Antara beberapa tips mendapat keberkatan di dalam rumah tangga.
1. Sembahyang berjemaah suami dan isteri jika tidak pergi ke surau.
Perkaranya tidak susah dilakukan dan tidak juga memakan masa yang lama. Namun, kesannya mendalam. Lakukanlah secara konsisten sekurang-kurangnya sekali dalam sehari.
2. Makan berjemaah.
Diriwayatkan Rasulullah saw tidak pernah makan secara sendirian. Sabda Baginda s.a.w yang bermaksud: “Makanlah secara berjemaah dan bacalah Bismillah, nescaya kamu akan beroleh keberkatan.”
Dalam mewujudkan semangat bermasyarakat atau berjemaah, Islam juga menggalakkan agar kita makan bersama-sama dengan saudara yang lain. Makan secara berjemaah akan mewujudkan perhubungan yang baik. Lebih-lebih lagi kalau makan satu dulang atau hidang ini dapat dijadikan amalan dalam keluarga kerana ia boleh mengeratkan hubungan dalam keluarga.
Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w sering makan sedulang dengan anggota keluarganya. Allah s.w.t menjanjikan keberkatan kepada keluarga yang makan bersama.
3. Memberi salam ketika masuk dan keluar rumah
“Maka apabila kamu memasuki (suatu rumah dari) rumah-rumah (ini) hendaklah kamu memberi salam kepada (penghuninya yang bererti memberi salam) kepada dirimu sendiri, salam yang ditetapkan dari sisi Allah, yang diberi berkat lagi baik.”
(Surah An-Nur, ayat 61)
Berdasarkan hadis nabi SAW yang bermaksud:
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Mu kebaikan ketika masuk dan kebaikan ketika keluar. Dengan menyebut nama Allah kami masuk dan kami keluar. Dan hanya kepada Rabb kami bertawakkal.
Kemudian dia memberi salam kepada keluarganya (di rumah)” [HR Abu Dawud]
4. Cahayakan rumah dengan sembahyang (sembahyang sunat) dan baca Al-quran
‘Jadikan bagian dari solat mu (solat sunah) di rumahmu,dan jangan jadikan rumah mu seperti kubur.’
Riwayat Bukhari
Seperti kubur maksudnya sesebuah rumah yang tidak ada padanya orang yang solat dan juga yang membaca Al-quran.
5. Rajin-rajin bawa tetamu ke rumah.
“Sesungguhnya apabila tetamu masuk pada rumah orang mukmin, maka Allah limpahkan 1000 berkah dan 1000 rahmat pada ahli rumah tersebut.” [Durratun Nasihin, hal 22]
Terimalah tetamu anda dengan seikhlas hati.
6. Sembahyang tengah malam.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Mudah-mudahan Allah merahmati seorang suami yang bangun pada tengah malam lalu mengerjakan solat dan membangunkan isterinya untuk sama-sama melakukan solat. Sekiranya dia enggan, maka dipercikkan air ke wajahnya. Mudah-mudahan Allah merahmati seorang isteri yang bangun tengah malam untuk mengerjakan solat dan juga membangunkan suaminya, jika dia enggan, maka dipercikkanlah air ke mukanya.”
(Hadis Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)
Menerusi hadis di atas jelaslah kepada kita betapa indahnya saat-saat seorang suami membangunkan isterinya dengan lemah-lembut seperti memercikkan air ke mukanya pada tengah malam supaya sama-sama melakukan ibadat kepada Allah SWT apatah lagi jika anak-anak dapat ikut serta.