Thursday, September 9, 2010

Penutupan Tabung Iftar 2010

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
1. Di kesempatan ini, saya selaku penyimpan mohor besar raja-raja bagi pihak Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland ingin merakamkan jutaan terima kasih dan berkalung-kalung penghargaan kepada semua yang terlibat dari segi material mahupun sumbangan doa kepada kutipan Tabung Iftar 2010.
2. Moga ALLAH sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian.
3. Diriwayatkan daripada Zaid [...]

Majlis Sambutan Pelajar Baru (SPB) 2010

Majlis sambutan pelajar baru adalah satu majlis tahunan yang terulung dimana semua pelajar baru di Dublin akan diraikan oleh pihak kedutaan, pihak Malaysian Students Department, pihak-pihak penaja seperti MARA dan JPA, dan tidak lupa juga seniors Dublin terutamanya ahli-ahli PPIMI dan PMCSA.

Jom kita selusuri bagaimana majlis ini berlansung pada tahun lepas.

Majlis Sambutan Pelajar Baru 2009. [...]

Tabung Iftar Ramadhan 1431H

“Whosoever provides for the breaking of the fast of another earns the same merit (reward) as the one who was fasting without diminishing in any way the recompense of the fasting person.” Tirmidhi

“Barangsiapa memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, niscaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Ku dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan [...]

Assalamualaikum semua
Dengan ini kami dengan gembiranya mempersembahkan galeri PHOTO HUNTING 2 kepada anda~!!!
klik sini ya
Maaf di atas kelewatan mengupload gambar2 ini, dek kesibukan exam la katekan..huhuu
Terima kasih buat yg menjayakan program PHOTO HUNTING 2, harapnya tahun hadapan lebih ramai lagi peserta ya~! insyaAllah
LMT PPIMI 2010/11
“mesra.cepat.halal”

E-mel merupakan satu medium perhubungan yang memainkan peranan yang amat penting dewasa ini. Hampir semua perhubungan melibatkan e-mel. Contoh mudah, perhubungan antara ahli-ahli Lajnah Multimedia PPIMI dan lain-lain. Kini, terdapat ramai pengguna e-mel mengadu bahawa e-mel mereka telah diceroboh. Persoalan yang timbul sekarang, adakah mudah untuk e-mel diceroboh? ATAU adakah sukar untuk melindungi e-mel anda [...]

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Bagaimana dengan iman kita hari ni? Masihkah kita solat subuh tepat pada waktunya, atau tepat pada waktu zohor? Ingat, solat itu tiang agama.
Sabda rasulullah s.a.w:
“Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya”.
Hadith Riwayat Imam Al-Baihaqi

1. Berbalik kepada isu pokok yang hendak [...]

SUDAH BERSEDIAkah KALIAN UNTUK BERBM & DIBM KAN???
Apa itu BM?
Untuk pengetahuan semua, BM adalah BangunMalam

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajjud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”
[17:79]

InsyaALLAH esok akan diadakan AGM bagi Islamic Foundation of Ireland (IFI).
Berikut adalah butiran majlis
Tarikh : 25 April 2010/ Ahad
Masa : 2.00 Petang (pendaftaran)
Lokasi : Dublin Mosque, Dublin 8.
Semua rakyat Malaysia yang beragama Islam dijemput hadir ke AGM IFI. Makanan akan disediakan dan ditaja khas oleh Restoren Pak Usop.
Semoga kehadiran ke AGM ini akan membuatkan kita peka dengan hal-hal yang berlaku di IFI dan Dublin Mosque sendiri.

1, 2 dan 5 cent… yang kadangkala anda fikir hanya akan memberatkan dompet anda. Namun, kami sudi menerimanya untuk dimanfaatkan.
Kenapa 1, 2, dan 5 cent sahaja?
Projek 125 adalah untuk memupuk istiqamah dalam bersedekah!!! Sedekah yang bukan hanya untuk nazar, dan bukan hanya ketika duit tajaan masuk ke dalam akaun AIB/BOI anda!!

