Thursday, September 9, 2010

Majlis Sambutan Pelajar Baru (SPB) 2010

Posted by Fatin On September - 2 - 2010 ADD COMMENTS


Majlis sambutan pelajar baru adalah satu majlis tahunan yang terulung dimana semua pelajar baru di Dublin akan diraikan oleh pihak kedutaan, pihak Malaysian Students Department, pihak-pihak penaja seperti MARA dan JPA, dan tidak lupa juga seniors Dublin terutamanya ahli-ahli PPIMI dan PMCSA.

Jom kita selusuri bagaimana majlis ini berlansung pada tahun lepas.

Majlis Sambutan Pelajar Baru 2009. klik sini

      Dari kiri: wakil PMCSA, MSD, MARA, Duta Malaysia, JPA, PPIMI
      Dari kiri: wakil PMCSA, MSD, MARA, Duta Malaysia, JPA, PPIMI

      Dari kiri: pihak PMCSA, MSD, MARA, Duta Malaysia, JPA, PPIMI


      Khusyuk mendengar ucapan dan taklimat yang diberikan

      Khusyuk mendengar ucapan dan taklimat yang diberikan


      Pelbagai jualan oleh seniors

      Pelbagai jualan oleh seniors


      Buku-buku terpakai juga ada dengan harga yang sangat berpatutan! Sangat berbaloi..

      Macam-macam dijual!

      Macam-macam dijual!


      Baju sejuk juga ada! Tentunya lebih murah berbanding di shopping complex yang lain.

      Maggi, rempah-ratus, kicap dll

      Maggi, rempah-ratus, kicap dll


      Lupa nak bawak rempah ratus? Atau sudah mula rindukan kemanisan kicap? Beli je kat sini!

      pameran FOSIS dan ISOC

      pameran FOSIS dan ISOC


      Pelbagai persatuan membuat pameran dan membuka keahlian kelab mereka. Jangan lupa daftar!
      Pendaftaran PUISI 2010

      Pendaftaran PUISI 2010


      Haa..jangan lupa daftar PUISI! Rugi kalau xdaftar. Nak tahu apa PUISI? Klik sini


      Macam mana? Teruja? Jangan Lupa datang ye. (rasanya wajib datang!)

Tabung Iftar Ramadhan 1431H

Posted by lku2009 On August - 13 - 2010 ADD COMMENTS
Whosoever provides for the breaking of the fast of another earns the same merit (reward) as the one who was fasting without diminishing in any way the recompense of the fasting person.” Tirmidhi

Whosoever provides for the breaking of the fast of another earns the same merit (reward) as the one who was fasting without diminishing in any way the recompense of the fasting person.” Tirmidhi

“Whosoever provides for the breaking of the fast of another earns the same merit (reward) as the one who was fasting without diminishing in any way the recompense of the fasting person.” Tirmidhi

“Barangsiapa memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, niscaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Ku dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam surga.” (HR. Ibnu Huzaimah)

Pengenalan:

Salah satu daripada sunnah Ramadhan yang dituntut adalah menjamu orang berbuka puasa. Saban tahun Dublin Mosque sebagai masjid terbesar dari segi jumlah kehadiran di Dublin menganjurkan iftar bagi warga Muslim yang menelan kos perbelanjaan yang tinggi. Warga Malaysia baik yang bekerja mahupun belajar banyak mendapat manfaat daripada iftar ini. Kos perbelanjaan pada tahun ini menjangkau 1200 euro sehari. En Yusof, tukang masak untuk iftar memohon jasa baik komuniti Muslim di Ireland sumbangan bagi menampung kos ini.

Justeru, PPIMI mengambil langkah proaktif untuk mengumpul dana bagi menampung kos iftar di Dublin Mosque. Langkah ini tidak hanya untuk menyelesaikan masalah logistik iftar di Dublin Mosque, tetapi lebih jauh daripada itu, kami cuba untuk menyediakan peluang kepada seluruh warga Muslim Malaysia di Dublin untuk menyalurkan derma iftar masing-masing. Sesungguhnya hanya Allah sahajalah yang layak untuk menghitung kebaikan yang bakal diperoleh hasil derma ikhlas kita.

Objektif:

a) Menyediakan medium bagi masyarakat Islam Malaysia Ireland untuk menderma iftar

b) Menampung kos perbelanjaan iftar di Dublin Mosque untuk sekurang-kurangnya 2 hari

Memandangkan kebanyakan pelajar Ireland sedang bercuti di Malaysia,derma boleh dilakukan melalui perbankan internet dan paypal.

a. Bank account

b) Bank in

c) Check

d) Tunai

Ke akaun berikut:

Allied Irish Bank
Nama Akaun: Ahmad Akmal Azman
No Akaun : 22152047
NSC: 93-10-12
Description: Tabung Iftar

Paypal: email kepada adilahdarmawi@gmail.com

Bersediakah anda untuk kembara Tian Xia?

