim students who come to pray here, but people working in the vicinity of the university also walk in to pray Jamaah here. They also use these rooms as places for them who come from different backgrounds to freely socialize with each other during their leisure time.

Study @ RCSI

Posted by Dublinbest.wordpress On June - 21 - 2010 1 COMMENT

“Macam mana sistem pembelajaran RCSI? Ramai yang kata sistem pembelajaran RCSI ni bagus sangat. Waa..excited sangat nak tahu!”

Baiklah..di sini saya cuba explain dengan detail agar anda dapat gambaran kasar apa yang bakal anda tempuhi for the next 5 or 6 years.

RCSI baru saja bertukar sistem pembelajaran sewaktu batch 2005. Secara teknikal, cara pembelajaran masih sama. Cuma sistem saja.
Dahulu RCSI guna sistem exam 1st prof, 2nd prof dan sebagainya. 1st yr, 2nd yr tak exam. 3rd yr exam semua. Something like that. Sekarang, RCSI exam semester based. Bila masuk 4th dan 5th yr RCSI ikut rotation.

Seperti yang anda tahu, belajar medic ada 5 tahun atau 10 sem

The first 3 sem in RCSI is called: JUNIOR CYCLE (belajar kat RCSI Building)
The next 3 sem in RCSI is called: INTERMEDIATE CYCLE (belajar di Beaumont Hospital)
The next 4 sem in RCSI is called: SENIOR CYCLE (belajar di merata hospital)
Pembelajaran ketika pre med telah diterangkan dengan seterang-terangnya dalam kolum di bawah.

1st sem: (roughly October to January)

ada 4 module, exam late January

a. Health, Behaviour & Society 1

b. Nutrition & Energy

c. Haemopoietic & Immune System

d. Neuromuscular

kelas penuh pada isnin, selasa dan kamis. separuh hari pada jumaat, dan selalunya free pada rabu.

pada hari kedua anda, anda sudah akan membedah mayat. Cool kan? (heheh) Satu minggu, ada 2 sesi bersama surgeons masing2. setiap 2 mggu anda akan berdepan dengan CARD SIGNING (oral test anatomy, constitute 2.5% of your finals) pada petang jumaat. utk sem ini, fokus anatomy anda ialah lower limb (kaki) dan pelvis/ peritoneal.

sejak sem 1 lagi, RCSI akan impart clinical skills dalam pembelajaran anda on weekly basis. jadi sebab itu, anda perlu beli stetoskop dari sekarang.

dan utk setiap minggu, anda akan ada PBL style class, anda diberi case, and you work it out with your groupmates, which is an international blend.

hanya ada satu project, individual. utk module Health, Behaviour & Society.

2nd sem: (roughly February to May) exam early June

ada 5 module:

a. Molecular Medicine

b. Health, Behaviour & Society

c. Clinical Competencies 1 (OSBE)

d. Genitourinary & Endocrine

e. Cardiovascular & Upper Limb

kelas pack hampir setiap hari. rabu pun jadi full

so dulu anda belajar clinical tak masuk exam, utk sem ni, dah mula masuk exam. jadi ia diajar dengan lebih serious.

dari segi anatomy, anda akan fokus pada abdomen, thorax and upper limb (tangan). CARD SIGNING seperti biasa.

dari segi PBL, berterusan. dan akan diuji dalam exam clincal

dari segi project, hanya satu, group work on HBS.

3rd sem/ 2nd year ( roughly October to January)

sem paling relax. 4 module sahaja.

a. Evidence Based Healthcare

b. Neuroscience

c. Clinical Competencies 2

d. Early Patient Contact

untuk sem ni, kelas paling sikit, mostly anda goyang kaki di rumah. hampir setiap hari kelas separuh hari sahaja. Ibu bapa pun naik hairan kenapa anda banyak sangat masa call rumah.

untuk anatomy, anda focus Head and Neck and Neuroscience.

untuk project, satu project group under Evidence Based Health.

under Early Patient Contact, anda akan jumpa pregnant woman and follow development dia.

untuk clinical, at this stage, anda sudah progress sgt2 jauh relative to other uni.

TAMAT JUNIOR CYCLE!:D
di Intermediate Cycle, yakni ketika anda 2nd year separuh akhir, anda akan kelas di Beaumont Hospital.

