SEJARAH AWAL GRIFFITH COLLEGE.

Griffith College Dublin atau lebih dikenali dengan GCD di kalangan Dubliners terletak di South Circular Road mempunyai banyak sejarah yang tersendiri.

Dibina pada kurun ke 19, bangunan asal adalah bertujuan sebagai sebuah penjara. Kemudian pada tahun 1892, ia dikenali sebagai Berek Wellington sempena nama Duke of Wellington. Pada tahun berkenaan ianya dijadikan sebagai tempat latihan askar Batalion Diraja Munster Fusiliers (Royal Munster Fusiliers Battalions). Ianya menjadi tempat merekrut  dan melatih askar ketika era perang dunia pertama.

Pada tahun 1922 Berek Wellington ini diserahkan kepada Irish Free state. Bagi mengingati Arthur Griffith, yang merupakan salah seorang pejuang kemerdekaan  Ireland, irish free state menamakan bangunan ini dengan nama Griffith dan nama Griffith ini kekal hingga ke hari ini.

MENGENAI GRIFFITH

Terletak di dalam kawasan seluas 7 ekar, Griffith College semakin meningkat dalam pencapaiannya samada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Kolej ini merupakan sebuah kolej persendirian terbesar di bumi Shamrock ini.

Beribu pelajar berdaftar dengan kolej ini pada setiap tahun dan hingga kini jumlah pelajar di kolej ini adalah dianggarkan seramai 8000 orang yang mana terdiri daripada 66 warganegara yang berlainan.

Ini bertepatan dengan kepelbagaian jurusan yang disediakan dan proses pembelajaran dan pengajaran yang kelas pertama menjadikan ianya tumpuan pelajar di negara ini dan pelajar dari serata dunia untuk mendapatkan pelajaran tahap tinggi. Di antara program yang disediakan di kolej ini adalah perniagaan, perundangan, sains komputer, dan berbagai - bagai jurusan lain.

GCD juga mempunyai satu lagi kampusnya yang terletak di Cork dan baru - baru ini GCD telah pun membuka pejabat cawangannya di Beijing, China.

Pelbagai kemudahan disediakan oleh GCD dalam menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif kepada para penuntutnya. Antaranya adalah restoren, perpustakaan yang besar dan dilengkapi internet tanpa wayar, common room, dan sebagainya.

Kedudukannya yang terletak hanya 5 minit daripada Masjid Dublin memberi kemudahan kepada pelajar muslim untuk beribadat dan mendapatkan makanan halal.

GCD menjanjikan anda peluang kerjaya yang cerah dan gemilang. Jika anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada warga GCD boleh menghubungi pihak GCD di:

International Office
Griffith College Dublin
South Circular Road
Dublin 8
Ireland.

Tel: +353 1 415 0400
Fax: +353 1 4730045
Email: international@gcd.ie

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut bolehlah melayari web rasmi GCD www.gcd.ie