Pemenang Pertandingan Ole-Ole Dublin sempena Picnic Helwa 2010 PPIMI-kategori kuih tradisional

Kuih tepung pelita
Pesanan ketua chef kita, saudari Nurthaqifah Farhani Mujiman: “Masak dari hati… ^______^”
Bismillahirrahmanirrahim…
Bahan-bahan:
A.bahan lapisan hijau
1 cawan tepung beras
1 cawan gula

Terasa diri sebagai pelaku Maksiat Tegar??

Teruskan bacaan kalian..

Syarat-Syarat yang membolehkan anda bermaksiat:

1.Jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.

Walhal:
Dari mana kita mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?

Ya!
Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?

2. Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!

Walhal:
fikirkanlah, apakah kita [...]

Assalamualaikum wbt..
Setelah 3 minggu PHOTO HUNTING 2 berlangsung, akhirnya pada 18hb april lepas telah selamat melabuhkan tirainya. Alhamdulillah, sambutan yg memuaskn telah kami terima. Kalau ikut hati, nak je semua peserta dinobatkan sebagai pemenang (apekan daya, bajet xcukup…kui3)
Objektif utama program PHOTO HUNTING 2 dijalankan adalah untuk menimbulkan minat warga Dublin khususnya untuk menceburi bidang fotografi [...]

Mempunyai beberapa akaun email, jejaring sosial dan juga akaun IM ketika ini?
Pening dalam mengendalikan semua laman sembang dan email?
Ingin menambahkan produktiviti melalui penjimatan masa yang hebat?

Anda bosan summer ini? tidak tahu nak buat apa? Atap hijau dengan bangganya mempersembahkan

“weekenD wIth Aj (D.I.A.)”
Tarikh: 25-27 Jun 2010
Tempat: Selangor (TBC)
Yuran penyertaan: RM30 (Msia), GBP 15 / EURO 15 (UK/EIRE)
Program ini terbuka kepada semua pelajar universiti tempatan (Malaysia) & luar negara.
.::Nantikan…Ada apa dengan D.I.A.?::.

untuk keterangan lanjut sila layari www.ataphijau.com

Bermula dari hari ini, Lajnah Keusahawanan dan Ekonomi akan berkongsi sedikit sebanyak mengenai perihal Riba. Topik ini mungkin sedikit berat bagi kita semua, tetapi kami akan cuba sebaik mungkin untuk memberikan input berguna kepada anda semua. inshaAllah.
Dalam Al-Quran sendiri secara terang-terangan Allah telah berfirman:

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Fikiran masih di dublin atau sudah melayang ke Malaysia??
Adakah anda….
1.Sudah berjaya mendapat rumah yang di idam-idamkan?
2.Sudah bersiap sedia untuk melangkah ke rumah baru??
3. Sudah berkemas-kemas….tetapi ADA BARANG LEBIHAN YANG TIDAK INGIN DIGUNAKAN LAGI???
4.adakah barang-barang tersebut masih boleh digunakan??
5. Ingin menjana pendapatan dengan menjual barang-barang tersebut?
Anda di landasan yang betul!!!
Hubungi Lajnah [...]

FAKTA HARI INI:
1 insan
1 idea
1 identiti
1 klik
1 kalori
boleh menjana 50EURO!!!!
benarkah??? bagaimana???
haaaa~~~~ caranya dengan menyertai PHOTO HUNTING 2!!!

kami dengan bermurah hatinya memanjangkan lagi tarikh penyertaan: sehingga 18 april 2010!!!
apa yg perlu anda lakukan?
1. ambil gambar pemandangan bertemakan STANDING IN THE EYES OF THE WORLD menggunakan COMPACT CAMERA ataw DSLR (hadiah akan diberikan berasingan, jgn risau) di [...]