Rata-rata dari kita akan mulai rasa terkejut sekejap, sebab sem 3 relax, sem ini hectic. but you might be really happy, as there will be no more card signing, but a lot will figure out that you actually miss them too!)

Satu sebab lokasi hospital yang tak center. RCSI center habis. Hospital kena naik bas, tukar bas.

Dua, sebab content study sgt pack and laju.

Tapi, one thing we can share is, at this level, anda belajar dgn sangat seronok, sebab kelas anda di hospital, hari2 lecturer bawa masuk fresh real patients dlm lecture hall. Dulu clinical like class, seminggu sekali atau dua, ini dekat 3-5 kali. Memang sangat best untuk relate apa yang anda belajar ke dlm real scene.

Tiga, anda dapat access to operation theatre, tgk segala mala procedures, belajar PR (this is not pleasant though hoho), belajar x ray dari radiology department live, tengok gastrocscopy etc. untuk experienced semua tu sebelum anda masuk 3rd yr.

So when you take your clinical exams, it is team style, named TOSCE (team OSCE). and at this level, you feel more like a real doctor!

OKaylah, setakat ini dahulu. harap dapat membantu dan spark excitement anda untuk belajar di RCSI

Jalan-jalan Sekitar Dublin

Posted by Dublinbest.wordpress On June - 21 - 2010 ADD COMMENTS

Hai adik-adik..Jom kita tengok gambar-gambar ni satu persatu okey?

Jambatan merentasi Sungai Liffey, Dublin city

Jambatan merentasi Sungai Liffey, Dublin city


On the way to Madina Mosque

On the way to Madina Mosque

Madina Mosque

Madina Mosque

Food Hall

Food Hall

Another food hall

Another food hall

Grafton Street, a shopping street between TCD and RCSI

Grafton Street, a shopping street between TCD and RCSI


Menunggu bas di sebelah TCD di petang hari

Menunggu bas di sebelah TCD di petang hari


Bas pon tiba..

Bas pon tiba..

Di tapak Spire

Di tapak Spire

Spire

Spire

Lambang kemegahan Dublin

Lambang kemegahan Dublin

Dublin: Europe’s Travel Hub

Posted by Dublinbest.wordpress On May - 19 - 2010 ADD COMMENTS

Assalamualaikum wbt
Entry kali ni khusus untuk mereka yang kaki travel ataupun yang xpernah travel tp excited nak travel ataupun xberminat nak travel tp terbukak artikel ni…huhu
xkisahlah siapa anda, semoga memperoleh manfaat darinya

Satu yang best pasal dok oversea ni ialah travel. Maybe ramai yang x tahu, budak2 Dublin (Dubliners haha) kira mmg lucky sebab Dublin ni blhla dikira salah satu travel hub bg Europe untuk budget airlines/ low cost carrier. Sebab adanya Ryanair, sebuah budget airline Irish.

So, dr Dublin, hampir semue tempat kat Europe kita blh pg. Yg plg best, kadang2 kita blh dapat tiket serendah 10 euros(RM 50) one way(all included). Kat Malaysia pon belum tentu blh dpt tiket 50 ringgit kalau flight lebih 2 jam. Nak pg Langkawi dr KL flight x sampai sejam pon dah brape kan kalau naik AirAsia. huhu.. Best tu….

Tp yang kurang best psl Ryanair ni, satu je. Die x fly ke Airport yg terdekat. Contohnya la, kalau Paris, instead of pg airport Charles De Gaulle (CDG) atau Orly yg dekat dgn city, die hanya fly ke Paris Beauvais yang sebenarnya bukan dlm Paris pon. Sejam dr Paris dgn shuttle bus. Tp since tiket die murah, it saves a lot. Naik bus pon 10 euros je. Let say tiket one way 30 + 10 euros. Baru 40. Kalau naik Aerlingus or Air France yang land kat CDG, tiket one way blh confirm lebih 40 euros la.

Btw, Aerlingus ni adalah national airline bagi Ireland. Kalau tgk kapal terbang die pon hijau siap ade Shamrock lg kat tail die. Shamrock ni kire registered trademark Ireland. (http://en.wikipedia.org/wiki/Shamrock) Asalnya, Aerlingus ni full-frills airline macam Malaysia Airlines la. Tp sebab kat europe ni, trend air travel die berubah, orang lebih consider price dari frills yg x perlu mcm snacks dlm flight, extra baggage allowance dll, so Aerlingus pon jd budget airlines jugak. Tp still fly ke Airport yang utama. Tp x de la sampai Malaysia.

