Thursday, September 9, 2010

Dublin City University

Posted by admin On April - 2 - 2009

Dublin City University (DCU) pada mulanya ditubuhkan sebagai National Institute for Higher Education, Dublin pada 1975. Pada 1989, ianya telah dinaiktarafkan ke status universiti.

Institusi ini pada awalnya berfokus terhadap bidang sains dan teknologi. Namun pada masa kini, DCU juga menyediakan jurusan lain seperti business, komunikasi, seni persembahan, sains sosial dan juga sains kesihatan. DCU terkenal dengan program INTRA (INtegrated TRAining) iaitu sebuah program penempatan pekerjaan bagi mahasiswa. Program ini merupakan program pertama seumpamanya di Ireland.

Pada 2006, terdapat sejumlah 440 orang staf akademik di DCU. Antara ahli staf akademik yang terkenal dari DCU termasuklah bekas Taoiseach, John Bruton dan “thinking” Guru, Edward De Bono yang merupakan pengarang buku terkenal “Six Thinking Hats”.

DCU telah dinamakan Irish University of the Year 2004-2005 oleh the Sunday Times, UK. Universiti ini, bersama dua lagi institut pengajian tinggi di Republic of Ireland, telah disenaraikan antara Top 300 Universities Worldwide oleh the Times Higher Education Supplement.

Bagi maklumat lanjut tentang DCU, sila layari laman web rasmi DCU : http://www.dcu.ie/