Posted by Fatin On August - 1 - 2010 ADD COMMENTS



Are you ready for the next PUISI?

Kami dengan bangganya ingin membawa anda mengembara winter ini. Kembara apa? Kembara Tian Xia!

Kalau join tak rugi!
Tapi Rugi kalau tak join!

23 - 26 Disember 2010

Jumpa disana!

Jangan lupa daftar dulu ye. Klik saja disini

PUISI 2010

Posted by Fatin On July - 15 - 2010 ADD COMMENTS

Perhimpunan Ukhuwwah Insaniyyah Seluruh Ireland (PUISI) merupakan salah satu program tahunan yang dianjurkan oleh PPIMI dengan kerjasama PPIMG dan PPMC untuk pelajar-pelajar Malaysia yang berada di seluruh Eropah. PUISI menjadi pilihan pelajar-pelajar terutamanya yang berada di Ireland dan United Kingdom untuk memanfaatkan masa yang ada apabila bercuti di musim sejuk.


Pada tahun ini pihak PUISI melangkah selangkah lagi kehadapan untuk mengupas tajuk yang seterusnya , selepas Berjaya mengupas dengan jayanya tajuk generasi muslim KAIZEN pada PUISI 2009. Konsep Kaizen yang membawa maksud continous Improvement dibincangkan bertepatan dengan Firman Allah swt yang bermaksud

“Sesungguhnya ALLAh tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri….”
(Ar-Ra’du:11)

Kaizen merupakan konsep yang diamalkan oleh syarikat-syarikat yang terkenal di Jepun seperti Toyota.Oleh itu, pemilihan konsep ini dalam program PUISI adalah bertujuan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang kreatif dan mempunyai sikap yang boleh membantu mereka untuk membuat anjakan paradigma dalam usaha melakukan pembaikan diri.

Oleh itu, apakah tema yang menjadi pilihan pihak PUISI pada tahun ini?

    Tema: Kembara tianxia
    Tarikh : 23-26 Disember
    Tempat : glendalough international youth hostel, Wicklow


Emmm…..tema yang menarik, jadi apa yang akan dibincangkan nanti?

Trailer PUISI 2010


Tertarik?
Jadi apa lagi, jom kita pakat daftarkan diri untuk PUISI 2010
Macam mana nak daftar?
Apa kata klik

Fenomena pQrs: Apa itu BM?

Posted by admin On April - 24 - 2010 ADD COMMENTS

SUDAH BERSEDIAkah KALIAN UNTUK BERBM & DIBM KAN???
Anda ingin tahu apa itu BM??
Untuk pengetahuan semua, BM adalah BangunMalam.

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajjud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”
[17:79]

AYUH SEMARAKKAN FENOMENA
PQiamRS kita!!!

Hantarkan nama anda kepada:

Muslimin:
Anas - 085 2880286

Muslimat:
Syarafina - 085 7593772

InshaALLAH msg/panggilan akan dibuat seawal jam 3 pagi.

Projek 125: Istiqamah bersedekah

Posted by lajnah kebajikan On April - 24 - 2010 ADD COMMENTS

Assalamualaikum w. b. t,

LAJNAH KEBAJIKAN PPIMI, dengan rendah diri, membawa anda ke fenomena PQRS yang seterusnya….

Objektif:

1. Mengumpul dana LK untuk disumbangkan 100% kepada ahli PPIMI yang mengalami musibah sama ada kematian keluarga atau menghadapi kemalangan.

2. Menggalakakan mahasiswa Dublin untuk membina peribadi Muslim yang dermawan, malah, istiqamah terhadap amalan tersebut.

1, 2 dan 5 cent… yang kadangkala anda fikir hanya akan memberatkan dompet anda. Namun, kami sudi menerimanya untuk dimanfaatkan.

Kenapa 1, 2, dan 5 cent sahaja?

Projek 125 adalah untuk memupuk istiqamah dalam bersedekah!!! Sedekah yang bukan hanya untuk nazar, dan bukan hanya ketika duit tajaan masuk ke dalam akaun AIB/BOI anda!!

Bagaimana untuk sertai projek ini??

Tiada pendaftaran! Tapi insyaallah akan ada akaun anda akan dibuka untuk ‘Debit Card Jannah’ anda… INSYAALLAH!!!
Kami hanya memerlukan anda untuk memasukkan syiling-syiling ini setiap minggu sebagai satu amalan yang istiqamah…
Bukan menggalakan anda untuk berbelanja, tetapi untuk memanfaatkan wang anda walau 1, 2, atau 5 cent!!