Selalunya, kalau time nak balik Malaysia, sebelum naik Malaysia Airlines kat Paris/London/Frankfurt/Amsterdam, kena naik Aerlingus dulu. Satu yang best naik Aerlingus ni, suasana Irish dia tu. Certain flight, steward dia akan cakap Irish (Gaeilge). Kat Ireland ni especially Dublin, susah nak dengar orang ckp Irish. Sebabnye, Irish pon x ckp Irish. Ish2.

Selain tu, Dublin ni kire top destination bg American. Sebabnya back to history balik, orang American ni ramai jugakla yg berketurunan Irish. Sebabnya ramai Irish yang migrate ke US. Sejak kurun ke 19 sampai la early 1980s masa Ireland x berapa aman dulu. Kira Irish American la diorg ni. And diorg ni kira berjaya jugak. Ramai yang kaya raya. Sebab tu ramai yang datang Dublin. Selain dari Dublin Airport, satu lagi airport; Shannon Airport pon byk flights especially ke US. Sebab tu la byk airlines US yg fly ke Ireland. Delta Airlines, Continental, US Airways dll. Tp x pernah pulak dgr budak Malaysia pg US. Kalau x salah, kalau nak apply VISA pg sane kene bayar 100 euros. Tu pon x confirm dapat.

Balik pasal jalan2. Kalau junior2 baru sampai ni, selalunya pg tempat2 yang popular: Paris, London, Spain. Maklumla, dah baru sampai, duit pon JPA ngan MARA mesti bg banyak in advance, hehe! Yang best jalan2 tempat orang ni, banyak pengalaman kita dapat. Macam mana susah nak bercakap dengan orang yg x faham english, macam mana susahnya nak carik halal food, macam mana susahnya nak carik toilet mase tgh emergency. Mcm2 lgla. Tp yg paling best ialah kita dapat tgk culture orang local. Blh rase makanan diorg. (yang halal la yer!) Blh tgk bullfighting kat Spain. Tgk orchestra kat Vienna. Naik gondola di Venice. Best tu….

Akhir kata, bermusafirlah menikmati luasnya alam ciptaan Allah…semoga memperoleh hikmah darinya

Assalamualaikum

Jalan-Jalan Cari Makan Dublin

Posted by Dublinbest.wordpress On May - 19 - 2010 ADD COMMENTS

Assalamualaikum wbt,

Insyallah kali ini eden ingin berkongsi pengalaman makan-makan eden di bumi Dublin ini. Buat perantau-perantau baru, ekau jangan rasa takut mati kelaparan sebab kat DUblin ni semua pun ada. Asian market, Hibiscus ltd dan macam-macam lagi. Ok berbalik kepada tajuk asal, eden nak bawa ekau ke destinasi makan pertama kita iaitu jeng3…..

RESTAURANT UNCLE YUSOFF

Ini bukan kedai yusof tayob yang jual kurma. Ini uncle yusof yang specialitynya memasak nasi beriyani. Restaurantnya berada di South Circular Road. Mengikut hikayat penglipur lara, keenakan nasi beriyani uncle yusof mampu membuat anda tidak keruan sehingga orang kata ambil bau pon udah cukup untuk mengenyangkan nafsu makan yang sedang bergelora. Perghhh………hebat sungguh penangannya. Namun begitu, kerinduan kepada nasi beriyani ini pasti terubat di bulan Ramadhan al-mubarak. Ini kerana, uncle yusof akan menyediakan juadah berbuka puasa kepada mereka yang ingin berbuka di Dublin Mosque. Waktu berbuka ini dianggarkan 100 ribu umat islam berbuka puasa di masjid termasuk yang tidak hadir dan tidak tergambar berapa buah periuk nasi telah digunakan untuk mengenyangkan perut-perut mereka yang berbuka puasa. Ke’famous’an kedai makan ini hingga disebut beberapa kali di dalam saifulislam.com dan menjadi bualan mulut daripada satu generasi ke generasi yang baru.

