Trinity College Dublin – TCD
TCD ditubuhkan pada tahun 1592 oleh Queen Elizabeth I dan merupakan universiti yang tertua dan berpengaruh di Ireland. Kedudukannya yang strategik, iaitu terletak di tengah kota Dublin, menjadikan TCD amat mudah untuk dihubungi, terutamanya apabila menggunakan perkhidmatan awam seperti bas ataupun tren. Malahan TCD sendiri telah dianggap sebagai warisan sejarah yang amat bernilai di bumi Ireland. Ia dapat dibuktikan dengan persekitaran kampus TCD sendiri dimana struktur binaan kampus TCD yang klasik dan dikelilingi oleh arca-arca negarawan mahupun cendiakawan yang berpengaruh di Ireland. Para pelawat akan disajikan dengan entiti bernilai di TCD- Book of Kells-iaitu sebuah manuskrip Latin yang amat tinggi nilai sejarahnya. Berkeluasan sebanyak 19000 m2 , TCD menawarkan program akademik yang menarik kepada lebih 25000 pelajar, dalam dan luar negara, yang terdiri daripada pelajar undergraduate dan postgraduate.
TCD - School of Medicine
Ditubuhkan pada tahun 1592 oleh Lord Mayor of Dublin, Thomas Smith, ia menawarkan program perubatan 5 tahhun bertaraf antarabangsa dalam aspek pendidikan dan latihan profesional. Ia menekankan aspek latihan dalam kumpulan, Problem Based Learning (PBL) dan etika terhadap pesakit (bedside manners). Kurikulum yang terkandung dalam modul yang ditawarkan adalah Medicine, Radiation Therapy, Occupational Therapy dan Physiotherapy. Antara hospital pengajar yang berkolaborasi dengan School of Medicine adalah St James’s Hospital, St Patrick’s Hospital Dublin, The Adelaide and Meath Hospital, Dublin Incorporating the National Children’s Hospital dan Our Lady’s Hospital for Sick Children, Crumlin. Buat masa sekarang, seramai lebih 72 orang pelajar Malaysia yang berdaftar di bawah program ini.
TCD – School of Dental Science
Terletak di Dublin Dental Hospital Lincoln Place, ia ditubuhkan pada tahun 1884 oleh Theodore Stack, Professor of Dentistry yang pertama. Ia menawarkan sistem pendidikan pergigian dan organisasi latihan yang terbesar di Ireland. Latihan ditawarkan kepada pelajar undergraduate dan postgraduate, dental nurses, dental hygienists dan dental technicians. Antara program postgraduate yang ditawarkan adalah Prosthodontics, Periodontology, Orthodontics, Oral Medicine, Oral Pathology, Oral Surgery dan Paediatric Dentistry. Hanya terdapat 4 orang pelajar pergigian Malaysia yang berdaftar di bawah program ini buat masa sekarang.
Untuk maklumat lanjut, layari www.tcd.ie
Info tambahan
Study @ TCD
http://ppimi.org/2011/06/15/study-tcd/
Books For TCDians
http://ppimi.org/2011/06/15/books-for-tcdians/



