Sebuah institusi pendidikan yang mempunyai kepadatan pelajar Malaysia yang tinggi di Ireland. Di sini, kebanyakan pelajar menuntut di Fakulti Perubatan di mana kebanyakannya merupakan tajaan badan-badan di Malaysia seperti Jabatan Perkhidmatan Awam, Majlis Amanah Rakyat dan lain-lain.

Sejarah Universiti

  • Ditubuhkan pada tahun 1854
  • Melahirkan ramai graduan ternama Ireland, antaranya 5 orang Perdana Menteri Ireland, juga dikenali sebagai ‘Taoisigh’, penulis masyhur, James Joyce, pakar bedah, arkitek dan usahawan berjaya.
  • Lebih daripada 25% populasi pelajar UCD yang terlibat dalam kajian dan menerima biasiswa.
  • Sejarah yang lebih mendalam boleh didapati di sini.

Kemudahan yang disediakan

  • Perpustakaan lengkap dengan bahan bacaan terkini dan ruang belajar yang kondusif- mempunyai 3 buah perpustakaan utama yang besar dan mesra pengguna.
  • Fasiliti seperti ruang membaca, bilik mesyuarat, pinjaman komputer riba, penggunaan mesin fotokopi dan bilik komputer disediakan untuk kelengkapan pelajar.
  • Buku-buku perpustakaan juga boleh ditempah dan pembaharuan pinjaman buku boleh dilakukan secara ’online’.
  • Laman web bagi perpustakkan UCD: Klik di sini. :)

Antara tarikan utama UCD- Sukan dan Rekreasi

  • Di antara kelab-kelab sukan yang menonjol di UCD adalah memanah, badminton, bola keranjang, ‘canoe’, Aikido, Ultimate Frisbee Lau Gar (Kick-Boxing) dan Judo. Untuk senarai yang lebih lengkap, klik di sini
  • Bagi mereka yang menjaga kesihatan tubuh badan, bolehlah menyertai kelas senaman yang diadakan dengan harga yuran tahunan yang berpatutan. Selain itu, di Pusat Sukan UCD juga disediakan ’sauna’, gelanggang skuasy, gelanggang tenis, dan lain-lain.

Antara Makanan Halal yang boleh didapati di UCD

  • Kafeteria di UCD adalah agak mudah untuk dijumpai. Antara kafeteria yang menjadi kunjungan utama warga UCD adalah 911 ( Di ’James Joyce Library’ dan di Fakulti Veterinari), O’Briens ( Di ’Health and Science Building’), dan juga beberapa kafeteria yang terdapat di ’Students’ Centre UCD’.
  • Di ’Main Restaurant’ juga yang terletak berhampiran dengan bangunan ’Quinn’s’ untuk pelajar bidang kewangan, juga dihidangkan makanan halal. Namun, yang penting adalah pelajar seharusnya bertanya kepada mereka yang bertugas di situ, apakah hidangan halal yang disediakan terlebih dahulu.

Tempat-tempat Utama lain:

· ‘Students’ Union Bookshop’ ‘James Joyce Library’ - Penting bagi mereka yang ingin membeli tiket bas. Tiket bas juga boleh dibeli di ‘Centra’, Merville.

‘Virtual Tour’ UCD <<<Klik di sini untuk pengembaraan interaktif UCD :)

Untuk tatapan…