Buat ahli rumah 218, ekau patut berbangga kerana bau semerbak nasi beriyani ini mampu menerjah ke rumah ekau dan membuatkan ekau tidak senang duduk ibarat lipan kepanasan. Jadi buat warga perantau, jangan lupa singgah dan selamat mencuba. Apa-apa pun eden sebagai iron chef mesti beri rating dengan adil dan saksama.

Rating:
Keenakan masakan – 10/10
Dekorasi – 7/10
Kebersihan – 8 /10
Overall – 8

KEBABISH TANDOORI DUBLIN

Kebab-ish……restaurant ni sememangnya terkenal dengan kelembutan roti NANnya dan juga kemurahan rezekinya. Percayalah, ekau pasti tidak mampu menghabiskan sepinggan kebab kerana rezeki yang diberikan bukan setakat melimpah ruah malahan melimpah keluar dari pinggan. Kedai ini terletak di 39 Lower Clanbrassil Stree, Dublin. Selain kebab dan masakan-masakan dari negara arab dan pakistan, kedai makan ini turut menyediakan manisan-manisan terkenal dari negara Pakistan. Semuanya manis-manis belaka. Pasti menjadi kegilaan warga Kelantan nanti. Namun bukan semua mengikut citarasa Malaysia ye. Restaurant ini juga merupakan tempat pelajar-pelajar ‘hang out’ tanpa mengira hari samada siang atau malam. Kedai ini beroperasi dari jam 11 pagi hingga jam 2 pagi. Ramai yang telah memberi komen dan ramai yang menyukainya. Eden yakin ekau pasti merindui kelazatan kebabnya yang tiada tandingan selepas mencubanya sampai bungkus bawa balik. Makan jangan tak makan dek oooi !!

sample kebab yang melazatkan

sample kebab yang melazatkan

Setelah pemerhatian eden selama 2 tahun, jadi eden nak bagi rating:
Keenakan Masakan – 10/10
Dekorasi – 9/10
Kebersihan – 8/10
Overall – 9

ZAYTOON

Kedai zaytoon ini terletak bersebelahan Boyle’s sport di Lower Camden Street. Kepada mereka-mereka yang tinggal di Rathmines, Kimmage, South Circular Road dan kawasan yang sewaktu dengannya, ekau pasti akan melalui jalan ni dan ekau pasti akan terjumpa kedai ini sebab kedai ini memang tepi jalan pon. Kedai ini ‘speciality’nya adalah masakan Persian. Ala sebenarnya lebih kurang je pon dengan kedai kebab-kebab yang lain. Antara makanan kegemaran eden jika berkunjung ke restaurant ini adalah ‘Zytoon Barg Kebab’ dan ‘Zaytoon Chicken Shish Kebab‘. Kedua-dua masakan itu merupakan masakan special mereka dan antara yang terkenal di Dublin.

Zaytoon Chicken Shish Kebab

Zaytoon Chicken Shish Kebab


Zaytoon Barg Kebab

Zaytoon Barg Kebab

Dekorasi dalaman kedai ini nampak eksklusif dan anggun. Oleh itu, buat mereka pertama kali yang datang pasti rasa dah nak kena ‘kapak’ dengan kedai ini sebab macam mahal sangat. Actually, kedai ini taklah mahal sangat tapi kalo nak makan hari-hari, muntah darah gakla nak bayar sebab boleh tahan harga menu dia. Namun, bila lagi nak merasa masakan persian yang eksklusif melainkan ekau poi timur tengah. Hah kat sana ekau ‘tibai’ puas-puas masakan orang sana. Ok macam biasa. Kasi rating skit….

Masakan – 8/10
Dekorasi – 8/10
Kebersihan – 8/10
Overall – 8

MOMO’S KEBAB HOUSE

Momo's dikala siang tercari-cari

Momo's dikala siang tercari-cari

Momo’s Kebab house ini terletak di Aungier Street, Dublin berdekatan dengan RCSI dan juga Dublin Business School aka DBS. Kedai makan ini merupakan salah satu tempat ‘hang out’ utama ‘student-student’ RCSI dan DBS kerana lokasinya yang strategik dan harga yang berpatutan. Masakannya pula lebih kepada ‘Middle Eastern style’ dan eden rasa ada Egypt ‘twist’ di situ. Antara makanan kegemaran eden di kedai ini adalah ‘Tandoori Rice’ kerana banyak dan paling murah di Dublin. Hanya Euro 5.99 berbanding kedai-kedai lain yang agak mahal sekitar 8 – 10 euro sepinggan. Kedai ini lebih kepada canteen environment. Oleh itu, sesuai untuk ekau yang berjiwa remaja duduk makan dan berborak macam di ‘mapley’. Kedai ini juga antara yang paling pemurah ‘in term of quantity’ makanan yang disediakan. Dengan hanya sepinggan lauk, ekau boleh berkongsi dengan seorang lagi ‘member’ ekau. Hah apo lagi, datang jangan tak datang ewah !!!