Berikan sokongan kepada Projek 125…. Doa kami untuk penyokong projek 125 agar Allah permudahkan segala urusan anda dan sentiasa dimurahkan rezeki, insyaallah.

Dari kami, dengan senyuman, ^_________^
Lajnah Kebajikan PPIMI 10/11

WWW:Paintball registration is now open!

Posted by Fatin On March - 31 - 2010 ADD COMMENTS

WWW-WhoWillWin PAINTBALL : Pendaftaran kini DIBUKA!!

Pendaftaran : Sila daftar (secara individu) di sini

Tempat : Frontier Paintball, Southern Cross Road, Bray, Ireland

Tarikh : 10 April 2010 (Sabtu)

‘Peperangan’ akan bermula pada : 9.15am- 4.00pm

Pengangkutan: Pihak PPIMI akan menyediakan 2 buah bas (return) bagi memudahkan para peserta.

Bus pick up point1.St. Stephen Green Park;

2.UCD.

Jadi,bagi meraikan kemudahan ini, para peserta dikehendaki berkumpul di salah satu pick up point tersebut pada pukul 7.45am (kalau lambat,tinggai naaa…! )

Makanan : Lajnah Ekonomi & Keusahawanan (LEK) amat berbesar hati untuk menjual ’lunch’ pada hari tersebut, iaitu mi goreng + pisang + air mineral (3 in 1) dengan harga 4 euro. Kalau tak nak beli pun takpa, tapi sekurang-kurangnya bawalah air sendiri nanti

Jumlah bayaran : entrance fee + the 1st 100 bullets + bas = 11 euro

Makanan (optional) = 4 euro

*mengikut pengalaman beberapa org yg pernah menyertai paintball ini, 100 bullets mmg tak cukup untuk 4 games separuh hari tu. 100 bullets mungkin cukup untuk 1 game (mengikut kpd tahap keganasan anda berperang.hehe). Jadi, pihak kami menasihatkan anda untuk membawa duit lebih (30-40euro) untuk membeli bullet sendiri pada hari tersebut. (10euro per extra 100 bullets; atau 8.50euro per extra 100 bullets if buy in bulk)*mengikut bajet & strategi pasukan masing-masing.

‘Confirmation email’ hanya akan dihantar kepada anda selepas anda membayar 11euro atau 15euro(termasuk makanan) secara online kepada wakil kami iaitu:

MUSLIMIN: Hariri Hazwan Zulkiflee, 1st year RCSI

NSC: 931012

Acc. No.: 22235099

MUSLIMAT: Nur Erni Suryani Meor Mohd Zumir, 2nd year RCSI

NSC: 931012

Acc. No.: 19711029

Sila taip huruf permulaan bagi setiap nama anda dan diikuti dgn WWW. Sebagai contoh: Amirul Sallehuddin Mannan;

<ASM><WWW>

Tarikh tutup pendaftaran: 5 April 2010, 11.59pm

Apa lagi tunggu??! Mai pakat2 daftar sekarang!! Bila lagi nak merasa main paintball kat Dublin nih kan..

1 APRIL, 1 FENOMENA DI DUBLIN

Posted by Setiausaha PPIMI On March - 30 - 2010 ADD COMMENTS

JOM PAKAT-PAKAT PI GRAND IFTAR & SOLAT HAJAT PERDANA!
KITA CIPTAKAN 1 FENOMENA 1 APRIL INI!

TENTATIF

7.00 - BACAAN AL-QURAN
8.00 - IFTAR, SOLAT MAGHRIB & SOLAT HAJAT
8.30 - MAJLIS MAKAN

Berdasarkan hadits Abdullah bin Amr bahwa Rasulullah shallahu ‘alaihi wasalam berkata kepadanya:

“dan sesungguhnya cukup bagimu berpuasa tiga hari dalam setiap bulan,karena sesungguhnya bagimu pada setiap kebaikan mendapat sepuluh kali semisalnya,maka itu sama dengan berpuasa setahun penuh.”

(HR.Bukhari:1874,Muslim:1159)

Juga diriwayatkan oleh Aisyah radhiallahu anha bahwa beliau ditanya oleh Mu’adzah Al-Adawiyyah: apakah Rasulullah shallahu ‘alaihi wasalam senantiasa berpuasa tiga hari dalam setiap bulan? Maka beliau menjawab: iya.Lalu ditanya lagi: pada hari yang mana dari bulan tersebut? Beliau menjawab:

“beliau tidak peduli dihari yang mana dari bulan tersebut ia berpuasa.”

(HR.Muslim:1160)

Juga dari hadits Abu Hurairah radhiallahu’anhu bahwa beliau berkata:

“Teman setiaku Rasulullah shallahu ‘alaihi wasalam memberi wasiat kepadaku untuk berpuasa tiga hari dalam setiap bulan,mengerjakan shalat dua raka’at dhuha,dan agar aku mengerjakan shalat witir sebelum aku tidur.”

