Assalamualikum.
Sahabat-sahabat, kini saya datang lagi dengan berita-berita panas lagi sensasi yang perlu diambil berat oleh kita semua.
Dewasa ini, terdapat satu jenis perniagaan yang baru yang saya rasa tidak menguntungkan sesiapa pun termasuklah si pembeli.
Antara criteria perniagaan ini adalah:
- Lokasi di tepi jalan
- Peniaga berada dalam kenderaan
- Barang nampak baru tapi bukan hadir dalam kotak baru. Hanya semata-mata barang
- Mereka kelihatan resah dan tergesa-gesa
- Mereka merayu-rayu
- Barang mereka superb murah dan branded
- Mereka boleh lebih dari seorang
- Pakaian mereka elok sikit jer dari ‘kanak-kanak nakal’ di Dublin ni
Walaupun kita ni bukan orang putih (walaupun ada yang perasan), jangan bagi chance kat mamat-mamat bisnes yang tak bertauliah ni.
Benar, barang mereka superb murah.
Tapi ingat, jika anda membeli, bukan anda yang rugi. Tetapi umat manusia secara keseluruhan kerana anda telah membantu menyuntik modal memesatkan industri black market ini. Jika mereka terdesak untuk mendapat wang, fikirkan, apa yang akan mereka lakukan terhadap sahabat-sahabat anda yang tidak mahu membeli barang mereka? Tidakkah mereka dalam bahaya? Bayangkan jika perkara yang sama berlaku kepada ahli keluarga anda? Adakah anda boleh duduk diam, menunggu bulan purnama?
Ayuh, bertindak!!!
Point to ponder adalah, jangan beli barang dari orang yang tak dikenali especially yang memberhentikan anda secara tiba-tiba di tepi jalan. Tapi kalau yang makcik jual buah tu, boleh la beli. Dia memang dah lama kat situ.
Itu saja pesanan dari Unit Keselamatan, Lajnah Kebajikan PPIMI 2009/2010.
Semoga kalian sejahtera selalu.
Sekian terima kasih.
Disediakan oleh,
IZZAT HAFIFIE HAZMI @ SARJAN GEMBO
Ketua Unit Keselamatan,
Lajnah Kebajikan,
Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland.
Tel : 0852816611
Email : cermat_sermat@yahoo.com.