Momo's dikala malam ternanti-nanti

Momo's dikala malam ternanti-nanti

Namun, harga minuman di sini agak mahal sehingga kadang-kadang sekali ganda daripada harga kedai runcit tepi jalan. Jadi eden cadangkan, ekau belilah minuman kat kedai lain. Ada kedai runcit Halal sebaris dengan Momo’s ini harga minumannya dalam botol dan tin hanya 0.99 euro sahaja. Oklah eden pon dah kenyang dan macam biasalah tugas eden nak kasi rating.

Makanan – 8/10
Dekorasi – 5/10
Kebersihan – 6/10
Overall – 6

Oklah sampai di sini sahaja rancangan Makan-makan di Dublin. Insyallah esok eden akan bawa ekau poi kedai-kedai makanan halal yang ‘famous’ di Dublin lagi. Sebarang komen atau cadangan amat dialu-alukan. Selamat mencuba.

Wassalam

Ada Apa Dengan Dublin Bus?

Posted by Dublinbest.wordpress On May - 18 - 2010 1 COMMENT

Assalamualaikum semua~

Kali ini cerita kita cerita tentang medium pengangkutan anda di Dublin ini. Nama pengangkutan awam yang paling terkenal adalah Dublin Bus. Berbeza dengan pelajar Malaysia di UK, memiliki kereta bukanlah suatu perkara yang biasa bagi pelajar Malaysia di Ireland ini. Jadi mahu tidak mahu, Dublin Bus bakal menjadi kenderaan kesayangan anda dulu, kini dan selamanya =)

Dublin Bus ini mengguna pakai beberapa system yang wajar anda ketahui. Kita akan cuba memahami setiap jenis system yang diperkenalkan secara perlahan-lahan. Sekiranya tidak faham, utarakan persoalan supaya boleh kita semua mencari jawapan. Kebanyakan Dublin Bus ini adalah bus jenis Double Decker (Dua tingkat). Bas memang selesa dan sangat mesra OKU.

1. EXACT FARE
Dublin Bus hanya menerima COINS sahaja. Duit kertas tidak akan dilayan sama sekali. Katakanlah perjalanan anda menelan belanja 1.70 eu dan syiling yang anda ada hanyalah 2.00 eu, maka tidak menjadi masalah. Cuma baki 0.30 sen itu tidak akan diberikan secara tunai, sebaliknya akan diberikan dalam bentuk kupon. Kupon tersebut boleh dituntut di Bangunan Bus Atha Cliath bertentangan dengan Restoran Pulau Pinang di Dublin.

2. KADAR BAYARAN
Tambang anda akan ditentukan berdasarkan jumlah stages yang anda lalui. Atau lebih mudah lagi, jumlah bus stop yang anda lalui:

Stages Travelled Cash Fare
1 – 3 €1.15
4 – 7 €1.60
8 – 13 €1.80
14 – 23 €2.20

Terdapat perbezaan antara tambang kanak-kanak dengan orang dewasa. Kadar yang ditunjukkan di atas adalah kadar tambang orang dewasa.

3. MENUNGGU BAS
Anda hanya boleh menunggu bus di tempat yang disediakan sahaja. Bus yang bernombor 11 tidak akan berhenti di tempat bas nombor 10. Untuk melihat tempat berhenti bas tersebut, anda hanya perlu melihat tiang tersebut(rujuk gambar). Bukan bawah pokok, bukan juga menunggu bawah bangsal goreng pisang macam kat Malaysia.

4. STOP
Semacam bas yang biasa anda naiki di Malaysia, untuk memberhentikan bus ini, anda hanya perlu menekan loceng. Namun harus diingat, bus hanya akan berhenti ditempat yang telah dilabel tempat berhenti tersebut. Contohnya, katakanlah anda sedang menaiki bus nombor 11, dan anda menekan loceng untuk berhenti. Bus tidak akan berhenti selagi mana tidak ada papan untuk bus tersebut berhenti.