(HR.Bukhari:1180)

CCMB: Who Will Win?Paintball

Posted by Fatin On March - 23 - 2010 1 COMMENT

Ada apa dengan 10 April 2010???

Bosan dengan hari sabtu yang biasa? ..Hmm..boleh tahan laa…


Inginkan sesuatu yang baru dan mencabar? …menarik jugak…tapi, nak buat apa?


Menguji kekuatan minda dan fizikal? …Fuuiihhh. ..nak2! erkk…mesti mahal ni..


Jangan bimbang, Frontier Paintball memenuhi bajet anda..! Waaahhh..syok nye! story sket la,bro.. 

Lajnah Belia dan Sukan PPIMI dengan ini membawakan ”Who Will Win? PAINTBALL”


Tempat : Southern Cross Road , Bray , Ireland

Masa : 9.15am- 4.00pm

Bayaran : 5euro sahaja! (entrance fee + the first 100 bullets)

Fulamak! tak sabar nih! …Kena kosongkan tarikh 10 April (Sabtu) untuk paintball la gamaknye..!!

haa..ni plak peta nak pergi sana;

Jom beramai-ramai! Jumpa disana!

Grand Iftar & Solat Hajat Perdana

Posted by Presiden PPIMI On March - 21 - 2010 ADD COMMENTS
Grand Iftar & Solat Hajat Perdana

Grand Iftar & Solat Hajat Perdana

Assalamu’alaikum wbt,
Kehadapan semua rakan-rakan dan warga Dublin yang dihormati sekalian.
Bersempena program Cuti-cuti Musim Bunga (CCMB) dan juga musim peperiksaan yang bakal menjelang, kami di pihak PPIMI dengan rasa rendah diri membawakan sebuah program untuk anda semua. Moga dengan usaha yang tidak seberapa ini, Allah SWT akan memberikan keberkatan dan kejayaan kepada kita semua.
Semua warga Dublin dijemput hadir.

Ingat PPIMI- Ingat PQRS

Posted by Presiden PPIMI On March - 21 - 2010 ADD COMMENTS
PQRS untuk SEMUA

PQRS untuk SEMUA

Jom PQRS!

P - puasa

“Berpuasa 3 hari pada setiap bulan seumpama berpuasa sepanjang masa” [Bukhari & Muslim]

Q – Quran

“AlQuran ini tiada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa” [2:2]

Q- Qiam

“Wahai orang yang berselimut. Bangunlah pada malam hari kecuali sebahagian kecil. Separuhnya atau kurang daripada itu. Atau lebih dari itu, dan bacalah AlQuran itu dengan pelahan-lahan” [73:1-4]

R S – Rajin senyum

Senyum, satu method sedekah yang mudah!

R S – Rajin solat jemaah

Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Solat berjemaah lebih utama jika dibandingkan dengan solat sendirian dengan 27 darjat.” (Hadis riwayat Bukhari)

R S – Rajin sedekah

“Sebaik-baik sedekah adalah mempelajari seseorang islam akan ilmu, kemudian mengajar ilmunya itu kepada saudara Islam yang lain” (Riwayat Ibnu Majjah)

R S – Rajin study

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”

R S – Rajin selawat

“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi Segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. [Al-Ahzab : 56]

Welfare Needs YOU

Posted by lajnah kebajikan On January - 3 - 2010 ADD COMMENTS

Diskaun 10% di K-Klub

Posted by admin On November - 23 - 2009 2 COMMENTS
SALAM,
Berita menarik!
bukan sahaja anda dapat menikmati tawaran 10% di Kebabish original,anda juga boleh medapat diskaun di restoran k-klub (berdekatan dengan rcsi)
mudah sahaja,sertailah ppimi sekarang juga!
bagaimana caranya?isi borang secara online, dan jelaskan bayaran,dapatkan leaflets restoran k-klub drpd saye beserta dengan kad keahlian..
nantikan  tawaran yang lebih hebat daripada kami dari semasa ke semasa
p/s:
kepada yang belum lg menuntut kad keahlian,bolehlah emelkan nama anda kepada saya.dan kepada yang dah dpt kad,tp tidak mendapat lg leaflet diskaun 10% k-Klub,bolehlah juga minta daripada saye:)
sekian,
anis khairuddin
Setiausha Kerja 2,
PPIMI

Episod 3: Upin dan Ipin berKAIZEN?

Posted by lku2009 On November - 22 - 2009 ADD COMMENTS
Upin dan Ipin berkaizen??
Apa yang menareknya??
Masih tidak terlambat untuk berdaftar!!
Daftar sekarang di sini