Beberapa perkara lain..

Punctuality
Punctuality Is the top quality. Tu la tema atau motto yang saya berikan sendiri kt Dublin Bus . Dengan margin of error hanyalah lebih kurang 5-10 minit untuk setiap bas, perkhidmatan Dublin Bas patut dicontohi oleh company bas kat negara kita. Ketepatan masa jadual perjalanan bas merupakan sesuatu yang agak baru bagi kebanyakkan pelajar Malaysia. Jadi, biasakan diri anda kerana bas tidak akan menunggu anda !

Keadaan dalam bas
Jangan terperanjat untuk yang pertama kali naik Dublin Bus ni. Seperti entry DB(1), Dublin Bus memang mesra OKU,warga veteran dan jua untuk bayi. Beberapa seats depan biasanya disedikan khas untuk golongan di atas . Jadi, janganlah berebut dengan mereka ya kalau seats lain dah penuh.

“please give up this seat to old people”

CCTV juga ada dalam bas ni yang akan dimonitor oleh driver untuk menjamin keselamatan penumpang. Air-cond tidak diperlukan dalam bas kerana memang dah sejuk dah pun.

Selain dari perkhidmatan harian ni, DB juga ada menyediakan perkhidmatan “sightseeing tours” dan “ghostbus” sekitar Dublin. Kalau dah rasa bosan sangat jalan kaki, boleh la amik tours trip ni. System hop on hop off digunakan. Harganya pun boleh tahan. Kalau nak bawak family jalan-jalan Dublin, rasanya , ni the best option yang ada. Pesan saya, jangan la duk convert duit euro anda tu masa naik bas. Kalau convert jugak, memang tak naik bas la .

tu je kot info untuk kali ini…semoga anda berpeluang naik bus ni…

Important Things Before You Leave

Posted by Dublinbest.wordpress On May - 18 - 2010 1 COMMENT

Assalamualaikum wbt
This article is intended for those who are going to further their studies oversea (esp Ireland and UK). Remember, you are going to enter a new phase of your life so make sure you are prepared for it!

We highly recommend that you carefully read through this section and take proper action against it to help you getting best service upon arrival at your airport. Failure in getting all documents present would later cause hassle.

1. Medical Check-Up

Go for a medical check-up at any clinic or hospital and ask fora medical report. If you’ve extra money you might want to find a private hospital to save time.
a) A chest X-ray
You may be asked to show it at Heathrow airport. So keep it in your hand luggage.
b) Meningitis vaccination
This can be obtained for free from the NHS in the UK; but you may want it to be done locally. It is advisable that you first ask the doctor if it is of the same type given in the UK.

2. Documents
Ensure that these documents be with you at all time. The best way is by keeping them in your hand-luggage NOT check-in

Luggage:
a) Your passport (make sure that it’s valid for the duration of your stay).
b) Medical report and X-ray film.
c) Acceptance/offer letter from your university stating the course you are taking and the duration of the course.
d) Bank statement or the financial affidavit.
e) A few passport-sized photos.
f) Some cash or traveller’s cheque

3. Important
The Holy Quran and translation.

4. Other stuff
a) Rice cooker/blender
Electrical items can be expensive in the UK so it is advisable to get one from Malaysia. Try not to bring frying pan, wok and things like that because they’re cheap in the UK.
b) Food Instant noodles, local food, local spices and etc.
Do not bring in excess because you’ll be good at cooking very soon.
c) Laptop
It’s getting less popular to use a laptop in the UK. Most students prefer desktop instead due to its highly reliable and value for money. But you can bring laptop at your convenience.
d) Basic stationary and scientific calculator for engineers
The one you have Casio fx-570 is very sophisticated, indeed. It might cost you a lot to get one here.
e) Clothing
Bring along only few shirts, t-shirts, trousers, blouse etc. but more baju kurung and baju melayu because you won’t find them here, unless you are good at knitting. Bring only basic sweater because Sept-Oct is not that cold. Around 15°C.
f) Sports equipment
It’s optional but if you play sports, you might want to bring your sports gear (tennis/badminton/squash racquet, table tennis bats, swimwear, etc).